MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Sunday, 22 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Sebelas dan Malam ke Dua Belas

Malam ke sebelas merupakan ambang kepada fasa ke dua bulan Ramadhan. Bagaimana agaknya dengan fasa pertama kita? Mudah-mudahan amalan kita di berkati Allah. Teruskan....Aku juga bermohon agar mendapat tempat dan hidayah di sisi Allah..... Amin.... Menyenyentuh pula tentang Kembara Tarawih ku, pada malam ke sebelas aku masih bertarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, so tak perlulah aku ulang catatan kembara Tarawih ku pada malam ke sebelas.


Nah....ini di Kembara Tarawih ku unutk malam ke dua belas. Aku bertarawih di masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Sedikit info tentang masjid Jamek ini, ia merupakan masjid tertua di Kuala Lumpur. Sunguh unik, terletak di permatang antara pertemuan sungai Gombak dengan Sungai Kelang.. Kalau di lihat seperti di kampung tradisional pulak. Sedangkan ia terletak di tengah- tengah bandaraya kuala Lumpur.

Memandangkan hari ini hari Sabtu, aku mengambil peluang keluar lebih awal ke bandar untuk menjenguk kota KL yang agak lama aku tidak ke sini. Pusing-pusing jalan TAR dan bazar ramadhan sekitar Jalan Melayu. Selepas Asar, sementara menunggu masuk waktu maghrib aku meronda-ronda sekitar Masjid Jamek ni. Aku tak berniat nak berbuka di masjid ni kerana aku tidak berapa gemar berbuka di masjid. Di masjid ni ada bubur lambuk macam masjid Kg. Baru KL. Seronok orang dapat bubur lambuk. Tapi yang tak seronok apabila aku lihat mamat ni.......(Lihat gambar bawah ada tanda anak panah merah tu...) Kurang asam betul dia. Dah ambil bubur lambuk free, dia hentam "mencekik" bubur tu kat belakang masjid, tak puasa rupanya.......!! Selamba aje...Eiii kalau tak mau puasa pun jangan ler menunjuk-nunjuk sangat..... Nanti kena bala baru tau !


Dipendekkan cerita, setelah selesai solat maghrib, aku duduk menunggu masuk waktu Isya'. Aku perhatikan ke unikkan masjid ini. Didalamnya banyak tiang.... Diantara jemaah agak berhimpit dan ada yang terjangkau kerana terpisah oleh tiang-tiang di dalam masjid ini.



Masa yang ditunggu telah sampai, kini tiba masa untuk bertarawih. Imam tempatan dan membawa sebanyak dua puluh rakaat. Lunak dan sedap bacaan ayat suci oleh imam ini. Tidak terlalu laju, surah tidak bergitu panjang. Cara dia mengimamkan pun sungguh bagus. Aku merasakan tersentuh apabila sepatah dua ayat suci yang dibacanya itu yang aku faham mengenai kematian dan hari kebangkitan......


Setelah selesai witir, apa lagi.....moreh ler.... ini menu morehnya....Nescafee panas dan agar-agar tradisional....Alhamdulillah.......


Melangkah Keluar masjid, aku rasa seronok bertarawih kat sini dan jiwa amat tenang sekali. Mungkin aku akan mengulangi bertarawih kat sini lagi.... So, kalau kawan-kawan di luar sana yang ingin merasa ketengan jemputlah ke masjid jamek ini. Bersolat, bertadarus dan iktikaf..... memang ada auranya tersendiri masjid ini.



1 comment:

Unknown said...

Hi Ringgo,
Saya Hidayat dari Bukittinggi, Sumatra Indonesia.

saya nak rasa Ramadhan di malaysia tahun ini, kamu punya review dari masjid lain tak..?? masjid wilayah atau asy syakirin, atau di putrajaya atau di shah alam (saya tau itu masjid bagus yang berdekatan dengan KL)

boleh tak iktikaf di masjid meskipun belum 10 terakhir Ramadhan..??
mohon infonya dong Ringgo,

thanks,
ini email saya quyat_ramsus@yahoo.com