salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Monday, 31 May 2010

FiqahAmali

Salam buat semua...hari ni aku tak bekerja, saja ambil cuti...Ye ler, kalau hari Jumaat 28 Mei 2010, rakyat Malaysia menyambut wesak, hari Sabtu dan Ahad kelepasan Am maka aku ambil cuti pada hari Isnin. Maknanya mohon cuti sehari dapat lagi bonus tiga hari cuti.... Waktu cuti begini aku ambil peluang kemaskinikan blog ni. Ini pun dah bersawang dah....sebulan cuma sekali saja update blog.....sibuk ler... Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah berbubung dengan kisah ni....yelah aku ni penggemar membaca pelbagai majalah ilmiah. Salah satunya ialah majalah Solusi. Insya Allah tak pernah ketinggilan setiap sirinya. Yang lepas-lepas pun aku belek-belek semula. Tertarik aku dengan ruang soal jawab Fiqah Amali pada Solusi Isu ke 2. Isu yang dibangkitkan ialah TALAPIA DIBERI USUS BABI.

Soalan: Pernah masyarakat kita gempar dengan isu ternakan ikan talapia yang diberi usus babi. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya dalam masalah ini? Adakah daging talapia yang terbentuk daripada usus babi boleh dimakan?
Jawapan: Hukum makan ikan yang makan usus babi hanyalah makruh bukan haram, yakni boleh makan. Dalam kitab fiqah masalah seperti ini ada disebutkan seperti anak kambing yang tersesat masuk dalam kumpulan anak anjing dan disusui oleh ibu anjing si anak kambing tersebut. Maka besarlah ia dengan susu ibu anjing tadi. Bolehkah makan daging kambing tersebut? Jawabnya boleh. - Itulah jawapan yang diberi oleh Ustaz Syed Mohd. Fadzil bin Ahmad al-Yamani, seorang penceramah bebas dalam bidang Fiqah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Terima kasih kepada Ustaz.
Apa yang bermain difikiran aku lain pulak....Apa yang aku bayangkan ialah; Katalah seorang penternak kambing boer mempunyai seratus ekor kambing boer, ia menternak kambing tersebut dalam pagar yang tertutup. Pada suatu hari tanpa penternak sedari, kandang kambing tersebut dimasuki oleh seekor anjing jantan liar yang dah kemaruk nak berbini....maka nak dijadikan cerita si anjing pun mengawanlah dengan salah seekor kambing boer betina di situ sepuas-puasnya.....maka kambing boer tu pun buntinglah dan melahirkan anak kambing BoerJing . So apa pandangan ko owang? Boleh tak makan daging BoerJing tu....he he he he..
Lu pikir lah sendiri..... Aku ni kan suka berfikir di luar kotak....

Nama saya Boer....bukan BoerJing tau....

No comments: