Malam ke empat belas aku bertarawih di masjid Batu Lima, Jalan Ipoh, KL. Ini juga salah satu masjid tertua di KL. Rupanya klasik saja. Ia juga dikenali sebagai Masjid Kampung Batu. Tidak jauh dari masjid Wilayah Persekutuan, KL.
Setiba aku di masjid ini, nampak lengang aje….Adapun yang datang cuma warga emas….Tak ramai golongan mudanya, mungkin mereka lebih selesa ke masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta. Seperti biasa aku solat tahiyyatul masjid. Sementara menunggu masuk waktu Isya’. Aku belek-belek beberapa kitab lama yang ada di tepi dinding. Azan bergema, masuk sudah waktu Isya’. Selepas Solat Isya, tidak ler terus bertarawih tetapi bertahlil dahulu (tahlil arwah). Lebih kurang dua puluh minit lamanya. Lepas tu tok bilal bacakan soalan kuiz. Eh…eh…sama macam Masjid Taman Batu Muda Semalam, Cuma soalannya lain.
Sempurna saja majlis tahlil, bilal terus menyeru jemaah bertarawih……Diimamkan oleh imam jemputan tetapi orang tempatan. Masih muda lagi. Bacannya teratur dan terang. Jumlah rakaat sebanyak dua puluh rakaat.

No comments:
Post a Comment