Posts

Showing posts with the label Kembara Tarawih

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lapan, Dua Puluh Sembilan dan Tiga Puluh

Image
Salam pertemuan buat pembaca semua. Kembara tarawih ku untuk malam ke dua puluh lapan, dua puluh sembilan dan malam ke tiga puluh ialah aku mengulangi bertarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak. Alham dulillah.... sempurna sudah kembara tarawih ku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Banyak kisah dan pengajaran yang aku dapat sepanjang kembara tarawih ini. Lain masjid lain caranya programnya, namun matlamatnya satu.... aktiviti yang disediakan untuk mengimarahkan masjid sebagai nadi masyarakat. Ini sesuai dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Jin seperti berikut: “Dan sesungguhnya masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” ( Al-Jin:18) Oh ya..! Bertapa pantas masa berlalu, rupanya pada hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan pada tahun ini... Sedih ku rasa, kalau kedatangannya kita sama-sama nantikan... kini tibalah masanya untuk Ramadhan meninggalkan kita.. yalah tiap yang datang pasti kan pergi... ...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tujuh

Image
Salam pertemuan buat pembaca blog Ringgo. Kali ini kembara tarawih ku pada malam ke dua puluh tujuh ialah Masjid Khairiah, Taman Sri Gombak. Masjid ini terletak dipinggir Taman Sri Gombak. Di atas bukit, di hadapannya hutan...Sungguh sejuk dan nyaman. Masjid ini menarik dan cantik sekali. Aku tiba di masjid Khairiah ini selepas saja berbuka puasa. Aktiviti pada hari ini memang menarik. Memandangkan hari ini merupakan malam ke 27 Ramadhan, maka kebanyakkan masjid-masjid mengadakan majlis Khatam Quran. Masjid Khariah ini tak terkecuali mengadakan majlis tersebut. Sebelum aku menggambarkan peristiwa tersebut elaoklah aku aku ceritakan perihal tarawih dahulu. Sebelum itu, Selepas solat Isya', ada tazkirah. Sungguh menarik tazkirah malam ini. Ia menceritakan perihal "bala dan bencana yang di turunkan oleh Allah sejak-sejak akhir ini." Apa yang menarik perhatian aku, apabila ustaz menceritakan negara-negara yang ditimpa bencana atau bala disebabkan kelalaian manusia daripada m...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lima dan Malam Ke Dua Puluh Enam

Image
Salam ketemu untuk episod seterusnya dalam kembara Ramadhan ku. Untuk malam ke dua puluh lima seperti biasa, kalau tak sempat ke tempat yang di rancang, ke mana lagi kalau tak ke Masjid Wilayah. Seperkara yang ingin aku kongsikan bersama pembaca kali ini ialah, kami meraikan anak-anak yatim… pada 22 Ramadhan yang lalau. Berikut ni beberapa gambar yang sempat aku snap semasa majlis tersebut. Wajah-wajah anak yatim.... Yang ni...senior...umur pun dah 19 tahun. Mewakili anak-anak yatim memberi sepatah dua kata Bersabar menunggu waktu berbuka... Yang ni Ibu pengasuh....bukan mak yatim.... Malam ke dua puluh enam pula aku mengulangi kembali bertarawih di masjid Jamek Bandaraya, K.L. Ceritanya sama saja. Cuma aku sempat ler berjalan-jalan petang Sabtu tu sementara menunggu masuk waktu berbuka dan untuk bertarawih malam nanti. Masjid Jamek....Ditengah-tengah apitan bangunan pencakar langit Sesaknya...nampak tu orang ramai berebut-rebut nak naik bas Waktu berbuka dah hampir tiba Keindah...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tiga dan Malam Ke Dua Puluh Empat

Image
Salam buat pembaca semua. Kalau nak diceritakan kembara tarawihku di malam ke dua puluh empat dan dua puluh lima...Maaf sajalah kiranya aku manengatakan jawapannya bahawa tarawih ku masih di Masjid Wilayah Persekutuan, KL. Aktiviti seperti biasa...moreh pun macam biasa. Tetapi kawan di sini ingin aku berkongsi bersama berkaitan artikel yang aku ambil daripada majalah bulanan Riyadhul Masjid Wilayah Persekutuan, edisi ke dua. Ceritanya berkaitan dengan Memuliakan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Tip kali ini, ingin aku kongsikan tip bulan Rejab walaupun kini kita berada dalam bulan Ramadhan... Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan Malam Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam kitab...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Satu Dan Dua Puluh Dua

Image
Kembara Tarawih ku bagi malam ke dua puluh satu di tempat biasa lah. Masjid Wilayah Persekutuan. Tetapi hari ini agak sesak dan penuh. Rupa-rupanya Agong bertarawih di Masjid ini juga. Menjadi tetamu VIP pulak dia malam ni. Setiba aku di Masjid Wilayah, para jamaah kebanyakknnya sudah selesai berbuka dan bersedia untuk bertarawih. Mak oi…punya lah banyak makanan hari ni. Selesai solat tarawih, masa moreh tu dapat lah aku sebungkus bubur lambuk. Kalau nak, lain-lain menu pun ada tapi aku dah kekenyangan semasa berbuka, so, aku abaikan saja untuk mengambil banyak-banyak makanan lain walaupun semasa melintasi ruang peramu saji, mereka mempelawa aku untuk ambil makanan. Itulah, sapa suruh buat banyak-banyak. Kan dah membazir…. Malam ke dua puluh dua aku mengulangi sekali lagi bertarawih di Masjid Daerah Gombak. Atau dikenali sebagai Masjid Amaniah. Sebenarnya seronok juga bertarawih kat sini, kerana suasana masjid juga cara imam mengimamkan solat tidak laju dan bacaan yang sedahana panja...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh

Image
Malam ke dua puluh Ramadhan, hati ku masih terpercik aura masjid Al-Sharif di Simpang Tiga, Gombak. Bukan nkerana namanya terapi entah mengapa malam ni aku rasa terpanggil nak ke sini lagi.... So , untuk malam ke dua puluh ni aku bertarawih di Masjid Al-Sharif sekali lagi... Oh ya..! kaan-kawan pembaca sekelian, untuk kali ini ingin aku menulis dan berkongsi info perihal Malam Lailatul Qadar. Ia serba sedikit yang aku dapat semasa tazkirah ringkas di masjid Al-Sharif malam tersebut. Mengenai pengertian lailatul qadar, para ulama ada beberapa macam pendapat. Ada yang mengatakan bahwa malam lailatul qadr adalah malam kemuliaan. Ada pula yang mengatakan bahwa lailatul qadar adalah malam yang penuh sesak kerana ketika itu banyak malaikat turun ke dunia. Adapun keutamaan lailatul qadar adalah: Lailatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan (bertambahnya kebaikan). Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan ...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tujuh Belas, Lapan Belas dan Sembilan Belas

Image
Malam ke tujuh belas aku still bertarawih di Masjid Wilayah manakala malam ke lapan belas beralih arah untuk mengulangi bertarawih di Masjid Negara. Dua masjid ini adalah altenatif untuk aku bertarawih sekiranya aku tak sempat nak ke masjid-masjid lain yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadhan ini. Ini kerana masjid-masjid inilah yang paling mudah untuk di tujui. Lebih-lebih lagi Masjid Wilayah. Kalau lewat pun tak ada masalah parking … Detik dan waktu terus berlalu. Adakah kita sedar bahawa rupa-rupanya kita kini berada di penghujung fasa ke dua bulan Ramadhan Al-Mubarak? Ya….kita kini di malam ke sembilan belas Ramadhan. Ini bermakna malam esok adalah malam terakhir fasa ke dua ini dan akan menjengok pula ke fasa terakhir iaitu fasa ke tiga – Pembebasan dari Api Neraka…! Mudah-mudahan.. Ameen.... Kembali kepada Kembara Tarawih ku pada tahun ini. Ya, teman-teman pembaca sekelian, malam ke sembilan belas ini aku betarawih di masjid ini.. ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ Sorry lah gambarn...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Lima Belas dan Enam Belas

Image
Malam ke lima belas aku masih mengulangi bertarawih di masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Faktor utamanya kerana aku kesuntukan masa. So , dari pejabat selepas berbuka dan solat maghrib, aku mengambil keputusan untuk bersolat tarawih di masjid Wilayah sahaja. Tak apalah, asalkan aku tak tertinggal tarawih malam ke lima belas ni. Malam ke enam belas kembara tarawih ku kali ini di masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Selama ini ku hanya dengan dari kawan-kawan mengenai masjid indah ini. Memang sungguh indah dan cantik. Sungguh eksklusif sekali. Mula dari gerbang masuk sampailah di ruang sebelah dalamnya. Lihat saja kapetnya, gebu....tenggelan muka kalau sujud....Sunguk mewah, cantik dan bersih sekali. Masjid ini kunjungannya golongan elit tempatan di sini. Kebanyakannya penduduk berhampiran di sini golongan kaya-kaya dan mewah. Lebih kurang sama saja dengan orang di masjid Bukit Damansara. Sungguh Eksklusif.... Menyentuh pasal tarawih, jemaah masjid ini diimamkan ...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Empat Belas

Image
Malam ke empat belas aku bertarawih di masjid Batu Lima, Jalan Ipoh, KL. Ini juga salah satu masjid tertua di KL. Rupanya klasik saja. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kampung Batu. Tidak jauh dari masjid Wilayah Persekutuan, KL. Setiba aku di masjid ini, nampak lengang aje….Adapun yang datang cuma warga emas….Tak ramai golongan mudanya, mungkin mereka lebih selesa ke masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Seperti biasa aku solat tahiyyatul masjid. Sementara menunggu masuk waktu Isya’. Aku belek-belek beberapa kitab lama yang ada di tepi dinding. Azan bergema, masuk sudah waktu Isya’. Selepas Solat Isya, tidak ler terus bertarawih tetapi bertahlil dahulu (tahlil arwah). Lebih kurang dua puluh minit lamanya. Lepas tu tok bilal bacakan soalan kuiz. Eh…eh…sama macam Masjid Taman Batu Muda Semalam, Cuma soalannya lain. Sempurna saja majlis tahlil, bilal terus menyeru jemaah bertarawih……Diimamkan oleh imam jemputan tetapi orang tempatan. Masih muda lagi. Bacannya teratur dan terang. Juml...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Tiga Belas

Image
Malam ke tiga belas aku bertarawih di masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda Kuala Lumpur. Masjid ini terletak bersempadan antara KL dengan Selangor (Gombak). Rata-rata jemaahnya datangnya dari penghuni flet PPRT yang berhampiran dan aku lihat sesetengah tu mat-mat perang dari kuartes Batu Muda. Jemaahnya ramai dan memenuhi seluruh ruang. Bertarawih di sini aku rasa ada kelainan sedikit. Semasa aku tiba, sebelum masuknya waktu Isya’, Bilal membuat pengumuman senarai nama-nama arwah untuk tahlil. Semua nama-nama arwah disebutnya. Hampir dua puluh minit...!! Macam baca berita pulak. Selain itu, Selepas solat Isya’, seorang wakil AJK masjid membaca soalan kuis Ramadhan. Jawapan perlu ditulis dan dimasukkan ke dalam peti yang di sediakan....Unik kan? Imam tarawih dua orang imam muda. Imam tempatan. Jumlah rakaat dua puluh dan tiada tazkirah. Ada tadarus selepas selesai solat tarawih. Aku tidak sampai dua puluh rakaat sebab kurang sihat sedikit. Selsema.....taku pulah jemaah disebelah ku k...