salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Sunday, 15 January 2012

KIAMAT 2012 SUDAH BERLAKU?


BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini. Oleh itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini adakah benar ianya terasa bagaikan semakin hampir?

Bagi aku ianya telah pun dirasai kini, Ya…kiamat berlaku dalam organisasi tempat aku bekerja kini… Kalau ada antara mereka di dalam pejabat mengatakan ianya Tsunami melanda dalam organisasi ini, tidak bagi aku. Ianya kiamat!! Yalah satu perubahan baru telah berlaku di bawah pucuk pimpinan baru di pejabatku dimana “alam baru” diwujudkan setelah “alam lama” dimusnahkan!

Pada permulaannya, aku melihat kepada perubahan struktur organisasi secara total dan penempatan setiap dari pegawai atasan hingga kepada kakitangan bawahan jabatan menunjukkan boss baru bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan dalam organisasi. Mungkin berteraskan kepada program Mentransformasikan Perkhidmatan Awam, yang menjadi salah satu matlamat GTP, melalui struktur organisasi baru ini, aku dapat rasakan sesuatu yang baru akan berlaku di pejabat ini.

Kita sedia maklum, amnya struktur organisasi digunakan sebagai panduan untuk perhubungan dan pergabungan kerja antara sesama ahli-ahli dalam organisasi. Mungkin pada pendapat boss baru ini satu organisasi yang dinamik perlu dibentuk untuk bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat GTP. Mungkin baginya struktur organisasi lama tidak lagi bersesuaian, maka dengan inilah beliau membuat perubahan struktur organisasi yang melibatkan perubahan menyeluruh dalam penempatan dan pengagihan tugas serta tanggungjawab semua pegawai dan kakitangannya.

Walaupun fenomena perubahan telahpun berlaku, aku percaya ramai yang masih “bercakap-cakap” mengenai insiden kiamat dalam organisasi ku ini. Ada yang tidak boleh menerimanya, ada juga yang redha (katanya dizahir, dalam hati siapa tahu kan). Kenapa? Aku rasakan mungkin disebabkan perubahan tersebut mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri “ketidakpastian” dikalangan mereka. Biasalah tu… mungkin ada yang merasai kedudukannya pada masa akan datang akan tak “se-power” dahulu…maka timbullah pelbagai spekulasi dari mulut-mulut mereka ini. Bagi aku, ianya perkara biasa. Ini kerana, perasan takut akan sesuatu yang tiada kepastian itu adalah salah satu ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Sebagai rumusannya, pada aku, kiamat yang berlaku dalam organisasi ku ini sebenarnya salah satu langkah yang telah diambil oleh boss baru untuk mentransformasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap pegawai dan kakitangan kakitangan pejabat ini disamping untuk membawa organisasi ini sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang lebih kreatif dan inovatif. Janganlah kita membuat tafsiran  lain yang negatif yang beracun yang boleh merosakkan minda kita dan organisasi ditempat kita mencari rezeki. Ingatlah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan bersih hatinya dan bukan pada fizikal ia berpakaian.

…Salam….

 

2 comments:

mAmAnIa said...

betui tu...org sokong

mAmAnIa said...

betui tu...org sokong