salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Thursday, 29 December 2011

AKHIR DISEMBER

Salam buat semua pembaca. Di sini aku nak berkongsi lirik lagu Kumpulan Kopratasa - Akhir Disember. Asalnya ini merupakan sebuah puisi nukilan Abdul Aziz HM. Sesuailah dalam bulan Disember ni, mari kita hayati lirik lagu ni...


Akan datang akhir Disember ini,
Desiran angin memutih di padang-padang,
Sesaat kita mendengar risau di sebalik rongga waktu,
Yang berhamburan di jendela....  

Akan datang akhir Disember ini,
Risik bulan yang mengabur,
Di hutan-hutan seakan gelisah,
Di tangan kita....

Akan datang akhir Disember ini,
Senja, bulan, desir, bisik,
Dan angin petang berhamburan bagai rindu musim hujan,
Lepas ke udara malam yang gelap...

Dan sesaat itu juga,
Kita mendengar kacau,
Menyiapkan unggun mimpi,
Di kaca peraduan....

Akan datang akhir Disember ini,
Bulan diranting pohonan,
Dan angin yang berdesir,
Dalam nafas malam,
Di antara bayang dan sepi,
Sementara menunggu lebur jagat ini.....

No comments: