salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Tuesday, 19 October 2010

THE NEED FOR CARRYING OUT TRAINING NEEDS ANALYSIS (TNA)

By: Ringgodotcom
The Financial Management Program

What is Training Needs Analysis (TNA)? Training Needs Analysis is to ascertain who is in need of training and what kind of training they need. This in-depth study is an analysis of knowledge, skills and attitudes of employees who are inefficient and problematic. This analysis also studies a particular task problem in detail. The result is a proposal of one or several groups of employees who need some training to improve their job performance.

Unfortunately, the main step in the process of Training Need Analysis (TNA) is sometimes overlooked, especially when conducting short training sessions. It has been seen that abandoning this step can cause problems in the long run. Resources may be wasted if the training is ineffective or is not required.

The purpose of TNA is to evaluate what has been done, and then recommend or decide what to do in the future. When the assessment has been created, organization will have a basis for future decision making. This include the content and method to be used, who will take part in the training, then the period required and how to assess or measure the results of training.

In making the TNA, many approaches can be used. However, all approaches should be tailored to the situation. Unlike investigation work, implementing the TNA in an organization is actually trying to find weaknesses in the training process (Smit and Delahaye, 1983). The following suggestions may serve as a guide to managing TNA tasks:

1. Supervision

Monitoring is an activity that must be done continuously, not just when you want to prepare for the TNA. This technique therefore requires a person to always have information on current issues at all levels within the organization. To enable a person to obtain a broad picture, he or she should know the key data in the organization. For example the long-term goals and objectives of the organization and to familiarize him or herself about the procedure of interaction between departments. Furthermore all units has to develop effective communication at various levels within the organization, so that attitudes and opinions of other workers are known. Although this information is subjective, but it could give some idea of what is going on that may not be obtained if discussion is only at the top level. Finally, we should always follow the development of policies, standards and trends. The more information we know about the company and its position in the market, the more effective would be the training program to be conducted.

2. Survey

This technique, is needed when the coordinator is asked by management to conduct training programs or when administrators anticipate the need for training. Using data collected during the monitoring level, administrators must investigate further about the issues and the problem faced to verify that training is one solution. Several techniques that can help the investigation are observation, interviews, questionnaires, diaries, work samples, records of service, performance evaluation and psychological testing.


3. Analysis

The final step in making TNA is analyzing data that were collected. Analysis is a creative process that requires understanding of the data, starting with the relevant parts, making conclusion and preparing a report or document on the outcome. This report should contain specific details such as the type of training required, and how to implement them. Training needs analysis is critical to the success of the training program. So making an accurate and complete TNA will ensure the training programme runs smoothly and effectively.


Conclusion
To determine whether training is the answer to solving the problem, a question that must be answered is “Do employees know how to meet the standard demands of a given task?” If the answer is “no” training is required. On the other hand, if the answer is “yes” the other actions are required and not training (Clark 1998).


Wednesday, 13 October 2010

AKRAB, Pekan dan Kuala Rompin

Salam pertemuan buat pembaca semua. Kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca dan kawan-kawan semua mengenai dua cerita. Pertamanya Program Pemantapan Rakan Sekerja AKRAB-JPA bagi Pegawai-pegawai JPA Tahun 2010 yang diadakan di Cherating, Kuantan, Pahang, dan keduanya percutian aku ke Pekan dan Kuala Rompin, Pahang.
Aku mulakan dengan cerita Program Pemantapan Rakan Sekerja AKRAB-JPA. Program bermula pada 29 September 2010 dan berakhir pada 1 Oktober 2010. Walaupun ahli AKRAB akan bertolak dari Putrajaya ke Kuantan pada 29 September 2010, Jam 8.30 pagi, namun aku bercadang untuk pergi sendiri ke lokasi kursus dengan menaiki kenderaan sendiri. So, aku mohon cuti pada 28 September dan bertolak ke Kuantan pada tarikh tersebut. Sebenarnya bukan apa-apa, cuma aku telah merancang untuk menyambung cuti rehatku selepas tamat kursus nanti.... Nak jalan-jalan ke Pekan dan Kuala Rompin kerana dah terlanjur berada di Kuantan, Pahang. Bukan mudah nak ke sana kan....?
Okay lah, pada 28 September 2010, jam 10.00 pagi aku bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Lebih kurang jam 1.30 petang barulah sampai Kuantan. Ini kerana aku singgah di Temerloh untuk bertemu kawan di sana. Setiba aku di bandar Kuantan, destinasi pertama aku ialah Masjid Negeri di bandar Kuantan. Lihat sajalah gambar di atas tu....masjid ini terletak ditengah-tengah pusat bandar Kuantan. Sibuk sekali bandar Kuantan. Gambar tu di ambil ketika aku berehat kat Padang Bandaran. Di sini aku nak bagi tip kepada kawan-kawan dan pembaca. Sekiranya kita baru pertama kali sampai ke sesuatu tempat, terutama (bandar besar), carilah rumah ibadat yang paling hampir. Bagi orang Islam sudah pastilah Masjid. Banyak kelebihannya, anda boleh mandi, bersolat, berehat dan yang paling penting ialah parking percuma. Ini kerana kebanyakan majlis bandaran akan mengenakan bayaran parking secara berkupon atau mesin pakir (kalau ada) untuk kereta. Tetapi kalau kita hanya datang sekejap aje, sedangkan kupon kena beli satu buku.... tak kan membazir namanya.....?? Alternatively....carilah Masjid....senang ajor free.....

Lebih kurang jam 3.00 petang, aku check-in di sebuah hotel di Kuantan. Yalah, nak tunggu esok kan, so aku menginaplah semalam di hotel. Malam pula jalan-jalan lihat panorama Kuantan. Jam 12.30 tengahari keesokannya aku check-out dan menuju ke Cherating. Bila aku telefon urusetia kursus, katanya baru sampai Temerloh....mak oii....!!! Lambat lagi rupanya..!!
Nak citer pasal perjalan ke Cherating ni sikit. Kalau anda orang yang pertama kali memandu ke sana, jangan tersasar masuk jalan ke pelabuhan Kuantan (macam aku ler beb....) tak perasan direction ke Cherating semasa di persimpang tiga antara ke Kuala Terengganu dan ke pelabuhan Kuantan..... Aku cuma sedar apabila keretaku dikelilingi oleh lori triler dan kontena yang panjang-panjang.... Terdetik di hati... kenapa banyak sangat lori di sini? Oh...rupanya aku dah tersasar jauh.... So, buat pusingan "U" dan berpatah balik ler jalan menuju ke Kuantan....

Setiba aku di Cherating, aku memperlahankan kenderaan untuk memastikan arah ke Sanctuary Resort. Ah...! senang sajok carinya. Jumpa, masuk dan cuba nak check-in. Tapi malang peserta lain belum sampai lagi. Dan pihak hotel memaklumkan bahawa check-in hanya boleh jam 2.30 petang....hampeh..... Oleh kerana jam dah pukul 12.30 tengahari. aku pusing-pusing jer pekan Cherating. Hinggalah perut terasa lapar, singgah seketika disebuah warung tepi jalan nak makan. Wah....ramai juga orang kat warung ni, menupun agak special! Aku nak cuba nasi lauk gulai kawah dengan ayam berempah... Sedap beb.....!! tambah 2 kali ler. kena pula dengan teh o limau ais....perghhhh...power giler.... Cuba ko tengok gambar hidangannya di bawah ni....

Diam-diam aku lihat jam sudah menunjukkan 3.00 petang. Apa lagi segera aku ke Sanctuary Resort nak check-in. Mengikut program, kelas pertama bermula jam 3.00 petang. Rupa-rupanya kawan-kawan AKRAB yang lain dan masuk daftar pun....depa tengah makan tengahari. Kelas mula jam 4.00 hingga 6.00 petang. Setelah masuk hotel, petangnya selepas kelas pertama tamat, aku sempat ler kuar kejap ronda-ronda kat luar hotel tu.....ada ler sikit-sikit aku snap gambar hotel ni.... Nama cukup indah....tapi....sekitar hotel selekeh ler.... Di bawah ni gambar hotel dari pantai....

Kelas kami disambung sebelah malam dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Cukup letih aku terasa...Tak sempat rehat langsung. Nak cerita pasal hari ke dua kursus ni, ada suai kenal. Yang seronoknya puan Hazaila (Ila), Penyelaras Program kursus ini secara personal ada ler jumpa dengan aku. Katanya nak minta bantuan buat Group Dynamic (GD).... Aku okay aje.... So sebelum tidur tu aku prepare ler apa-apa yang patut untuk game GD esok....

Bangun pagi....tengok langit gelap jer. Wah...! dah hujan pun...! Alamak boleh ker buat GD kat pantai ni....? Cuaca gelap lagi dan hujan masih lagi rintik-rintik... Tapi Alhamdulillah... selepas hujan berhenti....aku dapat menjalankan amanah pn. Ila... Aktiviti kami berjalan lancar. Seronok bukan kepalang......

Cuaca mendung awal pagi...

Okay ler gambar bawah ni ialah my team.... Tapi aku tak dapat join mereka sebab dah jadi fasi. Jadi, tinggalah mereka berempat..... "Kami redho", katanya..... sayang ler kat mereka ni, punya ler sporting..... Itu ler semangat setia kawan AKRAB....

Hah...hah.... aktiviti dah bermula. Ini gambar mereka berlumba jalan tungku 3, Mari lihat siapa yang menang......





Ha...ha...ha.... Gambar kat bawah ni ialah kumpulan aku tadi.... sukanya aku tengok kak Syam jalan tungku tiga..... Walaupun kak Syam mengambil masa lebih 3 minit nak sampai garisan penamat aku cheerio kat dia sebab gigih dan tak mahu mengalah, walaupun kumpulan kami mendapat tempat tercorot.... Shabas kak Syam!!

Okaylah....kalau nak diceritakan pasal kursus ni tak habis lagi....so aku stop jer citer pasal kursus AKRAB ni...yang penting we all tetap AKRAB....

Sehingga lah ke akhir kursus kami sempat ber shoping kat pekan Chukai, tak jauh pun dari Cherating.... Mari tengok suasana kat kedai Keropok Lekor.... Di bawah ni beberapa gambar gerai keropok yang sempat aku rakamkan.




Gambar bawah ni pula minah dan mak minah tengah gentel-gentel keropok.....

Tengok tu... Dia orang gentel-gentel kopok leko dari pendek sampai panjang keropok lekor..... Ada teknik nak gentel keropok lekor ni....kalau silap gentel boleh putus dan jadi ler kontot....! Dah tak mengancam pulak....he...he...he...




Lepas di gentel, keropok di rebus......

" Mai tengok...panjang tak kopok leko saya...."


Sedang asyik kawan-kawan AKRAB membeli keropok leko... aku pula berjalan ke tempat orang menjemur keropok kering...... Nak tengok gambar nya.....jom.......!!!!


Ohhh... baru aku tahu, bergini rupanya cara menjemur keropok kering.... Kalau diperhatikan...aku lihat banyak sangat penyengat kat tapak menjemur keropok kering ni. Naik seriau aku.... takut gak kena "tutuh" dek penyengat...Tapi abang ni selamba jer.... Mengikut abang yang menjemur keropok ni, katanya penyengat memang suka dengan keropok kering. Mungkin aroma keropok tu yang dia suka....


Baiklah, tamat sudah cerita ku sepanjang menghadiri Program Pemantapan Rakan Sekerja AKRAB-JPA ini. Seperti yang aku katakan di awal tadi, bahawa aku menyambung cuti rehat untuk ke daerah Pekan dan Kuala Rompin, Pahang. Rakan-rakan AKRAB pulang ke Kuala Lumpur tapi aku meneruskan perjalanku ke daerah Pekan, Pahang.


Hah.... Gambar kat atas tu papan sempadan daerah Pekan. Aku dan meninggalkan Kuantan dan masuk ke Pekan rupanya. This is my first time I visit Pekan. Sedikit info mengenai daerah Pekan ni.... Ceritanya bergini;


Bandar Pekan dikatakan telah wujud sejak abad ke 17. Mengikut pendapat orang tua-tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil bunga pekan yang banyak tumbuh di tebingnya. Namun begitu ada juga yang berpendapat bahawa Pekan mendapat namanya dari pengertian perkataan bandar, pasar atau tempat orang berjual beli.

Di zaman pemerintahan Melaka, dalam tahun 1470, Sultan Mansur Syah telah menghantar putera baginda, Muhammad Syah untuk memerintah Pahang. Dahulunya Pahang dikenali sebagai Inderapura.
Pahang, dahulunya merupakan sebuah pusat tumpuan pedagang dari dalam dan luar negeri. Tempat yang strategik ini menjadikan Pekan terkenal pada ketika itu. Sehingga kini masih terdapat kampung yang dahulunya telah dibuka oleh para pedagang.
Ketika Hugh Clifford datang ke Pahang, dia menyebut Kuala Sungai Parit tempat persemayaman Bendahara Tun Ahmad itu sebagai 'Pekan'.

Pada tahun 1889, Pekan telah dijadikan sebuah daerah dan F. Belfield telah dilantik sebagai Pegawai Daerahnya yang pertama. Dalam pada itu, Pekan dijadikan ibu negeri Pahang dari tahun 1889 hingga tahun 1898.

Pekan juga terkenal sebagai sebuah bandar yang aman, senyap serta sentiasa menampakkan ciri-ciri bandar di raja. Pembinaan bangunan-bangunan juga amat unik dan tersendiri terutamanya istana.

Antara bangunan yang terkenal yang telah dibina pada zaman Sultan Mahmud dan Sultan Abdullah ialah Istana Seri Terentang, Istana Kuning, Masjid Abdullah, Rumah Persinggahan Orang-orang Kenamaan dan Rumah Rehat Pekan. Pada zaman Sultan Abu Bakar pula, Istana Abu Bakar telah dibina bercirikan rekabentuk moden. Pada zaman ini juga dibina sekolah-sekolah Arab dan Jambatan Sultan Abu Bakar yang merentangi Sungai Pahang. (Sumber: http://jpspekan.jpsphg.gov.my/sejarah_pekan.htm)

Itulah serba ringkas ceritanya...... Gambar di bawah ni ialah sungai Pahang. Apa yang menariknya di pahang ni sungainya besar-besar dan panjang. Tambahan pula di tebing sungai ada replika tulisan yang menggambarkan nama tempat tersebut. Jika pembaca dan kawan-kawan pergi ke Temerloh, terdapat juga replika tulisan seperti ini di tebing sungainya.
Seawal aku sampai di Pekan, aku berehat kat taman ni.... Aku dah lupa namanya. Ia terletak di pinggir sungai Pekan dan ditengah pusat bandar.

Kita lihat di bawah ni beberapa gambar sekitar bandar Pekan. Bandar Diraja Pahang. Aku menuju ke perhentian bas untuk meninjau kawasan di sana.

Stesen bas Pekan

Masjid Sultan Abdullah
Okay, gambar di atas tu pula ialah masjid lama daerah Pekan. Serba sedikit info masjid ni yang sempat aku baca pada papan kenyataan pelancong:

Masjid ini di panggil Masjid Sultan Abdullah. Bangunan batu dengan reka bentuk moorish ini dibina pada awal tahun 1929 dan siap pada tahun 1930. Masjid ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Abu Bakar Ibni Sultan Abdullah, yang mewakili ayahnda baginda. Majlis perasmian bersejarah itu telah berlansung pada 8 Januari 1932. Bermula pada tarikh ini lah ia berfungsi sebagai masjid yang utama bagi Penduduk bandar Pekan untuk bersembahyang Jumaat dan menjalankan aktiviti utama seperti ceramah dan mengaji Al-Quran sehinggalah masjid baru didirikan pada 22 Oktober 1976 iaitu Masjid Sultan Ahmad Shah yang lebih besar dari masjid Sultan Abdullah. Ia terletak bersebelahan sahaja dengan masjid ini. Bermula dari tarikh itu jugalah Masjid Sultan Abdullah tidak digunakan lagi sebagai masjid utama.


Masjid Sultan Ahmad Shah



Untuk makluman pembaca semua, bersebelahan dengan masjid Sultan Ahmad Shah ini terdapat makam DiRaja Pahang. Semua kerabat-kerabat DiRaja dimakamkan di sini. Lihat gambar atas itu yang menunjukkan gerbang masuk ke Makam DiRaja.


Orang pertama sekali dimakamkan di sini ialah Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Fatimah dan Tengku Ampuan Afzan iaitu ayahanda, ibunda dan permaisuri kepada KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang Sekarang. Lagi gambar makam di bawah ini...


Selesai melawat makam-makam DiRaja aku pusing ler bandar Pekan ni.... Kecil saja bandar Pekan ni.... Masih berciri-cirikan bangunan zaman penjajah dan bersejarah.




Oleh kerana dah terlalu penat, aku pun cari ler hotel nak bermalam.... Hampeh... Punya la sukar nak cari hotel kat sini. Apa yang ada semunya hotel kecil-kecil dan bilik sewa.... Aku jengok juga... tapi tak selesa untuk aku bermalam kat hotel ni. So, ko orang nak tau aku tido mana malam tu? Parking kereta kat masjid ni, so apa lagi tido dalam kereta ler..... Sebab dah terlalu letih, lena gak.... Nak masuk subuh baru bangun dan mandi......

Selesai saja solat subuh, aku mencari-cari tempat untuk bersarapan... Jumpa ler sebuah warung di tepi sungai kat bandar Pekan ni. Aku cubalah Nasi Lemak Randau... Makanan sarapan pagi penduduk setempat yang popular. Pesan ku, kalau pembaca dan kawan-kawan singgah bertandang ke bandar Pekan ni, jangan lupa menikmati Nasi Lemak Randau.....memang sedap.....ada jagung lagi.....

Nasi Lemak Randau

Selepas sarapan pagi aku bersiap untuk ke Kuala Rompin..... Bye-bye Pekan. Seronok jugak ..... Kini perjalanan ku ke Kuala Rompin pula.

Okay... Tu dia papan sempadan mengalu-alukan kedatangan ku ke Daerah Rompin, Pahang. Mari kita tinjau-tinjau serba sedikit info daerah Rompin ni....

Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok Ru atau Cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok Ru atau Cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok Ru yang banyak itu, ada sebatang pokok Ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok Ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok Ru itu pada keseluruhannya.
Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.


Gambar di atas tu bandar Rompin. Banyak bangunan kecil-kecil dan menarik di sini. Tapi tidak ler antik sangat. Kira bangunan moden ler..... Gambar di bawah ni ialah mercu tanda bagi bandar Kuala Rompin ni. Ikan Paruh atau Ikan Layar. Kuala Rompin ni memang terkenal dikalangan kaki pancing.....

Macam biasa ler....kau kalau sampai di sesuatu tempat tu aku cari masjid dulu..... Ini gambar masjid Tengku Mahkota Abdullah. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Rompin. Aku berehat seketika di sini.....

Gambar bawah ni pula pintu gerbang utama masjid...

Selain itu, ada bangunan yang menarik perhatian aku di bersebelahan masjid ni. Tetapi aku tak tau bangunan apa. Apa yang pasti reka bentuknya cukup berseni dan menarik. Lihat gambar bawah ni....

Setelah puas berehat, aku mula lah meronda-ronda..! Ah....ah..... yang ni stesen bas dan teksi Kuala Rompin. Agak lengang jer.... Bersebelahannya pula ada pasar awam.


Meninggalkan pusat bandar, aku terus menuju ke Kampung Pantai Bernas. Di sini terkenal dengan medan kaki pancing. Aku bukan ler kaki pancing tetapi ingin melihat dan menikmati ketenangan kampung ni. Memang damai dan tenang..... Kalau kepala dah berserabut dengan hiruk pikuk kota, eloklah ke sini.... Di bawah ni beberapa gambar Jeti Kampung Bernas.



Yang bawah ni pula, Resort dimana aku menginap semalaman sebelum aku bertolak ke Kuantan untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Check-out pagi-pagi lagi. Lebih kurang 45 KM meninggalkan Kuala Rompin, aku berhenti di tepi jalan untuk berehat seketika, aku sempat ler ambil gambar batu tanda ni. Teringat aku nombor kereta Kak Lela di INTENGAH.... 101..... (Itu simbol tandas ler.....! ha...ha...ha...) Walaupun masih jauh lagi perjalanan ku.... Aku seronok dan puas sekali bercuti. Puas...aku sungguh Puas..!! Semuga bertemu lagi Pekan dan Kuala Rompin......