salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Wednesday, 7 September 2011

Puasa Enam Dibuat Berterusan Lebih Afdal


Salam Syawal kepada semua pengunjung blog ku. O.K lah kali ini aku tak mau menulis apa-apa cuma ingin berkongsi ilmu dengan pembaca semua bahan yang aku perolehi dari sebuah laman sesawang ini untuk dikongsikan bersama.


Oleh: Ustaz Zamanuddin Jusoh

Nabi SAW juga pernah mengumpamakan orang yang berpuasa selepas Ramadan seperti orang yang lari dari satu peperangan dan kembali untuk bertarung semula. Menunjukkan bahawa ia sanggup kembali ke medan perjuangan bagi meraih pahala berlipat ganda.

Antara tujuan atau hikmah puasa sunat Syawal adalah untuk mengekang nafsu balas dendam terhadap Ramadan lalu yang terkadang umat Islam terleka kerana keghairahan menyambut hari raya.

Fadilat lain, ditambahkan rahmat dan kempunan ketika hampirnya masa roh seseorang akan berpisah dengan jasad (sakratul maut), dipermudahkan ketika berurusan dengan dua malaikat di alam barzakh dan ganjaran pahala setahun serta tiket pelancongan ke syurga di bawah pembiayaan Allah SWT. (Durratu Nasihin-Ibnu Ahmad As Syakir)

Persoalan berkaitan menyatukan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan ulama muasarah (kontemporari) di mana keputusan mendapati mengasingkan antara puasa sunat Syawal dan puasa qada adalah lebih baik serta digalakkan kerana puasa qada mempunyai ruang masa yang banyak untuk dilaksanakan berbanding puasa Syawal.

Apa yang membimbangkan adalah sifat berlengah sesetengah kita berpuasa Syawal sehingga luput waktu dan terlepas peluang keemasan ini. Semoga kemenangan Ramadhan akan disambut lagi selepas kemenangan Syawal yang masih banyak berbali, jangan tunggu lagi...

No comments: