MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Friday 3 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tiga dan Malam Ke Dua Puluh Empat

Salam buat pembaca semua. Kalau nak diceritakan kembara tarawihku di malam ke dua puluh empat dan dua puluh lima...Maaf sajalah kiranya aku manengatakan jawapannya bahawa tarawih ku masih di Masjid Wilayah Persekutuan, KL. Aktiviti seperti biasa...moreh pun macam biasa. Tetapi kawan di sini ingin aku berkongsi bersama berkaitan artikel yang aku ambil daripada majalah bulanan Riyadhul Masjid Wilayah Persekutuan, edisi ke dua. Ceritanya berkaitan dengan Memuliakan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Tip kali ini, ingin aku kongsikan tip bulan Rejab walaupun kini kita berada dalam bulan Ramadhan...
Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan Malam Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Puasa sehari pada bulan Rejab sama seperti puasa empat puluh tahun! Dan di beri minum air dari Syurga. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakanibadah seumurnya. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puaa Rejab baginya:
  • Diampunkan dosanya yang lalu
  • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal
  • Terlepas dari dahaga hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebaikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya di bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan tersebut seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Demikianlah peri keistemewannya keagungan bulan Rejab....Bulan Allah. So, kali ini walaupun kita berada di dalam bulan Ramadhan, perlu juga ingat bulan-bulan lain yang ada keistemewaannya.




No comments: