MUTIARA KATA

Ada banyak perkara yang Allah suruh kita lihat di bumi ini. Bukanlah sekadar melihat dengan mata kepala saja, namun lihatlah ianya dengan mata hati. Pergilah mengembara.



Thursday, 16 September 2010

Puasa Sunnah 6 Hari Bulan Syawal


Salam pertemuan dan salam Aidil Fitri....Kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua berhubung dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Artikel yang aku baca dalam internet baru-baru ini aku rumuskan secara ringkas untuk kita manfaatkan....

Dalil-dalil tentang Puasa Syawal

Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.” [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]


Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa seumur hidup’.”
[Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, At-Tirmidzi 1164]

Hukum Puasa Syawal

Hukumnya adalah sunnah: “Ini adalah hadits shahih yang menunjukkan bahwa berpuasa enam hari pada Syawal adalah sunnah. Asy-Syafi’i, Ahmad dan banyak ulama terkemuka mengikutinya. Adalah tidaklah benar untuk menolak hadits ini dengan alasan-alasan yang dikemukakan beberapa ulama nusantara yang mengatakan puasa ini makruh, contohnya; ada yang merasa ragu-ragu dan menganggapnya sebahagian dari puasa Ramadhan, ataupun ada yang menganggapnya sebagai wajib, atau mungkin juga mereka mengatakan tiada mendengar bahwa adanya ulama salaf yang berpuasa dalam bulan Syawal.

Hal-hal yang berkaitan dengan puasa Syawal adalah:

1. Tidak harus dilaksanakan secara berurutan.

Puasa Syawal tidak harus dilakukan berturut-turut atau secara berterusan setelah ramadhan. Kita boleh melakukannya berselang-seli sepanjang bulan Syawal selama enam hari kerana puasa ini bukannya wajib.

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

“Adalah mustahab untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal.”

Dari hadith ini menjelaskan: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tetapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga diperbolehkan. Walaubagaimanapun jika menyegerakkan puasa Syawal ini adalah lebih baik.

2. Tidak boleh dilakukan jika masih tertinggal Ramadhan

Jika seseorang tertinggal puasa beberapa hari dalam Ramadhan, dia wajib menggantinya terlebih dahulu, kemudian barulah boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, ini kerana puasa Ramadhan itu adalah wajib keatas setiap orang Islam yang Mukallaf sedangkan puasa enam hari dibulan Syawal itu hanya sunat sahaja.

Wallah Hualam.....

Thursday, 9 September 2010

Salam Aidil Fitri


Kepada pembaca semu....aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin........

"Dosa tertimbun mohon diampun....Terbisik kilaf mohon di maafkan... Lalai lidah membawa cela.... Lalai hati membuat luka... ku hulurkan tangan maaf dipinta... Bersamalah kita sucikan hati di bulan mulia...."

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lapan, Dua Puluh Sembilan dan Tiga Puluh

Salam pertemuan buat pembaca semua. Kembara tarawih ku untuk malam ke dua puluh lapan, dua puluh sembilan dan malam ke tiga puluh ialah aku mengulangi bertarawih di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak. Alham dulillah.... sempurna sudah kembara tarawih ku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Banyak kisah dan pengajaran yang aku dapat sepanjang kembara tarawih ini. Lain masjid lain caranya programnya, namun matlamatnya satu.... aktiviti yang disediakan untuk mengimarahkan masjid sebagai nadi masyarakat. Ini sesuai dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Jin seperti berikut:

“Dan sesungguhnya masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” ( Al-Jin:18)

Oh ya..! Bertapa pantas masa berlalu, rupanya pada hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan pada tahun ini... Sedih ku rasa, kalau kedatangannya kita sama-sama nantikan... kini tibalah masanya untuk Ramadhan meninggalkan kita.. yalah tiap yang datang pasti kan pergi... Walau apapun aku berharap Allah memberikan rahmatnya kepada ku dan semua yang mengimarahkan Ramadhan tahun ini. Doa ku muga Allah sihatkan tubuh badan dan lanjutkan usia dan dapat bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan....Amen.... Insha-Allah.



Monday, 6 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tujuh

Salam pertemuan buat pembaca blog Ringgo. Kali ini kembara tarawih ku pada malam ke dua puluh tujuh ialah Masjid Khairiah, Taman Sri Gombak. Masjid ini terletak dipinggir Taman Sri Gombak. Di atas bukit, di hadapannya hutan...Sungguh sejuk dan nyaman. Masjid ini menarik dan cantik sekali.
Aku tiba di masjid Khairiah ini selepas saja berbuka puasa. Aktiviti pada hari ini memang menarik. Memandangkan hari ini merupakan malam ke 27 Ramadhan, maka kebanyakkan masjid-masjid mengadakan majlis Khatam Quran. Masjid Khariah ini tak terkecuali mengadakan majlis tersebut. Sebelum aku menggambarkan peristiwa tersebut elaoklah aku aku ceritakan perihal tarawih dahulu.
Sebelum itu, Selepas solat Isya', ada tazkirah. Sungguh menarik tazkirah malam ini. Ia menceritakan perihal "bala dan bencana yang di turunkan oleh Allah sejak-sejak akhir ini." Apa yang menarik perhatian aku, apabila ustaz menceritakan negara-negara yang ditimpa bencana atau bala disebabkan kelalaian manusia daripada mengingati Allah dan apabila maksiat bermaharajalela...! Malaysia sebenarnya tak terkecuali, adakah kita sedar bahawa bala yang menimpa kita sekaran terang-terangan sekali? Ya.. kawan-kawan, bala yang dasyat menimpa kita sekarang ialah masalah gejala sosial...keruntuhan akhlak muda mudi kian menjadi-jadi...buang bayi... Itulah akibat kelalaian mengingati dan mematuhi hukum Allah dalam mendidik anak-anak.
Oh ya..! Solat tarawih di sini lapan rakaat. Diimamkan oleh dua orang imam maahad tahfiz jemputan. Masih muda lagi. Bacaan surah tidak lah terlalu panjang dan bersederhana, tak terlalu laju. Lancar sekali bacaan kedua-dua adik tahfiz ini. Aku difahamkan mereka berdua dari madrasah yang berlainan dan di samping menjadi imam jemputan, mereka berdua menggumpulkan dana untuk maahad tahfiz mereka.
Kembali kita kepada majlis khatam Quran tersebut. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku snap untuk dimuatkan dalam blog ini.

Pengacara majlis memulakan majlis

Barisan peserta yang mengambil bahagian dalam majlis khatam quran




Ada Kanak-kanak yang turut serta...



Sebahagian daripada jamaah yang bersama-sama dalam majlis tersebut

Ok lah, kalau majlis sudah selesai. Apa lagi tentu ada hidangan moreh. Menunya pelbagai, semuanya aku suka tapi kerana kekenyangan aku rasa aku pilih yang ini saja lah....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
Jemput-jemput pisang dengan air oren....Alhamdulillah...
Ini satu lagi yang istemewa kepad tetamu atau jemaah yang hadir pada majlis khatam quran tersebut.....bunga telur....eh..eh... bukan bunga sumi jelly...heh..heh..heh
"Bunga Sumi Jelly"

Sunday, 5 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Lima dan Malam Ke Dua Puluh Enam

Salam ketemu untuk episod seterusnya dalam kembara Ramadhan ku. Untuk malam ke dua puluh lima seperti biasa, kalau tak sempat ke tempat yang di rancang, ke mana lagi kalau tak ke Masjid Wilayah. Seperkara yang ingin aku kongsikan bersama pembaca kali ini ialah, kami meraikan anak-anak yatim… pada 22 Ramadhan yang lalau. Berikut ni beberapa gambar yang sempat aku snap semasa majlis tersebut.


Wajah-wajah anak yatim....



Yang ni...senior...umur pun dah 19 tahun. Mewakili anak-anak yatim memberi sepatah dua kata


Bersabar menunggu waktu berbuka...


Yang ni Ibu pengasuh....bukan mak yatim....


Malam ke dua puluh enam pula aku mengulangi kembali bertarawih di masjid Jamek Bandaraya, K.L. Ceritanya sama saja. Cuma aku sempat ler berjalan-jalan petang Sabtu tu sementara menunggu masuk waktu berbuka dan untuk bertarawih malam nanti.

Masjid Jamek....Ditengah-tengah apitan bangunan pencakar langit


Sesaknya...nampak tu orang ramai berebut-rebut nak naik bas



Waktu berbuka dah hampir tiba

Keindahan masjid Jamek Bandaraya waktu malam



Insaya Allah, esok kita semua sudah berada di tengah-tengah fasa ke tiga bulan Ramadhan. Ini bermakna kita hanya berada lima hari saja lagi menyambut Aidil Fitri. Dua perkara untuk aku ingatkan kawan-kawan.

Pertamanya, Bagaimana dengan perjuangan mu sehingga ke malam ke dua puluh lima Ramadhan ini? Ingat....sepuluh malam terakhir banyakkan amal dan Qiamunlai...Lailatul Qadar perlu di cari....Siapa tahu nasib kita.....Itu semua ketentuan Allah, yang penting kejarlah Lailatur Qadar dikesempatan ini sehingga ke akhir Ramadhan. Jangan leka dengan lambaian Syawal...
Keduanya, Sudah ke bayar Zakat Fitrah? Jangan tunggu hingga masuk Syawal. Memang betul ia lebih afdal ketika sebelum sembahyang hari raya, tetapi bayangkan kalau pada saat itu ramai pula yang hendak bayar. Tak ke kalut di buatnya? Aku pernah menyaksikan bagaimana kalutnya orang ramai dan keluh kesah jamaah lain yang hendak menunaikan solat Aidil Fitri apabila masih ramai lagi orang berbaris untuk membayar Fitrah di saat-saat akhir, Jam pula dah menunjukkan pukul 9++. Pengutip zakat mula dah merungut.....So, fikir-fikirkanlah...

Tunaikan Zakat Fitrah...

Friday, 3 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Tiga dan Malam Ke Dua Puluh Empat

Salam buat pembaca semua. Kalau nak diceritakan kembara tarawihku di malam ke dua puluh empat dan dua puluh lima...Maaf sajalah kiranya aku manengatakan jawapannya bahawa tarawih ku masih di Masjid Wilayah Persekutuan, KL. Aktiviti seperti biasa...moreh pun macam biasa. Tetapi kawan di sini ingin aku berkongsi bersama berkaitan artikel yang aku ambil daripada majalah bulanan Riyadhul Masjid Wilayah Persekutuan, edisi ke dua. Ceritanya berkaitan dengan Memuliakan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Tip kali ini, ingin aku kongsikan tip bulan Rejab walaupun kini kita berada dalam bulan Ramadhan...
Sabda Nabi s.a.w. : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan Malam Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
Malam awal Rejab mustajab doanya. (Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi) Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Puasa sehari pada bulan Rejab sama seperti puasa empat puluh tahun! Dan di beri minum air dari Syurga. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakanibadah seumurnya. Puasa pada awal Rajab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puaa Rejab baginya:
  • Diampunkan dosanya yang lalu
  • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal
  • Terlepas dari dahaga hari kiamat

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebaikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya di bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan tersebut seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Demikianlah peri keistemewannya keagungan bulan Rejab....Bulan Allah. So, kali ini walaupun kita berada di dalam bulan Ramadhan, perlu juga ingat bulan-bulan lain yang ada keistemewaannya.




Wednesday, 1 September 2010

KEMBARA TARAWIH: Malam Ke Dua Puluh Satu Dan Dua Puluh Dua



Kembara Tarawih ku bagi malam ke dua puluh satu di tempat biasa lah. Masjid Wilayah Persekutuan. Tetapi hari ini agak sesak dan penuh. Rupa-rupanya Agong bertarawih di Masjid ini juga. Menjadi tetamu VIP pulak dia malam ni. Setiba aku di Masjid Wilayah, para jamaah kebanyakknnya sudah selesai berbuka dan bersedia untuk bertarawih. Mak oi…punya lah banyak makanan hari ni. Selesai solat tarawih, masa moreh tu dapat lah aku sebungkus bubur lambuk. Kalau nak, lain-lain menu pun ada tapi aku dah kekenyangan semasa berbuka, so, aku abaikan saja untuk mengambil banyak-banyak makanan lain walaupun semasa melintasi ruang peramu saji, mereka mempelawa aku untuk ambil makanan. Itulah, sapa suruh buat banyak-banyak. Kan dah membazir….
Malam ke dua puluh dua aku mengulangi sekali lagi bertarawih di Masjid Daerah Gombak. Atau dikenali sebagai Masjid Amaniah. Sebenarnya seronok juga bertarawih kat sini, kerana suasana masjid juga cara imam mengimamkan solat tidak laju dan bacaan yang sedahana panjand dan boleh di ikuti oleh semua peringat jemaah tak kira tua, muda, ibu mengandung atau OKU. Pendek kata memang best lah…. Lagi pun menu morehnya ok juga.
Yang paling menarik malam ni ialah tazkirahny, Emmm…Berbaur politik 100%. Tapi tak apalah dalam hal ini aku lebih terbuka mendengarnya. Bila penjelasan tentang isu Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching bertazkirah di Surau Al-Huda, Kajang Senteral, aku rasa ada juga releven yang disampaikan untuk mengelak kekeliruan semu. Kekadang media ni mungkin lain ceritanya….So, aku dengar ajer lah….Apa-apa pun masing-masing perlu faham hukum dan hakam, mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Ini isu agama, jangan dibuat main-main. Kekadang pihak yang mengkritik pun aku lihat macam jahil jer dengan hukum hakam….So sebelum menulis, kaji ler dalam-dalam dulu….nanti malu sendiri…