salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Friday, 2 September 2011

SEHARI SEBELUM BALIK KAMPUNG



Salam buat pengunjung blogku, masih berhari Raya? Sekali lagi selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Kali ini aku ingin berkongsi cerita dengan kawan pembaca semua pengalamanku mencari ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung sempena Hari Raya yang akan datang. Apa yang aku rakamkan di sini hanyalah gambaran kesiukan Kuala Lumpur (Sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman) sehari sebelum menjelang Aidil Fitri. Mari kita lihat....

Kesibukan warga kota membeli belah di saat-saat akhir.

Lihat sajalah anak kecil tu(berbaju merah)... Cukup seronok dia dengan belon Upin dan Ipin.

Ini gambar depan Kompleks Pernas SOGO, ramainya orang..!

Anggota keselamatan juga sibuk bertugas. Abang Polis ni nak cari parking untuk mengawal lalulintas di depan Masjid Jamek.

Emmm....aweks seksi pun ramai....
Jangan lelebih...nanti batal pahala puasa lak...

Sampul dutit raya yang kira menarik juga. Dijual bergantungan depan pasaraya Mydin...

Ketupat palsu pun ada...!

Hah...! Yang ni? Sempat gak pungut derma... Cerita pasal pemungut derma ni, ianya menimbulkan keraguan aku apabila aku tanya mereka tentang dana yang dikutip untuk membina madrasah di mana? jawabnya Narathiwat di Kelantan. Pulak! Setahu aku Narathiwat tu kat Siam..... Sipemungut tu pulak macam tak fasih jer berbahasa Melayu, macam Bangla ada, Myanmar ada Nepal pun mungkin jugak! Adakah ini benar atau hanya sendikit yang cuba mengambil peluang pada bulan Ramadhan ini, lebih-lebih lagi ketika hendak menjelang Hari Raya...Lu fikirlah sendiri....

Ha..Ini dia, dah penat, tidor aje le. Letih sangat si anak ni. Namun ibu yang setia tetap memangku walaupun masih sibuk membeli belah. Ok lah.... Itu saja cerita ku menjelang 1 Shawal di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

No comments: