salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Saturday, 10 September 2011

DIALOG DENGAN KERANI TUA

Salam buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger. Masih berhari raya? Apapun situasi semua, aku doakan kalian sihat dan dalam lindungan Allah. Kali ini aku ingin berkongsi cerita berhubung perbualan aku dengan kerani tua di sebuah agensi awam yang merupakan salah seorang peserta kursus aku sewaktu aku mengendalikan program latihan sebelum Ramadhan yang lalu. Agak tersentuh juga aku mendengar cerita si kerani tua ini. Aku panggil dia puan N. Ceritanya lebih kurang bergini:

Tepat jam 10.30 pagi, sesi tea break pun sampai. Sewaktu bersama-sama dengan peserta kursus didalam kelas, aku hanya duduk dibelakang sahaja memerhatikan penceramah menyampaikan ilmunya kepada peserta. Seraya itu, aku tak kerkecuali mengikuti dan meneliti setiap input yang diberikan oleh penceramah tersebut. Lebih kurang 10.40 pagi, kelas mulai beransur-ansur kosong dan semua ke dewan makan untuk minum teh.

Tiba-tiba aku terpandang seorang peserta kursus yang agak dah berusia. Ya, aku hampirinya dan bertanya "puan tak minum ker?" Tegur ku, Dia seakan terkejut, "Eh..eh.. encik, tak... saya rasa kenyang lagi ujarnya." Aku respon dengan agak pelik sedikit. "Kenapa puan menangis? Tak sihat ke...?" Tanya ku ingin tahu. Dia seakan malu-malu tetapi mungkin dengan sapaan aku itu tadi membuatkan dia semakin sebak. Entah mengapa agaknya. Di sini aku cuba menawarkan bantuan. "Apa yang boleh saya bantu puan?" Dia hanya menggelengkan-gelengkan kepala sahaja. Aku cuba meneroka kenapa terjadi macam ini. Aku berlalu ke belakang kelas dan mengambil secawan air suam dekat water dispenser lalu ku berikan kepadanya. "Tak pe puan, minum dahulu dan tenangkan fikiran." "Boleh saya bantu kalau puan ada masalah di sini?" Tawar ku dengan ikhlas.

"Macam ni encik, saya sebenarnya tersentuh hati apabila mengenangkan peristiwa semalam sewaktu sebelum pulang ke rumah." "Ia berlaku di pejabat saya." "Boss saya meminta kami (kerani-kerani) di bahagian perkhidmatan bekerjasama untuk program "Pejabat Contoh" di jabatan saya." "Macam biasalah kat office kan tentu ada yang muda, ada yang tua macam saya ni." "Jadi, kerja-kerja dibahagikan oleh CC saya." Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Sempat juga aku menanya usianya. "Berapa umur puan?" "Alahai, tiga tahun lagi saya pencen." Jawabnya. "53 ker?" Tanyaku ingin kepastian. Tak, saya ambil option 58." "So, sekarang umur puan 55?" Tanya ku. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mengesat air mata yang berderai-derai. "Apa yang membuatkan puan sedih?" Aku ingin tahu. "Saya sedih kerana tak dapat membantu kerja-kerja seperti yang diharapkan." "Yalah encik, dengan usia sekarang ni saya tak mampu bergerak pantas dan kuat macam budak-budak muda yang lain di pejabat tu." "Kalau dulu, masa muda-muda lain. Kini, saya seakan tak berjasa pula entahlah sedih sangat saya rasakan." "Saya tak mampu nak angkat-angkat barang, tak mampu nak memikul-mikul fail-fail buruk." Katanya merendah diri. Aku masih mengangguk-anggukkan kepala.

"Terkadang tu saya rasakan dah tidak ada gunanya saya tunggu lagi kat pejabat ni" Katanya. Aku hanya tersenyum mendengar luahan si kerani tua ni. "Oh bergitu." Kataku, Sambil membelek jam ditangan. "Boleh saya tanya, puan diberi tanggungjawab apa?" Tanyaku. "Menghias, tapi saya tak pandai sangat dalam kerja hias menghias ni" "Yalah....mungkin saya ni dah tua itu ajer saja tugas yang mereka rasa layak dan sesuai untuk saya, tak perlulah nak kerja sama-sama mereka lagi". Jawabnya sepontan. "Oh! kerja menghias?" "Itu sudah bagus". Aku membalas. "Tapi saya rasa tak patut pula saya tak membantu mereka, rasa terpulau pula diri saya..." Balasnya dengan nada lagi sedih. Lantas aku terus merumus ringkas. "Sebenarnya puan, mereka tu kesian kat puan, mereka beri kerja ringan pada puan. Mungkin mereka tidak memberitahu pada puan saja." Kataku. Aku terus menyambung cerita. "Saya ingin berkongsi cerita yang pernah saya baca dalam sebuah majalah." Aku mengubah topik agar dia tak terus bersedih. "Cerita Apa encik?" Dia bertanya. Nampaknya ada response.

"Bergini puan, saya teringat satu cerita Kisah Tempayan Yang Retak....." "Bergini ceritanya..."



Seorang ibu yang sudah tua mempunyai dua tempayan, yang dipikul di pundaknya dengan sebatang bambu. Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan yang stunya tak bercela dan selalu memuat air hingga penuh.

Setibanya di rumah setelah menempuh perjalanan panjang dari sungai, air yang tinggal di tempayan retak tinggal separuh. Selama dua tahun hal ini berterusan setiap hari, dimana ibu itu hanya membawa pulang air hanya satu setengah tempayan Tentunya tempayan yang utuh sangat bangga dengan pencapaiannya.

Namun tempayan yang retak merasa malu akan kekurangannnya dan sedih kerana mampu membawa setengah dari sepatutnya. Setelah dua tahun yang dianggapnya sebagai kegagalan, akhirnya dia berbicara pada si ibu tua di sungai.

“Aku malu sebab air bocor melalui bagian tubuhku yang retak di sepanjang jalan menuju rumahmu.”

Ibu itu tersenyum, “Tidakkah kau lihat bunga beraneka warna di jalur yang kau lalui, namun tidak ada di jalur yang satunya?

Ku sudah tahu kekuranganmu, jadi aku menabur benih bunga di jalurmu dan setiap hari Dalam perjalanan pulang kau menyirami benih-benih itu. Selama dua tahun aku boleh memetik bunga-bunga cantik untuk menghias meja. Kalau kau tidak seperti itu, maka rumah ini tidak seasri seperti ini sebab tidak ada bunga.” “Kita semua mempunyai kekurangan masing-masing. Namun kekurangan dan keretakan itulah yang menjadikan hidup kita bersama menyenangkan dan memuaskan.

Kita harus menerima setiap orang apa yang adanya dan mencari yang terbaik dalam diri mereka. Kata si ibu itu.

"Itulah ceritanya puan, setidak-tidaknya puan ada juga berjasa." "Janganlan terlalu sedih." "Puan sumbanglah apa yang mampu." "Allah tidak menciptakan kekurangan pada puan itu dengan sia-sia." "Pastinya ada kebihan pada sudut yang lain." "Puan bersabarlah ye..." "Nampaknya masa sudah sampai, saya nak ke pejabat saya dulu, Insya-Allah kalau ada kelapangan kita sembang lagi." Aku bangun dengan senyuman pada kerani tua itu.

Tiba-tiba.... "Encik....,Terima kasih ya". Ucapnya. "Sama-sama" Balas ku....

Aku pun berlalu keluar bilik kuliah sambil berfikir... Apakah aku juga akan mengalami perkara sedemikian setelah usia kian meningkat....? Ya... Allah aku mohon perlindungan....dari berperangsaka yang buruk-buruk...

No comments: