Salam ketemu untuk episod seterusnya dalam kembara Ramadhan ku. Untuk malam ke dua puluh lima seperti biasa, kalau tak sempat ke tempat yang di rancang, ke mana lagi kalau tak ke Masjid Wilayah. Seperkara yang ingin aku kongsikan bersama pembaca kali ini ialah, kami meraikan anak-anak yatim… pada 22 Ramadhan yang lalau. Berikut ni beberapa gambar yang sempat aku snap semasa majlis tersebut.
Bersabar menunggu waktu berbuka...
Yang ni Ibu pengasuh....bukan mak yatim....
Malam ke dua puluh enam pula aku mengulangi kembali bertarawih di masjid Jamek Bandaraya, K.L. Ceritanya sama saja. Cuma aku sempat ler berjalan-jalan petang Sabtu tu sementara menunggu masuk waktu berbuka dan untuk bertarawih malam nanti.
Masjid Jamek....Ditengah-tengah apitan bangunan pencakar langit
Sesaknya...nampak tu orang ramai berebut-rebut nak naik bas
Waktu berbuka dah hampir tiba
Insaya Allah, esok kita semua sudah berada di tengah-tengah fasa ke tiga bulan Ramadhan. Ini bermakna kita hanya berada lima hari saja lagi menyambut Aidil Fitri. Dua perkara untuk aku ingatkan kawan-kawan.
Pertamanya, Bagaimana dengan perjuangan mu sehingga ke malam ke dua puluh lima Ramadhan ini? Ingat....sepuluh malam terakhir banyakkan amal dan Qiamunlai...Lailatul Qadar perlu di cari....Siapa tahu nasib kita.....Itu semua ketentuan Allah, yang penting kejarlah Lailatur Qadar dikesempatan ini sehingga ke akhir Ramadhan. Jangan leka dengan lambaian Syawal...

Keduanya, Sudah ke bayar Zakat Fitrah? Jangan tunggu hingga masuk Syawal. Memang betul ia lebih afdal ketika sebelum sembahyang hari raya, tetapi bayangkan kalau pada saat itu ramai pula yang hendak bayar. Tak ke kalut di buatnya? Aku pernah menyaksikan bagaimana kalutnya orang ramai dan keluh kesah jamaah lain yang hendak menunaikan solat Aidil Fitri apabila masih ramai lagi orang berbaris untuk membayar Fitrah di saat-saat akhir, Jam pula dah menunjukkan pukul 9++. Pengutip zakat mula dah merungut.....So, fikir-fikirkanlah...
No comments:
Post a Comment