MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Monday 23 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tiga Belas

Malam ke tiga belas aku bertarawih di masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda Kuala Lumpur. Masjid ini terletak bersempadan antara KL dengan Selangor (Gombak). Rata-rata jemaahnya datangnya dari penghuni flet PPRT yang berhampiran dan aku lihat sesetengah tu mat-mat perang dari kuartes Batu Muda.

Jemaahnya ramai dan memenuhi seluruh ruang. Bertarawih di sini aku rasa ada kelainan sedikit. Semasa aku tiba, sebelum masuknya waktu Isya’, Bilal membuat pengumuman senarai nama-nama arwah untuk tahlil. Semua nama-nama arwah disebutnya. Hampir dua puluh minit...!! Macam baca berita pulak. Selain itu, Selepas solat Isya’, seorang wakil AJK masjid membaca soalan kuis Ramadhan. Jawapan perlu ditulis dan dimasukkan ke dalam peti yang di sediakan....Unik kan?




Imam tarawih dua orang imam muda. Imam tempatan. Jumlah rakaat dua puluh dan tiada tazkirah. Ada tadarus selepas selesai solat tarawih. Aku tidak sampai dua puluh rakaat sebab kurang sihat sedikit. Selsema.....taku pulah jemaah disebelah ku kurang selesa sebab bunyi hidung yang berair....So aku ambil keputusan buat lapan rakaan dan witir sendirian di belakang.



Cadangkan lepas witir aku nak moreh....tapi aku lihat lengang saja. Jemaah yang membawa lapan rakaat semua balik bergitu saja tanpa moreh. Kenapa yer? Oh! rupanya moreh di sediakan selepas selesai witir nanti.....lain dari yang lain masjid ni....kalau separuh jemaah membawa lapan rakaat dah pulang .....aku lihat yang tinggal untuk dua puluh rakaat tu tak sampai dua baris....so, menu moreh yang berperiuk tu sapa nak makan?? Membazir betul ler.....

No comments: