salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Thursday, 26 November 2009

SALAM AIDIL ADHA

Assalamualaikum....

Saya mengambil kesempatan umur yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada pengunjung muslimin dan muslimat sekelian dan didoakan kepada anda mahupun ahli keluarga yang menunaikan ibadah Haji di tanah suci Mekah pada thun ini akan dapat melakukan ibadat Haji dengan tenang dan mudah-mudahan mendapat Haji Mabrur, Insya Allah.
Renungan:
Aidil Adha merupakan peristiwa dimana NabiIbrahim A.S. diuji oleh Allah Taala agar menyembelih putra kesayangannya iaitu Nabi Ismail A.S. Peristiwa Pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah As-Saafaat, ayat: 102 - 109.
Maksudnya : “ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: ‘ Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “ Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”.

No comments: