salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Saturday, 27 August 2011

JANGAN LUPA..

Assalamualikum buat pembaca sekelian. Kita kini telah tiba di penghujung Ramadhan. Sudahkah anda membayar Zakat Fitrah? Jangan lupa tanggungjawab kita sebelum menyambut Hari Raya ini. Zakat Fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam). Waktu mengeluarkan zakat Fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kadar zakat seorang ialah RM 7.00. Oleh itu, bayarlah zakat Fitrah segera agar puasa kita mendapat berkat dariNya.

No comments: