MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Tuesday 24 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Empat Belas



Malam ke empat belas aku bertarawih di masjid Batu Lima, Jalan Ipoh, KL. Ini juga salah satu masjid tertua di KL. Rupanya klasik saja. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kampung Batu. Tidak jauh dari masjid Wilayah Persekutuan, KL.



Setiba aku di masjid ini, nampak lengang aje….Adapun yang datang cuma warga emas….Tak ramai golongan mudanya, mungkin mereka lebih selesa ke masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Seperti biasa aku solat tahiyyatul masjid. Sementara menunggu masuk waktu Isya’. Aku belek-belek beberapa kitab lama yang ada di tepi dinding. Azan bergema, masuk sudah waktu Isya’. Selepas Solat Isya, tidak ler terus bertarawih tetapi bertahlil dahulu (tahlil arwah). Lebih kurang dua puluh minit lamanya. Lepas tu tok bilal bacakan soalan kuiz. Eh…eh…sama macam Masjid Taman Batu Muda Semalam, Cuma soalannya lain.



Sempurna saja majlis tahlil, bilal terus menyeru jemaah bertarawih……Diimamkan oleh imam jemputan tetapi orang tempatan. Masih muda lagi. Bacannya teratur dan terang. Jumlah rakaat sebanyak dua puluh rakaat.



Seperti biasa selepas solat, cari moreh. Di sini mereka adakan moreh di luar perkarangan masjid. Ada khemah lagi….Ini menu moreh aku malam tu……






Teh “O” panas dengan kuih lopis….ada juga kuih sagu…..Alhamdulillah….

No comments: