MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Tuesday 17 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Enam dan Malam Ke Tujuh

Masjid Al-Amaniah, Gombak

Malam ke enam tarawih aku ke masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Daerah Gombak. Masjid ini agak cantik dengan hiasan dalaman yang melambangkan ciri-ciri klasik. Baru sampai aku lihat masjid ini agak lengang.

Lengang....


Selepas solat sunat tahiyatul masjid, aku mengambil tempat dibahagian belakang sekali, (sebelum baris muslimah yang dipisahkan oleh tirai) sambil menunggu waktu Isya’ aku bacalah zikir-zikir ringkas. Apabila masuknya waktu Isya’, masjid nampaknya dah mula penuh.. Waduh....kenapa pula banyak sangat mamat Bangla kat masjid ni? Oh...! baru aku tahu rupanya di sebelah masjid ni ada kawasan perumahan yang majoritinya di huni oleh mat-mat Bangla kerja Pasar Borong Selayang dan pekerja-pekerja kilang di Batu Caves. Alhamdulillah, masjid ni penuh jemaahnya bertarawih.

Programnya agak lain dari masjid Sg. Tua dan Masjid Negara yang aku hadiri sebelum ni. Sebelum memulakan solat Tarawih, Imam mengumumkan nama-nama untuk tahlil arwah. Solat Tarawih sebanyak lapan rakaat dibawa oleh Imam masjid ini sendiri. Selepas empat rakaat yang pertama, break untuk sesi tazkirah lebih kurang 20 minit.
Khusyk mendengar tazkirah....
Kalu diperhatikan, masjid ni walaupun klasik, tapi canggih...! ada VC lagi, skrinnya terpapar di depan tu.....lagi satu yang syoknya masjid ni ada air-cond. Tak ler panas sangat. Setelah selesai tazkirah, sambung semula solat tarawih dan seterusnya solat sunat witir. Akhir sekali barulah tahlil arwah dan di ikuti tadarus Quran.

Aku tak ler menunggu untuk tadarus tu, pergi ke belakang, ada moreh, sebelum pulang aku menjamah moreh kat masjid ni ambil berkat.....


Teh tarik (punyalah manis) dengan bubur Cha-cha...

Malam ke tujuh Ramadhan aku bertarawih di masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya. Ia juga dikenali sebagai masjid Bulat di kalangan penduduk setempat. Lihat saja lah bentuknya yang bulat.

Masjid Bulat, Seksyen 14, P.J

Aktiviti tarawih di masjid ini simple saja. Jemaah agak ramai jugak. Memandangkan masjid ini terletak ditengah-tengah bandar Seksyen 14, yang kebanyakannya di kelilingi oleh pejabat-pejabat korporat dan permis perniagaan maka dikalangan jemaahnya terdiri daripada orang yang bekerja di pejabat-pejabat berhampiran. Walau pun ada beberapa kawasan perumahan di sini tetapi majoriti penghuni taman tersebut adalah orang cina. So, tak ramai penghuni taman ini dari kalangan orang melayu atau yang beragama Islam.

Bilangan rakaat sebanyak 20 rakaat. Imam dua orang. Imam muda lagi.... memang betul-betul muda...! aku rasa umur mereka tu baru lewat belasan tahun atau awal 20an. Mereka mengimamkan solat tarawih secara bergilir iaitu sepuluh rakaat seorang dan cuma pada solat witir sahaja di imamkan oleh imam tua... (imam masjid ini kot).


Apa yang terkilan selepas lapan rakaat solat. Kalau pada lapan rakaat pertama jemaahnya penuh melebihi lima saf..! Tetapi selesai saja lapan rakaat, cuma tinggal satu setengah saf saja. Semua jemaah dah cabut.....! Itulah seperti yang aku katakan tadi mungkin kalangan mereka yang terdiri daripada pekerja-pekerja pejabat berhampiran dan hanya singgah untuk bertarawih sebelum pulang ke rumah yang jauh dari Seksyen 14.

Jemaah dah mula kurang......

Satu perkara yang aku agak rimas sedikit ialah gelagat kanak-kanak di masjid ini. Terpekik terlolong dan terjerit-jerit. Tak kurang juga ada yang melalak. Ia menganggu keselesaan jemaah yang sedang bersolat tarawih. Mana ler mak bapak dia orang tu.......??

Selesai saja solat aku terus ke satu sudut, bukan moreh tapi minum air mineral yang di sediakan ditengah-tengah masjid ni, emmm ambil berkat ler....siap ada water dispenser lagi.....pelik kan? Tapi bagus gak, good idea!

Ada water dispenser di tengah-tengah masjid.....

Walau apa pun, moreh tetap tak tinggal. Aku ambil peluang nak rasa moreh kat masjid ni. Nah tu dia Apam Beras dan the “O” panas……


Hidangan moreh

No comments: