MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Wednesday 18 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Sembilan

Waktu barbuka telah tiba...

Hari ini malam ke sembilan Ramadhan. Masjid pilihan aku untuk bertarawih malam ini ialah masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. Aku bertolak dari pejabat seawal jam 8.15 malam. Matlamat aku keluar awal kerana nak kejar parking ler… Dah ku jangka…..memang tak dapat punya, sesak .....so alternatifly, aku parking aje kat bahu jalan... Setibanya aku diperkarangan masjid, cuaca agak mendung dan tanda-tanda hujan akan turun bila-bila masa saja...Ku lihat kubah masjid terang benderang dan sungguh indah sekali. Rasa bersemangat aku melangkah untuk bertarawih.



Indahnya kubah masjid ini.....


Aku berwuduk dahulu sebelum masuk ke dalam masjid dan seterusnya menunaikan solat tahiyattul masjid....Sunguh meriah masjid ini. Biasanya kalau aku sampai di mana-mana masjid untuk bertarawih, belum pernah aku temui orang bertadarus beramai-ramai sebelum masuk waktu Isya’. Tetapi lain pula di sini, rata-rata jemaahnya duduk berkumpulan dan bertadarus. Di ruang hadapan ia diketuai oleh dua orang tok imam. Ini satu yang baru aku temui sepanjang bertarawih di bulan Ramadhan tahun ini.

Tadarus...sebelum masuk waktu Isya'...

Jumlah Rakaat sebanyak dua puluh. Di imamkan oleh imam tempatan. Tapi suara macam tok Arab. Bergitu fasih bacaannya. Bacaan tidak bergitu panjang. Alunannya merdu, tetapi laju, sesekali terbabas...... Biasalah Hafidz kan....

Khusyuk....


Jemaah Muslimah


Tiada tazkirah atau ceramah. Yang pasti lepas habis solat witir aku nak jenguk moreh. Aduh....!!kalau semalam rezeki memang baik, tapi hari ini lain ceritanya. Semua talam dah kosong .....tinggal sisa-sisa saja. Aku rasa-rasa menunya pasti hebat dan sedap sekali. Kalau tidak masakan licin..!! Ataupun mungkin jemaah yang keluar lebih awal dah ngap dulu....Ya lah, lagipun diluar tu hujan mencurah-curah, mungkin mereka lapar, itu yang laku moreh di sini. Apa yang aku dapat kali ini hanyalah.......

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

Segelas air sirap limau ais.......Alhamdulillah....syukur....

No comments: