MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Monday, 28 September 2009

Masjid Kristal dan Menara Condong Teluk Intan

Ketika seronok beraya di kampung saya di Johor, pada hari raya ke dua saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan karib saya di Selayang. Boleh dikatakan keluarganya saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Saya mendapat panggilan daripada rakan karib saya itu kerana dia, ayah dan ibunya kemalangan di jalan raya semasa perjalanan ke Kuala Terengganu untuk berhari raya bersama keluara mereka yang menetap di Losong, Kuala Terengganu. Terkejut dengan panggilan tersebut saya mengambil keputusan untuk ke Kuala Terengganu pada hari raya ketiga. Perjalanan dari Johor ke Kuala Terengganu...boleh tahan jauhnya...demi seorang kawan, saya gagahi untuk menziarahi mereka di sana. Sampai di Kuala Terengganu, saya dapati rakan saya tu dan bapanya mengalami kecederaan yang tidak serius, tapi yang menyedihkan ibundanya masih dalam keadaan koma. Hinggalah blog ini dikemaskini, keadaan beliau masih sama. Saya doakan ibunya sembuh dan pulih seperti sediakala.

Oklah dah terlanjur ke Kuala Terengganu tu saya sempat juga melawat masjid Kristal di Losong. Memang cantik masjid tu. Terletak di Taman Tamadun Islam. Masjidnya tak lah besar sangat, tetapi menarik. Jika anda ke Kuala Terengganu jangan lupa melawati masjid Kristal ini.

Mamandangkan tempoh bercuti agak panjang, saya pun beraya sakan ler... Pulang dari Kuala Terengganu saya bertolak pula ke Teluk Intan. Saja jalan-jalan. Bermalam di Anson Hotel terletak ditengah-tengah pusat bandar Teluk Intan. Di sini saya tertarik dengan Menara Condong Teluk Intan. Lihat gambar dibawah ni....

Berikut ini Serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan:

Lokasi bangunan ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar di kiri dan kanan menara.

Tahun Dibina, 1885 (yang tertulis pada papan di menara) tapi apa yang saya baca pada brosur di kaunter pendaftarannya, Ia menyatakan menara ini dibina pada tahun 1892 - mengikut catatan S. Durai Raja Singam, halaman 172 A Hundred Years of Ceylonese In Malaya and Singapore.

Terdapat beberapa dermawan yang menyumbang dalam pembinaan menara ini. Salah seorang darinya ialah kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong serta Kontraktor Cyelon (tak diketahui namanya). Selain itu, penduduk tempatan juga ada menyumbang untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W Benson - Ludgatehill. Lihat gambar bandul Jam di bawah ini.

Tujuan Dibina. Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong yang dahulunya dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya adalah seperti berikut:
  • Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau
  • Bagi memperingati jasa pentadbir (British)
  • Bagi membekalkan air untuk memadamkan api sekiranya berlaku kebakaran
  • Sebagai penentu waktu Time Keeper
  • Sebagai mercu tanda bandar Teluk Intan
Dari sudut sejarah pemilikannya pula, walaupun kontraktor Leong Choon berusaha membina menara jam ini , namun tidak dapat dinafikan bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, menara jam ini secara automatik menjadi milik negara. Semasa pemerintahan Jepun, kabarnya bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhati musuh.

Gayarupa. Jika anda teliti, didapati pengaruh senibina Cina bergitu kuat pada bangunan ini. Ini kerana ianya berkonsepkan "Pagoda". Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya itu untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung, genting dan hiasan jubinnya.

Jika anda lihat dari luar menara jam ini ianya seolah-olah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang setinggi 5 (lima) meter. Kekayaan senibina diperbuat daripada struktur kayu dan batu. setiap jalan dilengkapi dengan lorong jalan berdindingkan tembok rendah yang dihiasi dengan batu berwarna hijau.

Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi penggunaannya sebagai tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat 3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5 meter dengan muatan 18.36 meter padu air. (cuba bayangkan dah berapa tahun lamanya, tak pecah-pecah dan bocor... menakjubkan..! itulah keunikan senibina dulu. Kalau di Terengganu... staduium baru berusia setahun jagung dah roboh bumbungnya....)

Faktor kecondongannya adalah disebabkan bangunan tersebut dibina di atas struktur tanah yang lembut, faktor lain yang turut menyumbang kepada kecondongan menara jam ini ke arah barat laut, adalah kerana terdapat bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut.
Berikut adalah bebrapa gambar yang dapat saya rakamkan semasa melawat Menara Jam Teluk Intan ini.

Tangki air yang terdapat di tingkat 3

Menara ini mengandungi 110 anak tangga

Pemandangan bandar Teluk Intan dari tingkat 3 menara

Tiga orang pemuda ini saya lupa nak tanya nama mereka. Apa yang pasti mereka bertugas sebagai anggota polis bantuan yang mengawal menara ini dan merekalah yang banyak mambantu saya memberi maklumat tentang Menara Condong Teluk Intan ini.

Jadi, jika anda ada kelapangan jemput melawat Menara Teluk Intan.

No comments: