Alhamdulillah....Sempena Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ni ramai yang mengunjungi masjid-masjid dan surau-surau. Al maklumlah awal Ramadhan, semuanya penuh berpusu setiap saf. Sampai ke saf terakhir...! Ramadhan kali ini ingin aku berkongsi dengan pembaca pengalamanku bertarawih di masjid-masjid tertentu (Setakat ni sekitar selangor dan KL jer...). Insaya Allah aku cuba muatkan gambaran sepanjang kembara tarawih ku ini.
Bermula dari malam pertama Ramadhan hingga malam ke empat, aku bertarawih di masjid Jamiatus Solahiah, Kg Sg Tua Batu Caves. Aktiviti di masjid ini sungguh menarik. Solat tarawih di imamkan oleh imam jemputan dari Selatan Thailand. Kalau tak silap aku Ustaz Mohd Yusoff dan seorang lagi tu aku tak berapa ingat namanya. Sungguh merdu sauara Ustaz adik Yusoff membaca ayat-ayat suci.
Yang ni bukan Iman Yusoff tau....
Bilangan Rakaat sebanyak lapan saja. Tetapi surah panjang-panjang. Oh ya, sebenarnya sebelum menunaikan solat tarawih, aktiviti dimasjid ini ialah kuliah agama selama lebih kurang 20 minit selepas solat isya'. Bagi tarawih pula, jangkamasa bermula dari jam 9.30pm hinggalah jam 10.30pm barulah selesai. Lebih kurang 1 jam ler lamanya.
Selepas tarawih ada tadarus Al-Quran dan tak ketinggalan pula jamuan moreh. Menunya yang aku ingat beberapa malam lalau, ada bubur jagung (My favorite), bubur lambuk, mee goreng dan air teh/kopi. Kira okay lah....
Nak aku kongsikan juga pada malam ke 5 tarawih, aku ke Masjid Negara. Aktiviti di sini memang ler hebat-hebat. Aku cuma datang selepas berbuka puasa dari pejabat (kerana aku ada di pejabat pada hari Sabtu tu walaupun cuti). Soalat tarawih di imamkan oleh imam jemputan dari timur tengah. Al maklumlah kalau tok arab jadi imam.......Aku rasa kalau ko owang dah ada pengalaman berimam dengan tok Arab tentu tau sendiri bertapa panjangnya surah yang dibaca.
Bacaan memang kelas..... walaupun surahnya panjang tapi agak laju.... tak terasa panjang. Bilangan rakaatnya 20 rakaat. Wow..!! jenuh juga aku. tapi tak per lah, bukan senang nak dapat macam ni kan? setahun cuma sekali saja. tahun depan tak tau lagi sampai atau tidak. Masanya lebih kurang sama saja dengan masjid Sg. Tua yang aku lalui. 1 jam lebih sikit jer. Ada tadarus dan moreh. berikut ini beberapa gambar yang sempat aku snapkan untuk pembaca. (Gambar tak berkualiti sebab curi-curi ambil ler...)
Jemaah baru saja selesai solat tarawh
Jemaah muslimah. Ramai juga....
Masa untuk moreh...
Inilah menu moreh....Alhamdulillah....
Bubur pulut merah dan teh "O" ais...
IsyaAllah, di entri akan datang aku cuba paparkan beberapa masjid lagi yang aku berkesempatan mengunjunginya sepanjang Ramadhan ini. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment