salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Saturday, 29 January 2011

Tanjung Tuan Yang Unik

Salam pertemuan kepada pembaca blogku semua. Kali ni aku ingin berkongsi pengalaman mendaki rumah api di Tanjung Tuan, Melaka. Ia terletak ke selatan Port Dickson. Ia merupakan satu-satunya pantai yang popular dikalangan orang Bandar. Tanjung Tuan juga dikenali sebagai Cape Rachado (Nama diberikan oleh Portugis).

Mengikut fakta sejarah, sekitar tahun 1606, Pantai Tanjung Tuan terkenal seebagai kawasan pertempuran tentera laut. Selepas penaklukan Portugis terhadap Melaka pada 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan yang dinamakan “Cape Rachado” dibina antara tahun 1528 dan 1529. Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, kemudian pihak British 1824, struktur rumah apai berkenaan berpindah milik kepada Melaka.

Kini, tempat ini telahpun diwartakan sebagai hutan simpan kekal dan Suaka Hidupan Liar dan Burung-burung dan dijadikan taman untuk meninjau burung-burung terutamanya pada musim penghijrahan dan lebih dikenali sebagai pusat persinggahan burung yang berhijrah dari Hemisfera Selatan ke Utara terutamanya “Honey Buzzards”. Biasanya burung-burung yang singgah dalam laluan tersebut sekitar bulan September dan Mac setiap tahun, ini termasuklah burung “Swift”, “Hawks” dan Helang.

Sekarang jom kita lihat gambar-gambar yang sempat aku snap untuk tatapan semua….

Ini merupakan pintu gerbang untuk memasuki Tanjung Tuan…


Ini laluan biasa…Kereta pun boleh lalu kat sini. Tapi kalau nak mencabar sikit, boleh lalu jalan khas untuk mendaki ke rumah api Tanjung Tuan…. (Aku tak ikut sebab pakaian tak sesuai).

Dah pun sampai, tapi jauh lagi…..

Hah…dah dekat dah….

Tapi kena naik tangga ni dulu…..Tak ler sebanyak tangga kat Batu Caves…



Lihat…Menaranya dengan lebih dekat….Tapi tak boleh masuk ke dalam. Cuma sekitar luar aku dapat ambil gambar ni…



Disekeliling rumah api ni banyak tumbauhan herba…. Sungguh cantik beb….!

Yang ni pulak pemandangan laut luas di Selat Melaka….. Yalah macam aku ceritakan pada awal-awal tadi, tempat pertempuran tentera laut. Kalau lihat betul-betul, nampak tak ada kapal dagang lalu kat situ…. Kalaulah boleh dibuat Tol kat sini, dah tentu Negara kita kaya-raya beb….!


Sekarang jom kita turun ke bawah menuju ke Pulau Intan.


…Alamak….Curamnya….. ketinggiannya … Tak ler tinggi sangat Cuma lebih kurang 300 Meter aje…tapi kecutaman dan likunya membuatkan aku naik semput kat sini….so…?


Berehatle kat sini dulu…tapi banyak nyamuk beb….besau-besau nyamuknya…



Sambil-sambil tu sempat juga aku membaca beberaspa info yang ada kat sini….


Aku teruskan pejalanan menurun ke pantai untuk ke Pulau Intan….


Banyak rupa pokok pelik-pelik kat hutan ni…. Terutamanya pokok Tembusu ni….macam bernyawa jer….

Tak kurang juga pokok ni…..

Lebih kurang 45 minit aku pun sampai di pantai untuk ke Pulau Intan….Lega rasanya…

…Itu dia Pulau Intan….

Ni lah satu-satunya bangunan yang ada kat Pulau Intan




Disekitar Pulau Intan ini banyak terdapat batu-batu karang yangh tua-tua..

Lebih kurang 2 jam aku berihat kat sini, kini tibalah masanya untuk aku lalui keadaan yang lebih getir…Ya…mendaki semula mengikut jalan asal tadi untk ke Rumah Api….Aduhhhhh….punya ler seksa rasanya… Kalau turun aku mengambil masa 45 minit tapi, masa naik aku ambil masa hampir satu jam setengah….!!! Penat giler aku….

Dipendekkan cerita, aku pun lekas-lekas pulang ke Resort yang aku sewa tidak jauh dari Rumah Api ni…


Ini dia resortnya….Ilham Resort.




Bagus gak, dekat dan kemudahan semua ada. Harga pun berpatutan


Oklah itu saja cerita pasal Tanjung Tuan. Jemputlah ke sini jika kelapangan. Memang seronok. Tanjung tuan tetap dalam kenangan.

No comments: