Posts

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Lapan

Image
Malam ke lapan aku bertarawih di masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, K.L. Kalau orang sekitar Damansara tentu tahu dimana terletaknya masjid cantik ini. Ya lah masjid ini cantik, al maklumlah masjid ini terkenal dengan tempat berjemaah bagi orang-orang elite dan kaya-kaya, Titile semuanya dikalangan Datuk-datuk atau Tan Sri-Tan Sri atu lebih cangih lagi bergelar Tun....! Setibanya aku di masjid ini, aku lihat kereta dah penuh diperkarangan masjid. Nak parking pun aku terpaksa pusing-pusing dulu. Dah ler susah nak parking . Pak Guard Nepal yang bertugas tu dok perhati aje.... Yalah aku akur bahawa sekitar masjid ni penuh dengan kereta-kereta mewah.....tapi kereta aku?? Ahh perduli apa kan? Ini rumah Allah terbuka untuk semua..... Nasib baik selepas berbuka aku terus ke masjid. Kalau tidak, terpaksa parking di luar kawasan masjid ler jawabnya....Memang sudah resmi aku sebelum bertarawih, aku suka berbuka di rumah atau di pejabat saja, tak gemar sangat berbuka kat luar atau...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Enam dan Malam Ke Tujuh

Image
Masjid Al-Amaniah, Gombak Malam ke enam tarawih aku ke masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Daerah Gombak. Masjid ini agak cantik dengan hiasan dalaman yang melambangkan ciri-ciri klasik. Baru sampai aku lihat masjid ini agak lengang. Lengang.... Selepas solat sunat tahiyatul masjid, aku mengambil tempat dibahagian belakang sekali, (sebelum baris muslimah yang dipisahkan oleh tirai) sambil menunggu waktu Isya’ aku bacalah zikir-zikir ringkas. Apabila masuknya waktu Isya’, masjid nampaknya dah mula penuh.. Waduh....kenapa pula banyak sangat mamat Bangla kat masjid ni? Oh...! baru aku tahu rupanya di sebelah masjid ni ada kawasan perumahan yang majoritinya di huni oleh mat-mat Bangla kerja Pasar Borong Selayang dan pekerja-pekerja kilang di Batu Caves. Alhamdulillah, masjid ni penuh jemaahnya bertarawih. Programnya agak lain dari masjid Sg. Tua dan Masjid Negara yang aku hadiri sebelum ni. Sebelum memulakan solat Tarawih, Imam mengumumkan nama-nama untuk ta...

KEMBARA TARAWIH: Malam Pertama hingga Malam ke Lima

Image
Alhamdulillah....Sempena Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ni ramai yang mengunjungi masjid-masjid dan surau-surau. Al maklumlah awal Ramadhan, semuanya penuh berpusu setiap saf. Sampai ke saf terakhir...! Ramadhan kali ini ingin aku berkongsi dengan pembaca pengalamanku bertarawih di masjid-masjid tertentu (Setakat ni sekitar selangor dan KL jer...). Insaya Allah aku cuba muatkan gambaran sepanjang kembara tarawih ku ini. Bermula dari malam pertama Ramadhan hingga malam ke empat, aku bertarawih di masjid Jamiatus Solahiah, Kg Sg Tua Batu Caves. Aktiviti di masjid ini sungguh menarik. Solat tarawih di imamkan oleh imam jemputan dari Selatan Thailand. Kalau tak silap aku Ustaz Mohd Yusoff dan seorang lagi tu aku tak berapa ingat namanya. Sungguh merdu sauara Ustaz adik Yusoff membaca ayat-ayat suci. Yang ni bukan Iman Yusoff tau.... Bilangan Rakaat sebanyak lapan saja. Tetapi surah panjang-panjang. Oh ya, sebenarnya sebelum menunaikan solat tarawih, aktiviti dimasjid ini ialah kul...

VIOSKU PUSING SEMENANJUNG (SIRI 1)

Image
My Vios S alam Pertemuan... Saya rasa mungkin belum terlewat utuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung blog saya. Saya percaya anda pembaca blog ini telah menetapkan azam-azam baru masing-masing. Bagi saya pula, selain menetapkan beberapa azam atau matlamat atau sasaran, saya juga akan membawa beberapa matlamat lepas yang belum tercapai. Sebenarnya, untuk memulakan sesuatu yang baik, kita tidak perlu menunggu tahun baru. Perubahan atau usaha kepada kejayaan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Lagi segera, lagi bagus. Saya tidak mahu menulis apakah matlamat-matlamat saya di sini. Konsep yang akan saya gunakan pada kali ini adalah, setiap kali salah satu matlamat saya itu tercapai, barulah saya akan kongsikan kepada orang lain. Di kesempatan ini, saya berharap anda semua terus berusaha untuk mencapai yang terbaik. Jangan jadikan tahun sebagai satu syarat untuk berubah, tetapi cukuplah ia dijadikan sebagai jangka masa untuk melakukan sesuatu. Iaitu, dalam satu tah...

Masjid Kristal dan Menara Condong Teluk Intan

Image
Ketika seronok beraya di kampung saya di Johor, pada hari raya ke dua saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan karib saya di Selayang. Boleh dikatakan keluarganya saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Saya mendapat panggilan daripada rakan karib saya itu kerana dia, ayah dan ibunya kemalangan di jalan raya semasa perjalanan ke Kuala Terengganu untuk berhari raya bersama keluara mereka yang menetap di Losong, Kuala Terengganu. Terkejut dengan panggilan tersebut saya mengambil keputusan untuk ke Kuala Terengganu pada hari raya ketiga. Perjalanan dari Johor ke Kuala Terengganu...boleh tahan jauhnya...demi seorang kawan, saya gagahi untuk menziarahi mereka di sana. Sampai di Kuala Terengganu, saya dapati rakan saya tu dan bapanya mengalami kecederaan yang tidak serius, tapi yang menyedihkan ibundanya masih dalam keadaan koma. Hinggalah blog ini dikemaskini, keadaan beliau masih sama. Saya doakan ibunya sembuh dan pulih seperti sediakala. Oklah dah terlanjur ke Kuala Terengg...