salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Thursday, 7 January 2010

VIOSKU PUSING SEMENANJUNG (SIRI 1)


My Vios

Salam Pertemuan... Saya rasa mungkin belum terlewat utuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada pengunjung blog saya. Saya percaya anda pembaca blog ini telah menetapkan azam-azam baru masing-masing.

Bagi saya pula, selain menetapkan beberapa azam atau matlamat atau sasaran, saya juga akan membawa beberapa matlamat lepas yang belum tercapai. Sebenarnya, untuk memulakan sesuatu yang baik, kita tidak perlu menunggu tahun baru. Perubahan atau usaha kepada kejayaan itu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Lagi segera, lagi bagus.
Saya tidak mahu menulis apakah matlamat-matlamat saya di sini. Konsep yang akan saya gunakan pada kali ini adalah, setiap kali salah satu matlamat saya itu tercapai, barulah saya akan kongsikan kepada orang lain.
Di kesempatan ini, saya berharap anda semua terus berusaha untuk mencapai yang terbaik. Jangan jadikan tahun sebagai satu syarat untuk berubah, tetapi cukuplah ia dijadikan sebagai jangka masa untuk melakukan sesuatu. Iaitu, dalam satu tahun 2010 ini, apakah yang perlu dilakukan agar proses perkembangan dapat terus berlaku.

Oklah, kita tinggalkan dulu kisah azam baru kita. Oh ya...! pada 25 Disember 2009 lalu hinggalah pada 5 Januari 2010 yang lepas, saya telah bercuti panjang dan mengembara dengan Vios kesayangan saya untuk menghbiskan cuti tahun saya.
Bermula pada 25 Disember 2009 tahun lepas. Dari teratak saya di Johor Bahru, bermulalah pengembaraan saya untuk pusing Semenanjung Malaysia dan mnjelajah negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.


Teratak Ku

Ditengah bandaraya Johor Bahru, saya singgah dulu ke Masjid Abu Bakar untuk bersolat. Sempat juga snap gambar masjid ni.



Masjid Negeri - Masjid Sultan Abu Bakar JB


Meninggalkan bandaraya Johor Bahru, saya tiba di Kota Tinggi. Kota Tinggi ni terkenal dengn nama sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa di Kota Tinggi.


Bandar Kota Tinggi




Makam Sultan Mahmud Mangkat di julang di Kampung Makam Kota Tinggi




Makam Tauhid


Makam Laksama Bentan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid terletak di Kampung Kelantan

Setelah puas melawat makam-makam bersejarah di Kota Tinggi, saya bertolak meninggalkan bandar Kota Tinggi dan menuju ke Mersing. Di Mersing saya tidak singgah kerana kesuntukan masa dan meneruskan perjalan ke Endau dan seterusnya ke Rompin dan memasuki sempadan Negeri Pahang Darul Makmur.
Ikuti kisah selanjutnya pengembaraaan saya sempena cuti panjang akhir tahun 2009 dan awal tahun 2010 ini pada entri yang akan datang. Banyak lagi gambar-gambar dan kisah menarik yang saya lalui.... jumpa lagi....

1 comment:

tunbegia said...

cuma makam tauhid je haku tak sampai lagikk,

salamm,