KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Lima Belas dan Enam Belas


Sungguh Eksklusif....
Menyentuh pasal tarawih, jemaah masjid ini diimamkan oleh imam tempatan. Hafidz. Walaupun bacaannya banyak tersangkut-sangkut namun dia dapat mengimamkan solat tarawih di sini dengan baik sekali. Bacaannya tidaklah bergitu panjang kerana bilangan rakaat yang akan di bawa ialah dua puluh rakaat. Jamaah pun ramai. Tidak kira peringkat umur mereka datang ke sini. Rata-rata orang tempatan. Ada juga orang yang bekerja di pejabat-pejabat berhampiran dan tak sempat pulang, singgah berjamaah di masjid ini. Tak nampak kelibat orang asing di sini. Lagi satu....Hampir terbabas aku, rakaat ke tiga witir ada Qunut......sebab dah malam ke enam belas lah beb..!
Malam ke enam belas ada Qunut beb....!
Di sini juga tiada ceramah atau tazkirah. Kemuncaknya apa lagi kalau bukan moreh. Dari awal lagi aku dah perhatikan di sini mesti power morehnya. Bukanlah niat aku bertarawih untu moreh. Tetapi sekadar meramal berdasarkan eksklusifnya masjid ini. Lihat saja lah sekitar morehnya. Tak ubah macam kenduri kahwin..!! Sungguh meriah. Yang paling seronok ialah anak-anak. Mereka walaupun ramai tapi terdidik moral dan tertibnya di dalam masjid. Bagus sekali..! Nak makan pun tak der ler berebut-rebut seperti di masjid-masjid lain yang dah aku lalui....Mungkin pesanan ayah ibu mereka supaya tertib. Lagipun ibu ayah mereka sudah tentu golongan terpelajar...Apapun morehnya memang sunggu meriah...
Comments