salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Monday, 7 November 2011

DICELAH-CELAH KEHIDUPAN KOTA

Hari raya Aidil Adha, kebanyakan warga kota pulang ke kampung. Namun ada juga yang mengambil kesempatan di hari cuti am bergini untuk berehat dan berjalan-jalan menghabiskan cuti umum ini. Aku juga memang tidak pulang ke kampung pada hari raya haji ini kerana masa agak pendek. Selasa dah kerja. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di Bandar Klang. Sehari suntuk, selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Putra, Putrajaya, aku terus ke Klang untuk berjalan-jalan di sana.

Klang. Ia juga dikenali sebagai A Royal Town of Selangor. Oleh kerana ia merupakan salah satu bandar terpenting dan maju di negeri selangor maka, kesibukan bandar Klang tida bezanya dengan Kuala Lumpur. Selain penduduk tempatan, warga asing juga ramai di bandar Klang ini. Mereka kebanyakannya bekerja di sini. Di musim cuti umum berginilah kebanyakkan mereka keluar ke bandar untuk enjoy...

Memang sudah menjadi kelaziman aku, kalau pergi dimana-mana saja, aku mesti cari masjid dahulu. Banyak kelebihannya. Kalau susah nak pakir kereta, di masjidlah tempatnya yang mempunyai pakir percuma. Tandas pun bersih, boleh juga berehat-rehat sementara menunggu masuk waktu solat. Jadi, masjid yang menjadi pilihan aku ialah Masjid Bandar Klang. Cantik masjidnya. Aku berjemaah solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya di sini. Tapi satu jer yang pelik kat masjid ni. Walaupun cantik, ada tempat whudu, ada tandas tetapi tiada bilik mandi....Hampeh...
Siang berlalu, malam menjelma... Selesai solat Isya, aku berjalan-jalan sekitar bandar Kelang. Jumpa kedai mamak, apa lagi...roti canai teh tarik satu.... Macam sarapan la pulak. Biasa ler hari raya kan, mana ada kedai melayu buka dan kalau ada pun kedai-kedai Indon. Keadaannya masih lagi sibuk, terutama di perhentian bas di bandar Klang. Memang warga asing ramai di sini... terutama orang Indon. Aku rasa dah macam kat Indon pun ya juga... Ada sesetengah tu gelagat mereka macam orang tak pernah masuk bandar...!

Malam makin larut... Aku melihat jam di tangan sudah menunjukkan 11.45 malam. Rasanya aku nak bali ke Kuala Lumpur. Dalam perjalan aku menuju ke kereta, aku terpandang seorang terbaring dikaki lima ni....oiii, orang mabuk rupanya. Astaghfirullah... Macam orang Islam jer... Ada name tag kat baju dia, namanya "AMIN"

Aku tinggalkan pemabuk tu...Sedang aku terus berjalan-jalan itu juga, aku nampak seorang yang agak sudah berumur yang bersungguh-sungguh memungut tin-tin dan botol-botol plastik yang bertaburan di sekitar bandar Klang ini kesan daripada sikap warga asing yang tak tahu langsung pelajaran sivik ini. Aku rasa tersentuh hati bila melihatnya bersama seorang kanak-kanak kecil yang masih tak tahu apa-apa membantunya memungut sampa-sampah bertaburan. Lebih sedih lagi apabila aku melihat kanak-kanak itu membuka botol yang masih mengandungi sisa air minuman, lalu diteguknya, bekas-bekas plastik yang masih ada sisa makanan ringan, dijadikan makanannya untuk mengalas perut mungkin. Sesekali tu aku lihat dia juga turut sama berkelakuan seperti kanak-kanak tersebut. Sipakah dia dan kanak-kanak itu?

Kerana ingin tahu sangat, aku singah di kedai 24 jam dan membeli coklat, roti dan sedikit makanan ringan. aku cuba menghampirnya dan memberikan senyuman. Dia membalasnya namun tak leka menjalankan tugasnya. Aku menyapa.

"Assalamualaikum pak cik", aku menyapa dengan memberi salam
"Waalaikumsalam" Jawabnya ringkas...
"Cucu pak cik ker budak ni?"
"Tak, anak saya, encik" "Kenapa?"
"Dia rajin, dan periang" Saya suka tengok dia, Nah ambillah coklat dan makanan ni, saya nak bagikan pada dia." Kata ku.

Aku lihat dia seperti terharu, anaknya pula macam takut-taku aje. "Ambil lah pak cik, saya ikhlas nak bagi dia, kata ku untuk menyakinkannya

Akhirnya, dia menyuruh anaknya mengambil dari ku, Wajah kanak-kanak itu sangat belas dimataku dan tanpa aku sedar air mataku menitis pada waktu itu.

Aku sempat bersembang dengannya. Aku perhatikan anaknya membelek-belek dan memakan makanan yang aku berikan tadi. Aku tahu, kanak-kanak ini tentu lapar. Aku teruskan perbualan aku dengannya.

"Dah lama ker pak cik buat kerja-kerja ni" Aku memulakan perbualan
"Lama dah, saya buat sambilan saja" "Siang saya kerja pasang paip (Plumbing)"
"Sapa nama pak cik?"
"Iskandar. Encik sapa nama?"
"Ooo... Saya..S....f" (aku memperkenalkan nama ku)
"Pak cik berasal dari mana?"
"Dari Palembang"
"Ye ker? jadi, pak cik orang seberang ler?"
"Ya encik, tapi saya dah lebih 30 tahun di sini. dah ada IC merah pun". Katanya.
"Isteri pak cik orang Malaysia ker"
"Yang dulu, ya tapi yang baru ni orang sana (Indon) jugak"
"Oh, isteri dulu ada lagi ker"
"Tak, dah meninggal, sakit" "Saya ada dua anak dengan dia" Tapi anak-anak saya dah kawin"
"Jadi, ini anak dengan isteri baru ker pak cik?" tanyaku ingin tahu.
"Ya encik, ini anak yang tua dengan isteri baru. Umur baru 2 tahun, namanyanya Hairul...yang kecil baru 3 bulan"

Dalam rancak berbual tu, aku masih terfikir-fikir, hebat betul kanak-kanak ni. Tak rasa sejuk ke dia malam-malam begini dengan berpakaian sedemikian? Dia seperti sudah lali dengan kesejukan. Aku sendiri berpakaian agak tebal malam ini kerana Maghrib tadi baru saja lepas hujan lebat.

"Pak cik dah makan ker?"
"Sudah encik"...Baru sudah, tadi sebelum keluar rumah pun saya dah makan:" Katanya.
"Betul ker" Kalau belum tak apa, mari saya belanja pak cik makan."
"Tak pe, tak pe, saya sudah makan..."

Aku sebenarnya respect kat pak cik Iskandar ni. Dia seorang yang tabah, tak mengharap ihsan orang lain untuk membantunya. Walaupun hidupnya susah, aku percaya, dia seorang yang sabar dan jujur dan mempunyai sebuah keluarga yang amat bahagia. Dari semua perbualan antara dia dan aku, aku dapat menyimpulkan bahawa dia seorang yang kuat pegangan dan tinggi ilmu agamanya walaupun hidupnya susah. Aku teruskan perbualan ku...

"Pak cik, kalau saya tanya, pak cik jangan marah ye?" Tanya ku. Sila lah nak, pak cik dah biasa dengan berbagai-bagai soalan yang pedih, pak cik tak marah pun..." Itu jawabnya. "Pak cik tak rasa penat ke kerja kutip sampah macam ni", yer le, bukan saja terdedah kepada pelbagai risiko seperti keselamatan, malahan kesihatan pak cik dan anak pakcik juga, lagipun siang pak cik dah kerja?" Tanya ku mencuba... Dia tersenyum, jawabnya.....

"Saya orang susah nak, lagipun tuhan meminta kita beribadah 24 jam. Cuba anak kira, kalau solat hanya memerlukan masa antara 5 hingga 10 minit untuk satu waktu. Jika dihimpun, lima waktu tu tak sampaipun satu jam. Sebaliknya, kita bekerja, contohnya macam anak ni lah, kerja pejabat dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang lebih kurang 7 jam atau lebih sikit. Kalau nak dibayangkan ibadah itu hanya kepada solat, kita hanya meluangkan masa kurang 1 jam untuk beribadah, dicampurkan dengan kerja anak tadi 7 jam, jadi hanya berapa jam untuk beribadat? Kalaulah tidur 8 jam dikira satu ibadat, bermakna ibadat kita kepada Allah baru 16 jam atau katalah 17 jam. Jadi baki 7 jam lagi bagaimana? Sedangkan Allah mahu kita beribadat 24 jam"

Terkesima juga aku dengan penjelasan pak cik pemungut sampah ni. Sungguh hebat orang tua ni. Suka aku dengan penjelasannya tu... Dia meneruskan perbualan, "Dalam apapun situasi kita ni nak, kita perlu banyak bersabar. Kesusahan pak cik pada hari ini mungkin sementara saja, mungkin kenikmatannya mudah-mudahan akan pak cik perolehi sesudah mati nanti....Kerana pak cik percaya, Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar."

Aku bertanya lagi... "O.K pak cik, apakah yang paling mencabar dan susah dalam kerjaya pak cik ni?" Dia menyapu peluh dimukanya seketika, Sementara itu anaknya terus duduk dipangkuannya dengan manja sekali. Sambil dia mengusap-usap kepala anaknya, di menjawab persoalan aku... "Yang paling susah kalau kita nak balas kejahatan orang dengan satu kebaikan. Boleh tak bila kita kena maki, kita minta maaf. Bila kita kena herdik, kita senyum. Bila orang hina kita, kita ucap terima kasih". Katanya sambil tertawa....

Menarik... Aku bertanya lagi....:Kenapa macam tu pak cik?"

Di sini aku nampak redup matanya berkaca-kasa menahan titisan jernih yang akan jatuh ke kepala anaknyanya yang masih tidak mengerti apa-apa perbualan aku dengan ayahnya. Pak cik itu terus menjawab...."Itulah ujian yang menentukan kita ikhlas atau tidak dalam beribadah tadi, kalau kita berniat untuk buat kerja kerana Allah, Insya-Allah kita boleh laluinya nak....dan kita boleh membalas kejahatan itu dengan kebaikan. Atau setidak-tidaknya kita jangan membalas atau kita diam sahaja... Itulah antara ungkapan yang aku rasakan cukup bermakna diatas pertemuan aku dengan pak cik ini.

Disini juga aku teringat ustaz ada berkata, dalam Al-Quran ada menyebut, Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik, kerana apabila engkau berbuat demikian, orang yang merasa permusuhan terhadapmu itu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib...(Fussilat ayat:34)

Pak cik itupun memuhon untuk menyambung kerjanya. Aku sangat terharu dan bersalaman dan berpelukan dengannya tanda penghargaan diatas cerita dan perbualan ringkas bersamanya. "Insya Allah pakcik, kalau saya ke sini lagi, saya cari pak cik" kata ku. "Terima kasih...katanya sambil tersenyum...Pak cik tersebut dengan anaknya terus berlalu......

Aku? Aku juga berlalu dengan rasa seronok sekali sambil menghitung diriku..... Bolehkah aku meneladani pak cik pengutip sampah itu...? Mampukah aku hendak membalas kejahatan orang lain terhadapku dengan satu kebaikan? Atau apakah aku ni sibuk saja dengan mencari fakta, dalil, dan hujah untuk bahan tulisan dan ceramah-ceramah ku sedangkan ada insan yang lain yang jauh lebih ikhlas mengamalkannya dalam kehidupan.....Oh..! Ya Allah besarnya rahmatMu untuk aku pada hari ini. Engkau peliharalah keluarga Pak Cik Iskandar.

No comments: