MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Wednesday 1 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Satu Dan Dua Puluh Dua



Kembara Tarawih ku bagi malam ke dua puluh satu di tempat biasa lah. Masjid Wilayah Persekutuan. Tetapi hari ini agak sesak dan penuh. Rupa-rupanya Agong bertarawih di Masjid ini juga. Menjadi tetamu VIP pulak dia malam ni. Setiba aku di Masjid Wilayah, para jamaah kebanyakknnya sudah selesai berbuka dan bersedia untuk bertarawih. Mak oi…punya lah banyak makanan hari ni. Selesai solat tarawih, masa moreh tu dapat lah aku sebungkus bubur lambuk. Kalau nak, lain-lain menu pun ada tapi aku dah kekenyangan semasa berbuka, so, aku abaikan saja untuk mengambil banyak-banyak makanan lain walaupun semasa melintasi ruang peramu saji, mereka mempelawa aku untuk ambil makanan. Itulah, sapa suruh buat banyak-banyak. Kan dah membazir….
Malam ke dua puluh dua aku mengulangi sekali lagi bertarawih di Masjid Daerah Gombak. Atau dikenali sebagai Masjid Amaniah. Sebenarnya seronok juga bertarawih kat sini, kerana suasana masjid juga cara imam mengimamkan solat tidak laju dan bacaan yang sedahana panjand dan boleh di ikuti oleh semua peringat jemaah tak kira tua, muda, ibu mengandung atau OKU. Pendek kata memang best lah…. Lagi pun menu morehnya ok juga.
Yang paling menarik malam ni ialah tazkirahny, Emmm…Berbaur politik 100%. Tapi tak apalah dalam hal ini aku lebih terbuka mendengarnya. Bila penjelasan tentang isu Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching bertazkirah di Surau Al-Huda, Kajang Senteral, aku rasa ada juga releven yang disampaikan untuk mengelak kekeliruan semu. Kekadang media ni mungkin lain ceritanya….So, aku dengar ajer lah….Apa-apa pun masing-masing perlu faham hukum dan hakam, mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Ini isu agama, jangan dibuat main-main. Kekadang pihak yang mengkritik pun aku lihat macam jahil jer dengan hukum hakam….So sebelum menulis, kaji ler dalam-dalam dulu….nanti malu sendiri…

No comments: