MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Tuesday, 17 August 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Lapan

Malam ke lapan aku bertarawih di masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, K.L. Kalau orang sekitar Damansara tentu tahu dimana terletaknya masjid cantik ini. Ya lah masjid ini cantik, al maklumlah masjid ini terkenal dengan tempat berjemaah bagi orang-orang elite dan kaya-kaya, Titile semuanya dikalangan Datuk-datuk atau Tan Sri-Tan Sri atu lebih cangih lagi bergelar Tun....!

Setibanya aku di masjid ini, aku lihat kereta dah penuh diperkarangan masjid. Nak parking pun aku terpaksa pusing-pusing dulu. Dah ler susah nak parking. Pak Guard Nepal yang bertugas tu dok perhati aje.... Yalah aku akur bahawa sekitar masjid ni penuh dengan kereta-kereta mewah.....tapi kereta aku?? Ahh perduli apa kan? Ini rumah Allah terbuka untuk semua..... Nasib baik selepas berbuka aku terus ke masjid. Kalau tidak, terpaksa parking di luar kawasan masjid ler jawabnya....Memang sudah resmi aku sebelum bertarawih, aku suka berbuka di rumah atau di pejabat saja, tak gemar sangat berbuka kat luar atau kat masjid.

Dalam masjid dah penuh jemaah. Wow...kebanyaknya mereka ni bercakap London.....! Termasuklah kanak-kanak dan remajanya...Tetapi mereka peramah. Aku cuba menanyakan kepada salah seorang jemaah di sebelah aku. "Emmm.. encik, tok imam ni org tempatan ker", tanya ku ingin tahu. "Oh...tak dari Thailand...." "Yang sorang lagi tu orang kita" jawabnya mesra.....


Berbalik pasal tarawih, di sini jumlah rakaatnya sebanyak dua puluh rakaat. Tiada tazkirah atau ceramah. Lepas selesai witir terus jemaah ke tingkat bawah untuk moreh. Sesetengah jemaah tidak menikmati moreh tapi terus bertadarus.....

Sebelum moreh, witir dulu....

Cerita pasal moreh ni....aha...inilah moreh paling canggih yang aku temui....memang kelas sekali...! Dibahagikan kepada dua bahagian untuk jemaah lelaki dan perempuan dalam satu ruang. Aku sempat jugak mengerling kepada jemaah muslimah kat sebelah tu....emmm style mereka semuanya macam Datin-datin aje...Oh ya...! hidangan morehnya bufet style. Menunya biasa saja tetapi cukup enak. Lihat kat bawah ni...

Bubur kacang, dengan roti. Ada karipap ayam . Sedap sungguh. Aku pulun 4 keping karipap....! Minuman, air oren dan teh tarik. Aku pilih oren sejuk....Yang paling istemewa sepanjang hidup aku bertarawih, aku tak pernah jumpa benda ni.....
^
^
^
^
^
^
^
^
Ais Krim Paddle Pop sebagi buah tangan untuk jemaah....
Itu ler cerita kembara tarawih ku di malam ke lapan. Aku seronok sekali.......

No comments: