MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Monday 30 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh

Malam ke dua puluh Ramadhan, hati ku masih terpercik aura masjid Al-Sharif di Simpang Tiga, Gombak. Bukan nkerana namanya terapi entah mengapa malam ni aku rasa terpanggil nak ke sini lagi....So, untuk malam ke dua puluh ni aku bertarawih di Masjid Al-Sharif sekali lagi...

Oh ya..! kaan-kawan pembaca sekelian, untuk kali ini ingin aku menulis dan berkongsi info perihal Malam Lailatul Qadar. Ia serba sedikit yang aku dapat semasa tazkirah ringkas di masjid Al-Sharif malam tersebut.

Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa macam pendapat. Ada yang mengatakan bahwa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia.
Adapun keutamaan lailatul qadar adalah:

Lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan (bertambahnya kebaikan). Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(QS. Ad Dukhan: 3-4)
Maka, banyak-banyaklah bermunajat dan beriktikaf di masjid di malam-malam sepuluh terakhir ini. Lebih-lebih lagi di malam-malam yang ganjil. Mudah- mudahan kawan-kawan semua dipertemukan dengan malam lailatul qadar. Malam kemuliaan itu lebih bail daripada seribu bulan….! Bayangkan lah..! Kita hidup pun belum tentu mencapai 1000 bulan. Jadi amalan tersebut melebihi usia kita. Walaupun bukan mudah untuk bertemu dengan lailatul qadar, namun setidak-tidaknya kita lakukan yang terbaik kerana segala sesuatu tu di atas ketentuan Allah jua…Rezeki anda, siapa tau…..!
Banyak-banyakkan bertaubat dan mengerjakan solat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan dengan keikhlasan bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan melembutkan hati kita untuk terus beramal seikhlasnya untuk sepanjang hayat dan bukannya hanya pada bulan Ramadhan sahaja….


Oklah, itu saja info yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan hasil daripada mendengar tazkirah di masjid Al-Sharif di malam ke dua puluh Kembara Tarawih ku.

Sunday 29 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tujuh Belas, Lapan Belas dan Sembilan Belas

Malam ke tujuh belas aku still bertarawih di Masjid Wilayah manakala malam ke lapan belas beralih arah untuk mengulangi bertarawih di Masjid Negara. Dua masjid ini adalah altenatif untuk aku bertarawih sekiranya aku tak sempat nak ke masjid-masjid lain yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini kerana masjid-masjid inilah yang paling mudah untuk di tujui. Lebih-lebih lagi Masjid Wilayah. Kalau lewat pun tak ada masalah parking
Detik dan waktu terus berlalu. Adakah kita sedar bahawa rupa-rupanya kita kini berada di penghujung fasa ke dua bulan Ramadhan Al-Mubarak? Ya….kita kini di malam ke sembilan belas Ramadhan. Ini bermakna malam esok adalah malam terakhir fasa ke dua ini dan akan menjengok pula ke fasa terakhir iaitu fasa ke tiga – Pembebasan dari Api Neraka…! Mudah-mudahan.. Ameen....


Kembali kepada Kembara Tarawih ku pada tahun ini. Ya, teman-teman pembaca sekelian, malam ke sembilan belas ini aku betarawih di masjid ini..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


Sorry lah gambarnya kelam.....tapi nampak kan papan tanda tu....

Suka aku namanya... Masjid Al-Sharif, Simpang Tiga, Gombak. Masjidnya pun cantik dan berseni di dalamnya. Program tarawih yang di atur ok juga. Semasa aku sampai...jamaah masih belum ramai.

Masuk saja waktu Isya’. Jemaah meluruskan saf untuk solat Isya’. Selesai solat Isya’, terus adakan tahlil arwah. Lebih kurang lima belas minit lamanya. Selesai saja tahlil arwah, tidak juga bertarawih, tapi ada tazkirah dulu....Bagus jugak tazkirah di sini malam ni....Ustaz yang memberi tazkirah tu mengingatkan persiapan untuk menghadapi sepuluh malam terakhir Ramadhan. Supaya jamaah tidak melepaskan peluang untuk beriktikaf di masjid sepanjang sepuluh malam terakhir....
Tahlil...

Tazkirah.....

Solat tarawih diimamkan oleh dua orang imam jemputan. Orang tempatan tetapi bukan hafidz. Bilangan rakaat sebanyak dua puluh rakaat. Aku sungguh tertarik dengan bacaan imam ke dua. Suaranya "comel" dan sungguh merdu. Aku rasa jauh lebih baik daripada tok Arab di Masjid Wilayah. Alunan suaranya membawakan surah yang paling aku suka iaitu surah Ar-Rahman dengan ulang kali sebutan..... "Fabi ai yii a’ la i rob bi ku ma tu kaz zi ban....." dalam bahasa Inggerisnya bermaksud... "so which of the favors of your Lord would you deny?" Atau dalam bahasa Melayunya berbunyi "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" Ianya sudah cukup untuk membuatkan kita menginsaf diri dan jangan mengkufuri nikmat Allah....

Selesai solat Tarawih dan witir, kami semua ke ruang bawah untuk menikmati moreh. Ini juga satu kelainan yang aku temui….Cara morehnya berkelompok-kelompok. Satu kelompok lebih kurang empat hingga enam orang. Ini bermakna ia mengamalkan konsep berjamaah semasa moreh. Menarik juga, dapat berkenalan dengan sesama jamaah ketika sedang minum dan bersembang.

Ini pula menu morehnya. Kuih Badak, Talam Ubi, Teh ”O” Panas dan semangkuk air basuh tangan.....he..he..he..


Selesai moreh aku melangkah keluar untuk pulang. Apa yang menarik perhatian aku ialah notis ini....

Bagus jugak. Masjid tempat lain tak ada langsung inisiatif mengingatkan anak-anak yang datang ke masjid supaya jangan membuat bising....dan bermain mercun....!! Ya...! adik-adik....ini bukan nak sambut Tahun Baru Cina nak main mercun....!!

Ok lah, teman pembaca semua, sebelum aku mengakhiri cerita Kembara Tarawih ku malam ke sembilan belas ini, ini ada gambar sebenar masjid Al-Shariff yang aku dapat dari laman blog masjid tersebut....Aku rasa, ini kenangan paling manis setakat hari ini aku bertarawih...kerana jumpa masjid yang bernama....Al-Sharif.... Ok jumpa lagi..


Wednesday 25 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Lima Belas dan Enam Belas

Malam ke lima belas aku masih mengulangi bertarawih di masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Faktor utamanya kerana aku kesuntukan masa. So, dari pejabat selepas berbuka dan solat maghrib, aku mengambil keputusan untuk bersolat tarawih di masjid Wilayah sahaja. Tak apalah, asalkan aku tak tertinggal tarawih malam ke lima belas ni.


Malam ke enam belas kembara tarawih ku kali ini di masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Selama ini ku hanya dengan dari kawan-kawan mengenai masjid indah ini. Memang sungguh indah dan cantik. Sungguh eksklusif sekali. Mula dari gerbang masuk sampailah di ruang sebelah dalamnya. Lihat saja kapetnya, gebu....tenggelan muka kalau sujud....Sunguk mewah, cantik dan bersih sekali. Masjid ini kunjungannya golongan elit tempatan di sini. Kebanyakannya penduduk berhampiran di sini golongan kaya-kaya dan mewah. Lebih kurang sama saja dengan orang di masjid Bukit Damansara.
Sungguh Eksklusif....
Menyentuh pasal tarawih, jemaah masjid ini diimamkan oleh imam tempatan. Hafidz. Walaupun bacaannya banyak tersangkut-sangkut namun dia dapat mengimamkan solat tarawih di sini dengan baik sekali. Bacaannya tidaklah bergitu panjang kerana bilangan rakaat yang akan di bawa ialah dua puluh rakaat. Jamaah pun ramai. Tidak kira peringkat umur mereka datang ke sini. Rata-rata orang tempatan. Ada juga orang yang bekerja di pejabat-pejabat berhampiran dan tak sempat pulang, singgah berjamaah di masjid ini. Tak nampak kelibat orang asing di sini. Lagi satu....Hampir terbabas aku, rakaat ke tiga witir ada Qunut......sebab dah malam ke enam belas lah beb..!


Malam ke enam belas ada Qunut beb....!
Di sini juga tiada ceramah atau tazkirah. Kemuncaknya apa lagi kalau bukan moreh. Dari awal lagi aku dah perhatikan di sini mesti power morehnya. Bukanlah niat aku bertarawih untu moreh. Tetapi sekadar meramal berdasarkan eksklusifnya masjid ini. Lihat saja lah sekitar morehnya. Tak ubah macam kenduri kahwin..!! Sungguh meriah. Yang paling seronok ialah anak-anak. Mereka walaupun ramai tapi terdidik moral dan tertibnya di dalam masjid. Bagus sekali..! Nak makan pun tak der ler berebut-rebut seperti di masjid-masjid lain yang dah aku lalui....Mungkin pesanan ayah ibu mereka supaya tertib. Lagipun ibu ayah mereka sudah tentu golongan terpelajar...Apapun morehnya memang sunggu meriah...




Ini pula menunya. Sup daging panas dengan roti (tiada dalam ganbar) aku tak minat makan sup dengan roti. Tetapi aku pilih ni.... Nampak sedap dan menyelerakan.....Bubur lambuk dengan air Rebina.....Fuhhhhh..!!! memang kelas buburnya, sedap sungguh...Banyak daging.....

Tuesday 24 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Empat Belas



Malam ke empat belas aku bertarawih di masjid Batu Lima, Jalan Ipoh, KL. Ini juga salah satu masjid tertua di KL. Rupanya klasik saja. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kampung Batu. Tidak jauh dari masjid Wilayah Persekutuan, KL.



Setiba aku di masjid ini, nampak lengang aje….Adapun yang datang cuma warga emas….Tak ramai golongan mudanya, mungkin mereka lebih selesa ke masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Seperti biasa aku solat tahiyyatul masjid. Sementara menunggu masuk waktu Isya’. Aku belek-belek beberapa kitab lama yang ada di tepi dinding. Azan bergema, masuk sudah waktu Isya’. Selepas Solat Isya, tidak ler terus bertarawih tetapi bertahlil dahulu (tahlil arwah). Lebih kurang dua puluh minit lamanya. Lepas tu tok bilal bacakan soalan kuiz. Eh…eh…sama macam Masjid Taman Batu Muda Semalam, Cuma soalannya lain.



Sempurna saja majlis tahlil, bilal terus menyeru jemaah bertarawih……Diimamkan oleh imam jemputan tetapi orang tempatan. Masih muda lagi. Bacannya teratur dan terang. Jumlah rakaat sebanyak dua puluh rakaat.



Seperti biasa selepas solat, cari moreh. Di sini mereka adakan moreh di luar perkarangan masjid. Ada khemah lagi….Ini menu moreh aku malam tu……






Teh “O” panas dengan kuih lopis….ada juga kuih sagu…..Alhamdulillah….

Monday 23 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tiga Belas

Malam ke tiga belas aku bertarawih di masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda Kuala Lumpur. Masjid ini terletak bersempadan antara KL dengan Selangor (Gombak). Rata-rata jemaahnya datangnya dari penghuni flet PPRT yang berhampiran dan aku lihat sesetengah tu mat-mat perang dari kuartes Batu Muda.

Jemaahnya ramai dan memenuhi seluruh ruang. Bertarawih di sini aku rasa ada kelainan sedikit. Semasa aku tiba, sebelum masuknya waktu Isya’, Bilal membuat pengumuman senarai nama-nama arwah untuk tahlil. Semua nama-nama arwah disebutnya. Hampir dua puluh minit...!! Macam baca berita pulak. Selain itu, Selepas solat Isya’, seorang wakil AJK masjid membaca soalan kuis Ramadhan. Jawapan perlu ditulis dan dimasukkan ke dalam peti yang di sediakan....Unik kan?




Imam tarawih dua orang imam muda. Imam tempatan. Jumlah rakaat dua puluh dan tiada tazkirah. Ada tadarus selepas selesai solat tarawih. Aku tidak sampai dua puluh rakaat sebab kurang sihat sedikit. Selsema.....taku pulah jemaah disebelah ku kurang selesa sebab bunyi hidung yang berair....So aku ambil keputusan buat lapan rakaan dan witir sendirian di belakang.



Cadangkan lepas witir aku nak moreh....tapi aku lihat lengang saja. Jemaah yang membawa lapan rakaat semua balik bergitu saja tanpa moreh. Kenapa yer? Oh! rupanya moreh di sediakan selepas selesai witir nanti.....lain dari yang lain masjid ni....kalau separuh jemaah membawa lapan rakaat dah pulang .....aku lihat yang tinggal untuk dua puluh rakaat tu tak sampai dua baris....so, menu moreh yang berperiuk tu sapa nak makan?? Membazir betul ler.....

Sunday 22 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Sebelas dan Malam ke Dua Belas

Malam ke sebelas merupakan ambang kepada fasa ke dua bulan Ramadhan. Bagaimana agaknya dengan fasa pertama kita? Mudah-mudahan amalan kita di berkati Allah. Teruskan....Aku juga bermohon agar mendapat tempat dan hidayah di sisi Allah..... Amin.... Menyenyentuh pula tentang Kembara Tarawih ku, pada malam ke sebelas aku masih bertarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, so tak perlulah aku ulang catatan kembara Tarawih ku pada malam ke sebelas.


Nah....ini di Kembara Tarawih ku unutk malam ke dua belas. Aku bertarawih di masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Sedikit info tentang masjid Jamek ini, ia merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur. Sunguh unik, terletak di permatang antara pertemuan sungai Gombak dengan Sungai Kelang.. Kalau di lihat seperti di kampung tradisional pulak. Sedangkan ia terletak di tengah- tengah bandaraya kuala Lumpur.

Memandangkan hari ini hari Sabtu, aku mengambil peluang keluar lebih awal ke bandar untuk menjenguk kota KL yang agak lama aku tidak ke sini. Pusing-pusing jalan TAR dan bazar ramadhan sekitar Jalan Melayu. Selepas Asar, sementara menunggu masuk waktu maghrib aku meronda-ronda sekitar Masjid Jamek ni. Aku tak berniat nak berbuka di masjid ni kerana aku tidak berapa gemar berbuka di masjid. Di masjid ni ada bubur lambuk macam masjid Kg. Baru KL. Seronok orang dapat bubur lambuk. Tapi yang tak seronok apabila aku lihat mamat ni.......(Lihat gambar bawah ada tanda anak panah merah tu...) Kurang asam betul dia. Dah ambil bubur lambuk free, dia hentam "mencekik" bubur tu kat belakang masjid, tak puasa rupanya.......!! Selamba aje...Eiii kalau tak mau puasa pun jangan ler menunjuk-nunjuk sangat..... Nanti kena bala baru tau !


Dipendekkan cerita, setelah selesai solat maghrib, aku duduk menunggu masuk waktu Isya'. Aku perhatikan ke unikkan masjid ini. Didalamnya banyak tiang.... Diantara jemaah agak berhimpit dan ada yang terjangkau kerana terpisah oleh tiang-tiang di dalam masjid ini.



Masa yang ditunggu telah sampai, kini tiba masa untuk bertarawih. Imam tempatan dan membawa sebanyak dua puluh rakaat. Lunak dan sedap bacaan ayat suci oleh imam ini. Tidak terlalu laju, surah tidak bergitu panjang. Cara dia mengimamkan pun sungguh bagus. Aku merasakan tersentuh apabila sepatah dua ayat suci yang dibacanya itu yang aku faham mengenai kematian dan hari kebangkitan......


Setelah selesai witir, apa lagi.....moreh ler.... ini menu morehnya....Nescafee panas dan agar-agar tradisional....Alhamdulillah.......


Melangkah Keluar masjid, aku rasa seronok bertarawih kat sini dan jiwa amat tenang sekali. Mungkin aku akan mengulangi bertarawih kat sini lagi.... So, kalau kawan-kawan di luar sana yang ingin merasa ketengan jemputlah ke masjid jamek ini. Bersolat, bertadarus dan iktikaf..... memang ada auranya tersendiri masjid ini.



Friday 20 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Sepuluh

Hari ini malam ke sepuluh Ramadhan. Lihatlah bertapa pantasnya masa berlalu… Ini bermakna kita telah berada penghujung ke fasa pertama bulan Ramadhan. Dimana fasa pertama ini didalamnya ada keberkatan dan rahmat. Kalau sahabat-sahabat di luar sana tu yang masih leka…ayuh…jangan terus lena….kita masih ada peluang dua fasa lagi….. rebutlah peluang ini….
Alhamdulillah….malam ini sempurna sudah kembara terawih aku bagi malam ke sepuluh Ramadhan. Masjid pilihan aku kali ini ialah Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Kalau biasanya dalam perjalanan pulang bertarawih, aku akan memilih siaran radio IKIM. Ia membawakan secara langsung solat tarawih dari masjid Wilayah ini. Maka pada malam ini aku sendiri merasai suasana bertarawih di masjid Wilayah.


Setiba aku di pintu masjid ini, aku lihat kereta penuh hingga ke luar, aku cuba memandu perlahan-lahan masuk ke dalam.....Alhamdulillah, ada parking kosong rupanya. Di bawah pokok yang rendang.....tak ada kereta pun di sini, walaupun kedudukannya agak strategik, depan pintu masjid anjung ”A”. Pemandangan sungguh indah. Sempat juga aku snap gambar menara masjid ni...


Ok lah dipendekkan cerita, Solat tarawih di sini sebanyak dua puluh rakaat, di imamkan oleh imam jemputan dari Mesir. Bacaanyan sungguh lunak dan merdu. Agak laju sedikit. Surah Al-Quran yang dibaca tidak lah bergitu panjang. Orang-orang tua pun boleh follow punya...




Tiada sesi ceramah atau tazkirah. Lepas tamat solat witir, ada tadarus Quran. Aku seperti biasa ler….cari moreh…..Rupanya dah ramai dok menikmati moreh.




Menu ringkas saja. Hanya Bubur pulut merah dengan Air sirap Bandung. Mak datuk....!! Punyalah manis macam madu.....!! Aku lihat peramu saji yang menyediakan moreh ni macam minah Indon aje....memang sah ler......bila mereka bersembang.... agaknya minah dari Bandung kot ! heh...heh... Patut ler air Bandungnya manis.....!!




Selesai moreh aku melangkah ke luar masjid. Nak pulang ler.....Sampai aje di kereta.....Alamak.....!!!!!! Apa dah jadi dengan kereta aku?? Bertompok-tompok putih....Waduh.....tahi burung punya ler banyak.....!! Dekat pintu right hand side pulak tu....Sedihnya aku....patut ler orang tak parking kat sini... Sorry ler kawan-kawan tak mau ah tunjuk gambarnya ....malu ler....

Wednesday 18 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Sembilan

Waktu barbuka telah tiba...

Hari ini malam ke sembilan Ramadhan. Masjid pilihan aku untuk bertarawih malam ini ialah masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar. Aku bertolak dari pejabat seawal jam 8.15 malam. Matlamat aku keluar awal kerana nak kejar parking ler… Dah ku jangka…..memang tak dapat punya, sesak .....so alternatifly, aku parking aje kat bahu jalan... Setibanya aku diperkarangan masjid, cuaca agak mendung dan tanda-tanda hujan akan turun bila-bila masa saja...Ku lihat kubah masjid terang benderang dan sungguh indah sekali. Rasa bersemangat aku melangkah untuk bertarawih.



Indahnya kubah masjid ini.....


Aku berwuduk dahulu sebelum masuk ke dalam masjid dan seterusnya menunaikan solat tahiyattul masjid....Sunguh meriah masjid ini. Biasanya kalau aku sampai di mana-mana masjid untuk bertarawih, belum pernah aku temui orang bertadarus beramai-ramai sebelum masuk waktu Isya’. Tetapi lain pula di sini, rata-rata jemaahnya duduk berkumpulan dan bertadarus. Di ruang hadapan ia diketuai oleh dua orang tok imam. Ini satu yang baru aku temui sepanjang bertarawih di bulan Ramadhan tahun ini.

Tadarus...sebelum masuk waktu Isya'...

Jumlah Rakaat sebanyak dua puluh. Di imamkan oleh imam tempatan. Tapi suara macam tok Arab. Bergitu fasih bacaannya. Bacaan tidak bergitu panjang. Alunannya merdu, tetapi laju, sesekali terbabas...... Biasalah Hafidz kan....

Khusyuk....


Jemaah Muslimah


Tiada tazkirah atau ceramah. Yang pasti lepas habis solat witir aku nak jenguk moreh. Aduh....!!kalau semalam rezeki memang baik, tapi hari ini lain ceritanya. Semua talam dah kosong .....tinggal sisa-sisa saja. Aku rasa-rasa menunya pasti hebat dan sedap sekali. Kalau tidak masakan licin..!! Ataupun mungkin jemaah yang keluar lebih awal dah ngap dulu....Ya lah, lagipun diluar tu hujan mencurah-curah, mungkin mereka lapar, itu yang laku moreh di sini. Apa yang aku dapat kali ini hanyalah.......

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

Segelas air sirap limau ais.......Alhamdulillah....syukur....