The MAHA Exposition biennial series is Malaysia's leading agricultural show. Hosted by Ministry of Agriculture and Agrobased Industries and organised by the Federation Agriculture Marketing Authority, it certainly is amongst the largest and most comprehensive of its kind in the region, if not in Asia. MAHA 2010 to be held beginning November 26th 2010 and to run over 10 days, is expected to build on the success of MAHA 2008 a show accorded to be the largest Exhibition by the Malaysian Book of Records. A must for all industry stakeholder! this year's show promise novel and technology centric demonstration and exhibits and activities that interest trade visitors as well general public. It is a show that flaunts Malaysia's best producers, farmer, fishermen and stockman. It is also a platform to pitch the regions' best agro-food companies.
Okay, itu tadi info dalam Bahasa Inggeris. Ini dalam Bahasa Melayu pula.
Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.
Baiklah, aku mula ceritakan ketika aku baru sampai di tapak MAHA 2010 ini. Ketika aku sampai hujan turun agak gerimis. Tetapi orang tetap ramai. Masa nak masuk ke tapak ni, jalan punya ler sesak sakan. Aku pun dapat pakir kereta jauh dari tapak pameran ni. Sudah ler sesak, pakir pula penuh. Nak masuk kena bayar RM 3.00 lagi.
Walau hujan, orang tetap ramai...
Cuti sekolah, menggamatkan keadaan pengunjung te tapak MAHA ini
Banyak anak-anak pokok di sini.....
Salah satu gerai yang aku singgah ialah gerai menjual bunga orkid ni.... Tengok ler banyaknya bunga orkid yang cantik-cantik... Petik boleh tak..?
Cuti sekolah, menggamatkan keadaan pengunjung te tapak MAHA ini
Tempat pertama yang aku kunjungi ialah, gerai yang menjual anak-anak pokok. Aku ingat nak juga pilih mana-mana anak pokok untuk dibeli tetapi bila melihat pada harganya, aku rasa lebih baik aku beli kat Jabatan Pertanian sajalah....
Hujan masih turun......
Keadaan jalan basah dan lembap, hujan masih turun membuatkan aku agak tak selesa nak masuk ke dalam khemah pameran buah-buahan, namun kerana semangat nak melihat buah-buahan dan jualan dalam khemah tu, aku masuk juga...
Salah satu gerai yang aku singgah ialah gerai menjual bunga orkid ni.... Tengok ler banyaknya bunga orkid yang cantik-cantik... Petik boleh tak..?
Orkid...
Lagi...."Orkid Abdullah" Oppppsss..!
Ada lagi....
Lagi...."Orkid Abdullah" Oppppsss..!
Ada lagi....
Dan lagi...
Banyak lagi....!
Banyak lagi....!
Sekarang mari kita tengok gerai buah-buahan. Mula-mula aku masuk, aku lihat hisan nenas dan limau Bali di bawah ni....
Nenas dari Johor..
Limau Bali, "Ipoh Mali"
Habis sudah kesemua gerai buah-buahan aku kunjungi, kini aku singgah pula ke gerai bongsai. Sebut betul-betul... Bongsai bukan "Pangsai...." ha...ha.. ha... Tahu tak apa itu Pangsai? Tanya lah orang Hokkiean.
Limau Bali, "Ipoh Mali"
Di bawah ini pula sempat ler aku snap beberapa gambar buah-buahan segar dan yang menggiurkan pengunjung. Daripada yang kecil-kecil sampailah yang besar-besar.
Habis sudah kesemua gerai buah-buahan aku kunjungi, kini aku singgah pula ke gerai bongsai. Sebut betul-betul... Bongsai bukan "Pangsai...." ha...ha.. ha... Tahu tak apa itu Pangsai? Tanya lah orang Hokkiean.
Bongsai cantik...
Yang ini pun cantik, tapi nak beli tak der duit....
Sudah penat berjalan ke semua gerai di sebelah bawah, aku naik ke dewan atas untuk melihat pameran pertanian pula. Tapak pameran yang pertama sekali aku kunjungi ialah ruang pameran MARDI Malaysia...
Gerbang Pameran MARDI Inovasi MARDI...
Yang di bawah ini pula ialah tapak pameran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Nampak ada keunikan di sini.... Ada Maskot dan logo 1 Malaysia.
Logo 1 Malaysia dan Maskot Nagka Madu....
Hah...ini dia Maskot MOA, tengok ler anak kecil dalam kereta sorong tu..Terpegun..!!
Aku juga sempat berkunjung ke gerai FAMA. Cantik juga dekorasi dia orang ni, semuanya kreatif ler... Jenguk-jenguk juga kot-kot kawan aku di sini, tapi dia tak bertugas waktu ni...
Gerbang pameran FAMA Ayam serama.... Lagi menarik...
Murah jer.... 3 = RM 10.00. Cukup ler untuk hadiahkan pada kawan-kawan kat SUK nanti. Kesimpulannya, barangan jualan di tapak jualan MAHA memang MAHAL...! So, what is your comment?
Itu ler serba sedikit kembara ku ke tapak Ekspo MAHA 2010. Apa yang kita tahu, ia lebih mengutamakan produk pertanian, yang anehnya ada juga gerai pakaian macam kat bawah ni....pelik kan?
Gerai tudung, baju dan sarung pun ada??Oklah, kata orang tu, kalau kita berkunjung ke sesuatu tempat, setidak-tidaknya kita beli lah sesuatu untuk tanda kenag-kenangan. Jadi yang aku mampu membeli benda ni.....
Kaktus comel untuk kawan sepejabat...
Murah jer.... 3 = RM 10.00. Cukup ler untuk hadiahkan pada kawan-kawan kat SUK nanti. Kesimpulannya, barangan jualan di tapak jualan MAHA memang MAHAL...! So, what is your comment?
Jumpa lagi.... dan jangan lupa tunggukan entri berikutnya, pengalaman aku mendaki bukit rumah api Tanjung Tuan. Bye..
1 comment:
tq abg shariff 4 ur cactus...wlupun ku fobia ngan pokok tu akan ku jaga smpai besar...
Post a Comment