salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Sunday, 18 April 2010

CERITA PASAL PENULIS YANG BERMARUAH

Kita biasa mendengar ada beberapa orang yang agak kritikal pemikirannya membuat pengakuan terang-terangan dalam masa berbual bahawa mereka tidak lagi membaca akhbar arus perdana kini (terutama golongan muda-muda). Kata mereka, sejak tahun 2000 lagi kebanyakan media arus perdana tidak lagi objektif melaporkan berita dan condong kepada pemerintah...!
Sebagai alternatif, untuk memperolehi sebarang maklumat semasa, kebanyakan mereka terutama golongan muda-muda ni, (aku sendiripun ada ler sesikit) melayari blog dan lelaman sesawang tertentu dalam internet. Kebanyakan maklumat dalam media alternatif ni lebih bebas dan objektif seperti di barat (seperti yang biasa aku dengar).
Pandangan golongan muda-muda ni membuatkan aku terfikir kembali buku tulisan Rouge State, A Guide to the World's Only Superpower (2002), yang mengupas secara kritis peranan media Barat menjayakan propaganda negara masing-masing. Menurut State, di Amerika Syarikat sendiri, media digunakan sebaik-baiknya oleh White House untuk menjayakan kempen memerangi keganasan dan memburukkan imej Islam.
Hakikatnya, memang tiada satu pun media yang benar-benar objektif di dunia ini. Semuanya perlu memenuhi tuntutan tertentu. Oleh itu, apabila golongan muda-muda ni mengatakan bahaw berita dalam internet terutamanya komentar dalam blog lebih bebas dan adil berbanding dengan media arus perdana , membuatkan aku berfikir kembali ....iyer ker??
Jika benar penulisan dalam blog lebih bebas dan adil, mengapakah kebanyakan blog yang popular (yang aku baca la...) sekarang ni milik bloggers berhaluan "kiri"..... secara terang-terangan menghentam kerajaan dari pelbagai sudut. (Sebab aku ni kerja "gomen", sikit-sikit tu sakit hati jugak bila membaca komentar dia orang ni....). Bukankah penulisan sebergini juga mahu memenuhi kehendak pihak atau individu tertentu? Setuju tak??
Lately ni pula, timbul perdebatan hangat tentang hukum yang patut dikenakan kepada bloggers yang menulis isu yang terlalu sensitif dan menabur fitnah. Ada pula "pihak" yang mendakwa bahawa hukuman tidak patut dikenakan kepada mereka ini atas prinsip kebebasan bersuara.
Kalau lah alasan ini diberikan oleh "pihak" tersebut, cuba kita lihat di negara maju sekalipun, tidak ada peraturan yang menghalang sesiapa termasuk bloggers daripada dikenakan tindakan undang-undang akibat penulisan mereka. Malah apa yang aku tahu, di Amerika Syarikat sendiri lebih teruk lagi kerana negara tersebut mempunyai undang-undang privasi yang boleh melindungi hak setiap rakyatnya daripada diganggu.
Kesimpulannya, dalam konteks negara Malaysia ini beb, tak ada sebab ler bloggers perlu rasa gusar dikenakan tindakan undang-undang akibat penulisan mereka. Kita perlu ingat, penulis yang bermaruah ialah penulis yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penulisan mereka, dan perlu berani menanggung risiko..!! Kalau tak berani, lupakan saja hasrat untuk menjadi penulis dan selayaknya orang sebegini digelar sebagai penulis tidak bermaruah...!!

1 comment:

fakar said...

erm..fikir2kan..he