Mengikut fakta sejarah, sekitar tahun 1606, Pantai Tanjung Tuan terkenal seebagai kawasan pertempuran tentera laut. Selepas penaklukan Portugis terhadap Melaka pada 1511, Portugis merancang membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan yang dinamakan “Cape Rachado” dibina antara tahun 1528 dan 1529. Apabila Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, kemudian pihak British 1824, struktur rumah apai berkenaan berpindah milik kepada Melaka.
Kini, tempat ini telahpun diwartakan sebagai hutan simpan kekal dan Suaka Hidupan Liar dan Burung-burung dan dijadikan taman untuk meninjau burung-burung terutamanya pada musim penghijrahan dan lebih dikenali sebagai pusat persinggahan burung yang berhijrah dari Hemisfera Selatan ke Utara terutamanya “Honey Buzzards”. Biasanya burung-burung yang singgah dalam laluan tersebut sekitar bulan September dan Mac setiap tahun, ini termasuklah burung “Swift”, “Hawks” dan Helang.
Sekarang jom kita lihat gambar-gambar yang sempat aku snap untuk tatapan semua….
Lihat…Menaranya dengan lebih dekat….Tapi tak boleh masuk ke dalam. Cuma sekitar luar aku dapat ambil gambar ni…
Yang ni pulak pemandangan laut luas di Selat Melaka….. Yalah macam aku ceritakan pada awal-awal tadi, tempat pertempuran tentera laut. Kalau lihat betul-betul, nampak tak ada kapal dagang lalu kat situ…. Kalaulah boleh dibuat Tol kat sini, dah tentu Negara kita kaya-raya beb….!
…Alamak….Curamnya….. ketinggiannya … Tak ler tinggi sangat Cuma lebih kurang 300 Meter aje…tapi kecutaman dan likunya membuatkan aku naik semput kat sini….so…?
Sambil-sambil tu sempat juga aku membaca beberaspa info yang ada kat sini….
Aku teruskan pejalanan menurun ke pantai untuk ke Pulau Intan….
Lebih kurang 2 jam aku berihat kat sini, kini tibalah masanya untuk aku lalui keadaan yang lebih getir…Ya…mendaki semula mengikut jalan asal tadi untk ke Rumah Api….Aduhhhhh….punya ler seksa rasanya… Kalau turun aku mengambil masa 45 minit tapi, masa naik aku ambil masa hampir satu jam setengah….!!! Penat giler aku….
Dipendekkan cerita, aku pun lekas-lekas pulang ke Resort yang aku sewa tidak jauh dari Rumah Api ni…
Ini dia resortnya….Ilham Resort.
Bagus gak, dekat dan kemudahan semua ada. Harga pun berpatutan
No comments:
Post a Comment