salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Monday, 30 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh

Malam ke dua puluh Ramadhan, hati ku masih terpercik aura masjid Al-Sharif di Simpang Tiga, Gombak. Bukan nkerana namanya terapi entah mengapa malam ni aku rasa terpanggil nak ke sini lagi....So, untuk malam ke dua puluh ni aku bertarawih di Masjid Al-Sharif sekali lagi...

Oh ya..! kaan-kawan pembaca sekelian, untuk kali ini ingin aku menulis dan berkongsi info perihal Malam Lailatul Qadar. Ia serba sedikit yang aku dapat semasa tazkirah ringkas di masjid Al-Sharif malam tersebut.

Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa macam pendapat. Ada yang mengatakan bahwa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia.
Adapun keutamaan lailatul qadar adalah:

Lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan (bertambahnya kebaikan). Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”
(QS. Ad Dukhan: 3-4)
Maka, banyak-banyaklah bermunajat dan beriktikaf di masjid di malam-malam sepuluh terakhir ini. Lebih-lebih lagi di malam-malam yang ganjil. Mudah- mudahan kawan-kawan semua dipertemukan dengan malam lailatul qadar. Malam kemuliaan itu lebih bail daripada seribu bulan….! Bayangkan lah..! Kita hidup pun belum tentu mencapai 1000 bulan. Jadi amalan tersebut melebihi usia kita. Walaupun bukan mudah untuk bertemu dengan lailatul qadar, namun setidak-tidaknya kita lakukan yang terbaik kerana segala sesuatu tu di atas ketentuan Allah jua…Rezeki anda, siapa tau…..!
Banyak-banyakkan bertaubat dan mengerjakan solat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan dengan keikhlasan bertaubat, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan melembutkan hati kita untuk terus beramal seikhlasnya untuk sepanjang hayat dan bukannya hanya pada bulan Ramadhan sahaja….


Oklah, itu saja info yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan hasil daripada mendengar tazkirah di masjid Al-Sharif di malam ke dua puluh Kembara Tarawih ku.

No comments: