salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Wednesday, 30 June 2010

DEMAM BOLA KEMBALI

Salam muhibah dan salam piala dunia buat pembaca blog Ringgo.... Mmmm...buat mereka yang meminati bola sepak, sudah pasti mengalihkan pandangan dan tumpuan semua ke Afrika Selatan.....Apa tidaknya dimana-man saja aku pergi sudah pasti semua cerita pasal bola...bola....bola....Yalah, mungkin masing-masing mempunyai tim atau pasukan yang disanjungi....Bagi aku? Oh....aku bukannya penggemar bola sepak yang sejati....aku tidak mempunyai team khusus untuk disanjungi namun sebagai orang Asia, aku tetap memberi sokongan kepada Korea Selatan, Korea Utara dan Jepun. Tapi soal menonton emmmm takat ni semua pun aku tonton... macam mana nak menonton siaran langsung tu sedangkan Astro pun tak ada? Kalau hujung minggu ada pi kedai mamak sama kawan-kawan dan menonton kat sana.... sebenarnya kalau pembaca ingin tahu inilah rahsianya aku menonton piala dunia walau dimana saja aku berada ..Secara langsung beb..... Sebenarnya aku menonton piala dunia melalui media streaming, hanya bermodalkan komputer dan internet. Semasa membuat carian di google berhubung sejarah piala dunia, secara kebetulan aku "terbukak" lah laman web ni.... SBS (Seoul Broadcasting System yang merupakan stesen TV dan Radio swasta di Korea Selatan) bekerja sama dengan salah satu penyedia layanan media streaming (Gorealra) menyediakan layanan menonton piala dunia melalui internet.
Caranya mudah saja, ikuti langkah-langkah berikut:-
  1. Download aplikasi Gorealra (windows sahaja) di URL berikut: http://worldcup.sbs.co.kr/onair/onair_gorealra.html

  2. Install Gorealra. Untuk Windows bukan versi Korea, mungkin semasa instalasi muncul paparan aneh sedikit, tapi bagi Windowsnya sudah "terinstal" Korean Language Pack mungkin tiada masalah.

  3. Jika waktu instalasi Gorealra tiba-tiba muncul paparan luar biasa yang tak terbaca, download dan instal Windows AppLocale (Windows XP, 2000).

  4. Buat akaun di SBS. Pilih kotak operasi Agree, kemudian pilih Foreigner in Domestic jika berada di Korea Selatan, atau pilih Foreigner in Overseas jika berada di luar Korea Selatan.

  5. Lengkapkan data yang diperlukan. Berdasar pengalaman aku, yang pilih Foreigner in Domestic, SBS ini benar-benar memverifikasi nombor alien card aku beserta nama, alamat dan lain-lain yang tertera di sana. Jika aku memasukkan data yang salah, walau hanya salah huruf, akan disekat.

  6. Seterusnya jalankan aplikasi Gorealra. Masukkan akaun ID dan password yang telah dibuat. Pilih TV di kolom kiri. Tontonlah siaran piala dunia secara live.....tapi tengok jadual perlawanan dulu....







Ha....bergitulah caranya aku menonton piala dunia tanpa Astro...tak payah keluarl modal pun. Gambarpun cantik.... Selamat mencuba

1 comment:

izzat said...

Salam..
bagus2.. 1st time tgk WC live kt tenet ni.. biase tv malaysia je sng tgk online..
dah dpt ke luar xyah beli asto la camni..hehe

klu gune iptv hsbb tu nanti lagi cun.. :P