salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Sunday, 7 December 2008

SALAM AIDILADHA

Kepada semua pembaca blog saya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha.

Semuga pada hari yang berbahagia ini kita menyambut Hari Raya Idul Adha dengan penuh kesyukuran kepada Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan kalimah takbir dan tahmid di samping melakukan ibadat korban bagi sesiapa berkemampuan.Hari Raya ini dikenal dengan Hari Raya Haji kerana umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji (rukun Islam ke lima) atau dipanggil juga Hari Raya korban kerana diperintah supaya kita berkorban, sekaligus mengingatkan kita kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika Allah S.W.T memerintah beliau menyembelih korban kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s.

1 comment:

SeMiN said...

Salam Aidiladha buat Sarip dan keluarga, tak balik kg ker?