Malam ke lima belas aku masih mengulangi bertarawih di masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Faktor utamanya kerana aku kesuntukan masa. So, dari pejabat selepas berbuka dan solat maghrib, aku mengambil keputusan untuk bersolat tarawih di masjid Wilayah sahaja. Tak apalah, asalkan aku tak tertinggal tarawih malam ke lima belas ni.
Malam ke enam belas kembara tarawih ku kali ini di masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Selama ini ku hanya dengan dari kawan-kawan mengenai masjid indah ini. Memang sungguh indah dan cantik. Sungguh eksklusif sekali. Mula dari gerbang masuk sampailah di ruang sebelah dalamnya. Lihat saja kapetnya, gebu....tenggelan muka kalau sujud....Sunguk mewah, cantik dan bersih sekali. Masjid ini kunjungannya golongan elit tempatan di sini. Kebanyakannya penduduk berhampiran di sini golongan kaya-kaya dan mewah. Lebih kurang sama saja dengan orang di masjid Bukit Damansara.
Sungguh Eksklusif....
Menyentuh pasal tarawih, jemaah masjid ini diimamkan oleh imam tempatan. Hafidz. Walaupun bacaannya banyak tersangkut-sangkut namun dia dapat mengimamkan solat tarawih di sini dengan baik sekali. Bacaannya tidaklah bergitu panjang kerana bilangan rakaat yang akan di bawa ialah dua puluh rakaat. Jamaah pun ramai. Tidak kira peringkat umur mereka datang ke sini. Rata-rata orang tempatan. Ada juga orang yang bekerja di pejabat-pejabat berhampiran dan tak sempat pulang, singgah berjamaah di masjid ini. Tak nampak kelibat orang asing di sini. Lagi satu....Hampir terbabas aku, rakaat ke tiga witir ada Qunut......sebab dah malam ke enam belas lah beb..!
Malam ke enam belas ada Qunut beb....!
Di sini juga tiada ceramah atau tazkirah. Kemuncaknya apa lagi kalau bukan moreh. Dari awal lagi aku dah perhatikan di sini mesti power morehnya. Bukanlah niat aku bertarawih untu moreh. Tetapi sekadar meramal berdasarkan eksklusifnya masjid ini. Lihat saja lah sekitar morehnya. Tak ubah macam kenduri kahwin..!! Sungguh meriah. Yang paling seronok ialah anak-anak. Mereka walaupun ramai tapi terdidik moral dan tertibnya di dalam masjid. Bagus sekali..! Nak makan pun tak der ler berebut-rebut seperti di masjid-masjid lain yang dah aku lalui....Mungkin pesanan ayah ibu mereka supaya tertib. Lagipun ibu ayah mereka sudah tentu golongan terpelajar...Apapun morehnya memang sunggu meriah...
No comments:
Post a Comment