Posts

Kuala Lumpur - Kuala Pilah - Kuala Kelawang - Kuala Lumpur

Image
Salam pertemuan buat pembaca semua. Kita baru saja selesai menyambut Syawal. Biarkan berlalu, Insya-Allah, panjang umur tahun hadapan kita berjumpa lagi dengan Syawal. Bagi aku, walaupun Syawal dah berlalu, aku tetap suka "berRaya"....Yer ler....barjalan-jalan tu kira "berRaya" ler...Pada Sabtu dan Ahad yang lalu, tak ada apa-apa nak buat so , aku mengambil keputusan untuk menuju ke Selatan Kuala Lumpur. Terfikir pula aku akan keunikan Negeri Sembilan, lalu pada kesempatan cuti dua hari ini aku mengambil peluang untuk menjenguk bandar Kuala Pilah dan Kuala Kelawang, Jelebu. Dua daerah yang terkenal dengan adat Pepatih ni... Dari Kuala Lumpur, aku ke Kuala Pilah dahulu.. Nak katakan expert sangat pasal jalan kat sana tu...tak ler pulak... Aku cuma ikut direction papan tanda kat jalan raya jer....Perjalanan ke Kuala Pilah ni banyak berbukit-bukit. Walaupun highway nya cantik dan baru tetapi kelilingnya hutan dan bukit-bukit. Cantik juga panorama disepanjang perjal...

Puasa Sunnah 6 Hari Bulan Syawal

Image
Salam pertemuan dan salam Aidil Fitri....Kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua berhubung dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Artikel yang aku baca dalam internet baru-baru ini aku rumuskan secara ringkas untuk kita manfaatkan.... Dalil-dalil tentang Puasa Syawal Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164] Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164] Hukum Puasa Syawal Hukumnya adalah sunnah: “Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa enam hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi’i, Ahmad dan banyak ulama terke...

Salam Aidil Fitri

Image
Kepada pembaca semu....aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin........ "Dosa tertimbun mohon diampun....Terbisik kilaf mohon di maafkan... Lalai lidah membawa cela.... Lalai hati membuat luka... ku hulurkan tangan maaf dipinta... Bersamalah kita sucikan hati di bulan mulia...."

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lapan, Dua Puluh Sembilan dan Tiga Puluh

Image
Salam pertemuan buat pembaca semua. Kembara tarawih ku untuk malam ke dua puluh lapan, dua puluh sembilan dan malam ke tiga puluh ialah aku mengulangi bertarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak. Alham dulillah.... sempurna sudah kembara tarawih ku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Banyak kisah dan pengajaran yang aku dapat sepanjang kembara tarawih ini. Lain masjid lain caranya programnya, namun matlamatnya satu.... aktiviti yang disediakan untuk mengimarahkan masjid sebagai nadi masyarakat. Ini sesuai dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Jin seperti berikut: “Dan sesungguhnya masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” ( Al-Jin:18) Oh ya..! Bertapa pantas masa berlalu, rupanya pada hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan pada tahun ini... Sedih ku rasa, kalau kedatangannya kita sama-sama nantikan... kini tibalah masanya untuk Ramadhan meninggalkan kita.. yalah tiap yang datang pasti kan pergi... ...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tujuh

Image
Salam pertemuan buat pembaca blog Ringgo. Kali ini kembara tarawih ku pada malam ke dua puluh tujuh ialah Masjid Khairiah, Taman Sri Gombak. Masjid ini terletak dipinggir Taman Sri Gombak. Di atas bukit, di hadapannya hutan...Sungguh sejuk dan nyaman. Masjid ini menarik dan cantik sekali. Aku tiba di masjid Khairiah ini selepas saja berbuka puasa. Aktiviti pada hari ini memang menarik. Memandangkan hari ini merupakan malam ke 27 Ramadhan, maka kebanyakkan masjid-masjid mengadakan majlis Khatam Quran. Masjid Khariah ini tak terkecuali mengadakan majlis tersebut. Sebelum aku menggambarkan peristiwa tersebut elaoklah aku aku ceritakan perihal tarawih dahulu. Sebelum itu, Selepas solat Isya', ada tazkirah. Sungguh menarik tazkirah malam ini. Ia menceritakan perihal "bala dan bencana yang di turunkan oleh Allah sejak-sejak akhir ini." Apa yang menarik perhatian aku, apabila ustaz menceritakan negara-negara yang ditimpa bencana atau bala disebabkan kelalaian manusia daripada m...

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lima dan Malam Ke Dua Puluh Enam

Image
Salam ketemu untuk episod seterusnya dalam kembara Ramadhan ku. Untuk malam ke dua puluh lima seperti biasa, kalau tak sempat ke tempat yang di rancang, ke mana lagi kalau tak ke Masjid Wilayah. Seperkara yang ingin aku kongsikan bersama pembaca kali ini ialah, kami meraikan anak-anak yatim… pada 22 Ramadhan yang lalau. Berikut ni beberapa gambar yang sempat aku snap semasa majlis tersebut. Wajah-wajah anak yatim.... Yang ni...senior...umur pun dah 19 tahun. Mewakili anak-anak yatim memberi sepatah dua kata Bersabar menunggu waktu berbuka... Yang ni Ibu pengasuh....bukan mak yatim.... Malam ke dua puluh enam pula aku mengulangi kembali bertarawih di masjid Jamek Bandaraya, K.L. Ceritanya sama saja. Cuma aku sempat ler berjalan-jalan petang Sabtu tu sementara menunggu masuk waktu berbuka dan untuk bertarawih malam nanti. Masjid Jamek....Ditengah-tengah apitan bangunan pencakar langit Sesaknya...nampak tu orang ramai berebut-rebut nak naik bas Waktu berbuka dah hampir tiba Keindah...