MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Monday 6 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tujuh

Salam pertemuan buat pembaca blog Ringgo. Kali ini kembara tarawih ku pada malam ke dua puluh tujuh ialah Masjid Khairiah, Taman Sri Gombak. Masjid ini terletak dipinggir Taman Sri Gombak. Di atas bukit, di hadapannya hutan...Sungguh sejuk dan nyaman. Masjid ini menarik dan cantik sekali.
Aku tiba di masjid Khairiah ini selepas saja berbuka puasa. Aktiviti pada hari ini memang menarik. Memandangkan hari ini merupakan malam ke 27 Ramadhan, maka kebanyakkan masjid-masjid mengadakan majlis Khatam Quran. Masjid Khariah ini tak terkecuali mengadakan majlis tersebut. Sebelum aku menggambarkan peristiwa tersebut elaoklah aku aku ceritakan perihal tarawih dahulu.
Sebelum itu, Selepas solat Isya', ada tazkirah. Sungguh menarik tazkirah malam ini. Ia menceritakan perihal "bala dan bencana yang di turunkan oleh Allah sejak-sejak akhir ini." Apa yang menarik perhatian aku, apabila ustaz menceritakan negara-negara yang ditimpa bencana atau bala disebabkan kelalaian manusia daripada mengingati Allah dan apabila maksiat bermaharajalela...! Malaysia sebenarnya tak terkecuali, adakah kita sedar bahawa bala yang menimpa kita sekaran terang-terangan sekali? Ya.. kawan-kawan, bala yang dasyat menimpa kita sekarang ialah masalah gejala sosial...keruntuhan akhlak muda mudi kian menjadi-jadi...buang bayi... Itulah akibat kelalaian mengingati dan mematuhi hukum Allah dalam mendidik anak-anak.
Oh ya..! Solat tarawih di sini lapan rakaat. Diimamkan oleh dua orang imam maahad tahfiz jemputan. Masih muda lagi. Bacaan surah tidak lah terlalu panjang dan bersederhana, tak terlalu laju. Lancar sekali bacaan kedua-dua adik tahfiz ini. Aku difahamkan mereka berdua dari madrasah yang berlainan dan di samping menjadi imam jemputan, mereka berdua menggumpulkan dana untuk maahad tahfiz mereka.
Kembali kita kepada majlis khatam Quran tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku snap untuk dimuatkan dalam blog ini.

Pengacara majlis memulakan majlis

Barisan peserta yang mengambil bahagian dalam majlis khatam quran




Ada Kanak-kanak yang turut serta...



Sebahagian daripada jamaah yang bersama-sama dalam majlis tersebut

Ok lah, kalau majlis sudah selesai. Apa lagi tentu ada hidangan moreh. Menunya pelbagai, semuanya aku suka tapi kerana kekenyangan aku rasa aku pilih yang ini saja lah....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
Jemput-jemput pisang dengan air oren....Alhamdulillah...
Ini satu lagi yang istemewa kepad tetamu atau jemaah yang hadir pada majlis khatam quran tersebut.....bunga telur....eh..eh... bukan bunga sumi jelly...heh..heh..heh
"Bunga Sumi Jelly"

No comments: