KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tujuh Belas, Lapan Belas dan Sembilan Belas

Detik dan waktu terus berlalu. Adakah kita sedar bahawa rupa-rupanya kita kini berada di penghujung fasa ke dua bulan Ramadhan Al-Mubarak? Ya….kita kini di malam ke sembilan belas Ramadhan. Ini bermakna malam esok adalah malam terakhir fasa ke dua ini dan akan menjengok pula ke fasa terakhir iaitu fasa ke tiga – Pembebasan dari Api Neraka…! Mudah-mudahan.. Ameen....

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Tahlil...

Tazkirah.....

Solat tarawih diimamkan oleh dua orang imam jemputan. Orang tempatan tetapi bukan hafidz. Bilangan rakaat sebanyak dua puluh rakaat. Aku sungguh tertarik dengan bacaan imam ke dua. Suaranya "comel" dan sungguh merdu. Aku rasa jauh lebih baik daripada tok Arab di Masjid Wilayah. Alunan suaranya membawakan surah yang paling aku suka iaitu surah Ar-Rahman dengan ulang kali sebutan..... "Fabi ai yii a’ la i rob bi ku ma tu kaz zi ban....." dalam bahasa Inggerisnya bermaksud... "so which of the favors of your Lord would you deny?" Atau dalam bahasa Melayunya berbunyi "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Ianya sudah cukup untuk membuatkan kita menginsaf diri dan jangan mengkufuri nikmat Allah....
Selesai solat Tarawih dan witir, kami semua ke ruang bawah untuk menikmati moreh. Ini juga satu kelainan yang aku temui….Cara morehnya berkelompok-kelompok. Satu kelompok lebih kurang empat hingga enam orang. Ini bermakna ia mengamalkan konsep berjamaah semasa moreh. Menarik juga, dapat berkenalan dengan sesama jamaah ketika sedang minum dan bersembang.
Ini pula menu morehnya. Kuih Badak, Talam Ubi, Teh ”O” Panas dan semangkuk air basuh tangan.....he..he..he..

Selesai moreh aku melangkah keluar untuk pulang. Apa yang menarik perhatian aku ialah notis ini....

Bagus jugak. Masjid tempat lain tak ada langsung inisiatif mengingatkan anak-anak yang datang ke masjid supaya jangan membuat bising....dan bermain mercun....!! Ya...! adik-adik....ini bukan nak sambut Tahun Baru Cina nak main mercun....!!
Ok lah, teman pembaca semua, sebelum aku mengakhiri cerita Kembara Tarawih ku malam ke sembilan belas ini, ini ada gambar sebenar masjid Al-Shariff yang aku dapat dari laman blog masjid tersebut....Aku rasa, ini kenangan paling manis setakat hari ini aku bertarawih...kerana jumpa masjid yang bernama....Al-Sharif.... Ok jumpa lagi..
Comments