MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Sunday 5 December 2010

MAHA 2010 - Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show

The MAHA Exposition biennial series is Malaysia's leading agricultural show. Hosted by Ministry of Agriculture and Agrobased Industries and organised by the Federation Agriculture Marketing Authority, it certainly is amongst the largest and most comprehensive of its kind in the region, if not in Asia. MAHA 2010 to be held beginning November 26th 2010 and to run over 10 days, is expected to build on the success of MAHA 2008 a show accorded to be the largest Exhibition by the Malaysian Book of Records. A must for all industry stakeholder! this year's show promise novel and technology centric demonstration and exhibits and activities that interest trade visitors as well general public. It is a show that flaunts Malaysia's best producers, farmer, fishermen and stockman. It is also a platform to pitch the regions' best agro-food companies.

Okay, itu tadi info dalam Bahasa Inggeris. Ini dalam Bahasa Melayu pula.


Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.


Baiklah, aku mula ceritakan ketika aku baru sampai di tapak MAHA 2010 ini. Ketika aku sampai hujan turun agak gerimis. Tetapi orang tetap ramai. Masa nak masuk ke tapak ni, jalan punya ler sesak sakan. Aku pun dapat pakir kereta jauh dari tapak pameran ni. Sudah ler sesak, pakir pula penuh. Nak masuk kena bayar RM 3.00 lagi.


Walau hujan, orang tetap ramai...

Cuti sekolah, menggamatkan keadaan pengunjung te tapak MAHA ini


Tempat pertama yang aku kunjungi ialah, gerai yang menjual anak-anak pokok. Aku ingat nak juga pilih mana-mana anak pokok untuk dibeli tetapi bila melihat pada harganya, aku rasa lebih baik aku beli kat Jabatan Pertanian sajalah....

Banyak anak-anak pokok di sini.....


Ada lagi....Harga...?? Jangan tanya beb..!

Hujan masih turun......

Keadaan jalan basah dan lembap, hujan masih turun membuatkan aku agak tak selesa nak masuk ke dalam khemah pameran buah-buahan, namun kerana semangat nak melihat buah-buahan dan jualan dalam khemah tu, aku masuk juga...




Salah satu gerai yang aku singgah ialah gerai menjual bunga orkid ni.... Tengok ler banyaknya bunga orkid yang cantik-cantik... Petik boleh tak..?


Orkid...


Lagi...."Orkid Abdullah" Oppppsss..!


Ada lagi....


Dan lagi...

Banyak lagi....!

Sekarang mari kita tengok gerai buah-buahan. Mula-mula aku masuk, aku lihat hisan nenas dan limau Bali di bawah ni....

Nenas dari Johor..


Limau Bali, "Ipoh Mali"

Di bawah ini pula sempat ler aku snap beberapa gambar buah-buahan segar dan yang menggiurkan pengunjung. Daripada yang kecil-kecil sampailah yang besar-besar.













Habis sudah kesemua gerai buah-buahan aku kunjungi, kini aku singgah pula ke gerai bongsai. Sebut betul-betul... Bongsai bukan "Pangsai...." ha...ha.. ha... Tahu tak apa itu Pangsai? Tanya lah orang Hokkiean.


Bongsai cantik...

Yang ini pun cantik, tapi nak beli tak der duit....

Sudah penat berjalan ke semua gerai di sebelah bawah, aku naik ke dewan atas untuk melihat pameran pertanian pula. Tapak pameran yang pertama sekali aku kunjungi ialah ruang pameran MARDI Malaysia...


Gerbang Pameran MARDI


Inovasi MARDI...

Yang di bawah ini pula ialah tapak pameran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Nampak ada keunikan di sini.... Ada Maskot dan logo 1 Malaysia.

Logo 1 Malaysia dan Maskot
Nagka Madu....

Tomato yang lebat buahnya...


Hah...ini dia Maskot MOA, tengok ler anak kecil dalam kereta sorong tu..Terpegun..!!

Aku juga sempat berkunjung ke gerai FAMA. Cantik juga dekorasi dia orang ni, semuanya kreatif ler... Jenguk-jenguk juga kot-kot kawan aku di sini, tapi dia tak bertugas waktu ni...

Gerbang pameran FAMA


Antara yang menarik dan kreatif...

Ayam serama.... Lagi menarik...

Itu ler serba sedikit kembara ku ke tapak Ekspo MAHA 2010. Apa yang kita tahu, ia lebih mengutamakan produk pertanian, yang anehnya ada juga gerai pakaian macam kat bawah ni....pelik kan?

Gerai tudung, baju dan sarung pun ada??

Oklah, kata orang tu, kalau kita berkunjung ke sesuatu tempat, setidak-tidaknya kita beli lah sesuatu untuk tanda kenag-kenangan. Jadi yang aku mampu membeli benda ni.....


Kaktus comel untuk kawan sepejabat...

Murah jer.... 3 = RM 10.00. Cukup ler untuk hadiahkan pada kawan-kawan kat SUK nanti. Kesimpulannya, barangan jualan di tapak jualan MAHA memang MAHAL...! So, what is your comment?

Jumpa lagi.... dan jangan lupa tunggukan entri berikutnya, pengalaman aku mendaki bukit rumah api Tanjung Tuan. Bye..

Sunday 28 November 2010

Kenangan Sandakan dan Pulau Selingan

Salam pertemuan kepada semua pembaca blog Ringgo. Agak lama juga aku tak update blog ni. bukan kerana apa-apa, hanya kesuntukan masa sahaja. Okay lah Pada entry kali ini aku ingin berkongsi pengalaman ku dengan pembaca semua semasa berada di Bandar Sandakan dan Pulau Selingan Sabah.

Sebelum aku paparkan gambar-gambar menarik sepanjang akau berkunjung ke Sandakan, mari kita lihat serba sedikit info dan sejarah Sandakan seperti berikut:


Lagenda Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu yang menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German.

Pada masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian wilayah Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal Ui Alam. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan berkuatkuasa pada 1878.
Untuk mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan pengurusan kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya. Antara orang yang dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan mula berkembang apabila ia di tadbir oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.
Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan. Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang.
Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan, kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina.
Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan. Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah yang terkenal.
Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada 18 Jun 1879. Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly Sim-Sim).
Pryer telah menamakan tempat ini ‘Elopura’ yang bermaksud “Bandar yang Indah”. Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau.
Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya di atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina.
Oleh itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal bandar Sandakan dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung tidak lagi menjadi pengerusi “British North Borneo Development Corporation”.
Oklah itu saja ceritanya serba ringkas yang ku dapat dari laman sesawang MPS. Sekarang ni mari kita lihat gambar-gambar menarik di Sandakan dan Pulau Selingan.

Ini ialah gambar-gambar dalam Pasar Besar Sandakan.








Kalau berkunjung ke Sandakan tak sah kalau tak pergi ke Sepilok. Di sini pusat penjagaan dan pemuliharaan Orang Utan. Sepilok merupakan salah satu tempat habitat orang Utan di Kepulauan Borneo ini.






Yang ini "Orang Utan" juga ke....?? Ha...ha...ha...

Baiklah, sekarang mari kita tinggalkan Bsndar Sandakan dan Sepilok dan menuju ke Pulau Selingan.

Info ringkas mengenai Pulau selingan ini...... Pulau Selingan ini sebenarnya adalah salah satu daripada gugusan pulau Libaran di Sabah. Terdapat tiga buah Pulau dalam gugusan Pulau Libaran ini iaitu Pulau Seliangan, Pulau Bakkungan Small dan Pulau Gulisan. Hanya 40 km dari pantai Sandakan.
Hidupan yang paling eksotik di sini ialah penyu belimbing yang bertelur pada musim-musim tertentu iaitu pada bulan Oktober setiap tahun. Setiap malam sehingga 50 ekor penyu mendarat untuk bertelur .
Pada 1 Ogos 1966, pulau Libaran didapati berpotensi untuk pendaratan penyu, mengeram dan penetasan penyu . Ia dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Sejak itu, pulau -pulau ini dinamakan Taman Pulau Penyu yang ditadbir oleh kerajaan negeri bagi melindungi hidupan liar ini agar tidak pupus dan seterusnya menjadi tarikan pelancong.
Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang menarik. Dengan menggunakan bot laju kita boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan yang mempunyai 15 buah bilik mandi. Chalet ini juga mempunyai restoran untuk menjamu selera.
Gambar di bawah ini ialah gambar sewaktu aku di jeti sebelum bertolak ke pulau selingan. Lihat sajalah bertapa sesaknya jeti ini. Apa yang aku lihat di sini yang ramainya ialah orang Indon dan Filipina jer....





Semasa dalam perjalan dengan bot ni, sempat juga aku rakamkan beberpapa pemandangan menarik sekitar Pulau Selingan.






Semasa di Pulau Selingan aku bergitu seronok sekali. Lihatlah.... bukan setakat menaiki bot laju malah dapat mandi manda dan lebih seronok lagi dapat main anak penyu lagi beb.....










Tak dapat ku banyangkan bertapa seronok dan manisnya kenangan di Sandakan dan Pulau Selingan. Insya Allah ada masa dan waktu aku akan sampai lagi di sini. Selamat tinggal Sandakan..... Ok ler di bawah ni pula penerbangan pulang ke Semenanjung. Semasa penerbangan dari Sandakan Ke Kota Kinabalu Sempat Aku rakam gambar Gunung Kinabalu ni.....Besau beb.....