MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Sunday 10 October 2010

Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Kelawang - Kuala Lumpur

Salam pertemuan buat pembaca semua. Kita baru saja selesai menyambut Syawal. Biarkan berlalu, Insya-Allah, panjang umur tahun hadapan kita berjumpa lagi dengan Syawal. Bagi aku, walaupun Syawal dah berlalu, aku tetap suka "berRaya"....Yer ler....barjalan-jalan tu kira "berRaya" ler...Pada Sabtu dan Ahad yang lalu, tak ada apa-apa nak buat so, aku mengambil keputusan untuk menuju ke Selatan Kuala Lumpur. Terfikir pula aku akan keunikan Negeri Sembilan, lalu pada kesempatan cuti dua hari ini aku mengambil peluang untuk menjenguk bandar Kuala Pilah dan Kuala Kelawang, Jelebu. Dua daerah yang terkenal dengan adat Pepatih ni...

Dari Kuala Lumpur, aku ke Kuala Pilah dahulu.. Nak katakan expert sangat pasal jalan kat sana tu...tak ler pulak... Aku cuma ikut direction papan tanda kat jalan raya jer....Perjalanan ke Kuala Pilah ni banyak berbukit-bukit. Walaupun highway nya cantik dan baru tetapi kelilingnya hutan dan bukit-bukit. Cantik juga panorama disepanjang perjalanan ini. Tak terasa letih walaupun jauh....sejuk aje... ko orang lihat saja ler gambar kat bawah ni.....nyaman beb...!!
Setiba di Kuala Pilah. Aku terus menuju ke pusat bandarnya. Inilah bandar kuala pilah. Tak ler besar sangat tapi cantik jugak. Nak aku ceritakan yang orang kat sini nampaknya peramah dan boleh ler menyapa..... Walupun slang aku bukan orang Minang.... Gambar kat bawah ni dekat dengan perhentian bas Kuala Pilah. Ini pula sebuah bangunan yang menarik perhatian aku. Sungguh antik dan berseni sekali. Aku lihat papan tanda jalan tu tertulis....."Jalan Muar".....eh..eh... macam kat Johor lah pulak.... Terasa pula dahaga dan penat. Lalu aku mengambil keputusan untuk singgah di gerai berhampiran untuk menikmati juadah ni......Apam balik dan Cendol Mamak Kuala Pilah. Terletak bersebelahan dengan stesen basnya. Waduh sungguh segar rasanya....
Dari kedai mamak ni...aku keluar ler ke depan gerai....bukan apa-apa cuma nak ambil gambar stesen bas ni secara penuh.... macam kat bawah ni.....kira okay ler kan.... Kuning Keramat lagi....macam warna teko Ayah Pin....he...he...
Sebelah petang keadaan di sini agak lengang. Selepas bas menamatkan operasinya, ramai peniaga menggunakan perhentian bas ini untuk menjadikan tapak gerai makan....kalau siang penuh dengan bas...Menjelang petang hingga ke malam pula sesak sengan peniaga. Mungkin di sini tumpuan penduduk setempat untuk merasai juadah di luar....Ramainya orang....!!
Oleh kerana perut pun dah lapar, aku mangambil keputusan untuk mencuba masakan di sini. Sedap ker?? Cuba ajer lah...! aku memilih di sebuah gerai yang menjual nasi ayam berempah. Order dan minum milo ais.... Nasi ayam kat sini agak pelik sikit sebab tiada sambal lada hidup seperti biasa dikebanyakkan gerai nasi ayam..!! Tengok saja lah, nasi ayamnya dengan sambal tumis....rasa janggal aku nak makan. Sudah ler nasi ayam tu berminyak, kena pulak dengan sambal tumis ikan bilis....dah macam nasi lemak beb....! Perut dah lapar makan ajo ler....
Nasi ayam berempah
Milo Ais
Sebenarnya sebelum balik ke hotel, sempat juga aku singgah ke Istana Sri Menanti....yang terletak agak jauh dari pusat bandar Kuala Pilah.
Gambar di atas tu pula perjalan menuju masuk ke Istana Sri Menanti. Ini bandar diraja. jadi agak beersih dan kelas sikit jalan nya. Gambar di bawah ini pula ialah gerbang untuk masuk ke kawasan istana. Aku tak berminat untuk masuk ke kawasan istana tapi lebih tertarik ke arah muzium DiRaja yang terletak bersebelahan Istana Sri Menanti ini.
Ini pula gambar muzium DiRajnya. Lihat lah keunikan seni Minangkabau pada bangunan muzium ini. Walupun sudah di gabungkan dengan rekabentuk moden, namun ciri-ciri Minang tetap ada pada muzium DiRaja ini.
Dua kombinasi gambar bebeza yang aku ambil iaitu dari sudut yang agak jauh sedikit kerana muzium ini terlalu panjang dan tinggi...Sukar untuk mengambil gambar penuh...
Ini pula gambar anjung muzium. Bertingkat-tingkat dan berlapis-lapis...tetapi tetap unik.
Yang ini pula papan tanda yang terletak di hadapan muzium....bacalah sendiri yer....
Okey, di bawah ini pula ialah gambar Replika Batu Bertikam dan Batu Kasur (Batu Timbang). Sedikit info mengenai Batu Bertikam dan batu Kasur ini yang aku rasa agak menarik kisahnya: Batu Bertikan asal ianya terdapat di Kacamantan (kampong) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat, Indonesia. Batu ini di kaitkan dengan bekas tikaman keris Dtuk Pepatih Nan Sebatang tanda sumpah setiapendamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan. Menurut cerita, Dt Katumanggungan juga telah menikam sebah batu dengan kerisnya dan keris itu ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dt Bentara Putih. Batu Kasur pula merupakan satu tempat ujian bagi anak-anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun "Jelatang" yang sangat gatal disamping gangguan lain selama berada di atasnya. Hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya di tabalkan menjadi raja Negeri Sembilan.
Batu Bertikan
Batu Kasur
Gambar di atas tu kalau di lihat macam tempat menjulang raja ajer....Rupanya tu tempat meletak jenazah jika raja mangkat...!! Okay, gambar kat bawah ni pula ialah gambar Balai Rung.
Sebelum pulang sempat juga aku menziarahi makam Diraja Almarhom Tuanku Jaafar yang terletak di sebelahan muzium Diraja ini. Ia terletak bersebelahan masjid Diraja.
Di bawah ini pula ialah masjid yang dimaksudkan. Sungguh berseni dan cantik sekali. Warna pink lagi....heh...heh... Jarang aku lihat masjid warna pink....
Oklah tutup cerita Kuala Pilah. Check-out dari hotel aku terus ke Kuala Kelawang, Jelebu pula. Tak ada bezanya perjalanan dari Kuala Pilah ke Kuala Kelawang, Jelebu ni...Apa lagi...hutan, gunung, bukit dan sejuk tu aje ler... Perjalan ku ke Kuala Kelawang, Jelebu telah pun bermula..... Indahnya panorama di sini yer...
Di bawah ni pula gambaran di pusat bandar Kuala Kelawang, Jelebu. Tak ada bezanya dengan Kuala Pilah, cuma jika nak di bandingkan, Kuala Pilah nampak lebih ke depan sedikit. Bentuk bangunan dan rumah-rumah di sini masih ada ciri-ciri Minangkabau.
Dibawah ni satu sudut yang lain, tetapi masih lagi dipersekitaran pusat bandar Kuala Kelawang.
Gambar di bawah ini pula ialah muzium Adat. Di Negeri Sembilan ni biasalah... kuat adat memanjang.... "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat".... Itu Motto mereka...Setuju? Oh..! no comment ler. Itu falsafah mereka. Kena hormati ler okey....
Oh yer....sebelum pulan ke Kuala Lumpur. Aku tak lupa membeli ole-ole untuk dijadikan kenangan...ini dia...Gula Enau dan Apam Jolai, Sedap apam tu weh.... Apa-apa pun, kenangan perjalan ku ke Kuala Pilah dan Kuala Kelawang tetap indah dan manis sekali, semanis Gula Enau dan Apam Jolai.... Insysa-Allah aku akan ke sini lagi.....Salam......
Gula Enau....
Apam Jolai....

1 comment:

Ika Dongwoon said...

jelebu tu kampong den.apa pun org anggap, jelebu tetap the best dihati...