salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Tuesday, 9 December 2008

Kuliah Pak Tua: Belajar Tawakal Daripada Semut


Salam pertemuan,

Kali ini saya nak bukak cerita yang jarang-jarang saya temui namun tak pulak saya lepaskan peluang ini. Ia bermula pada kuliah Maghrib yang saya ikuti di sebuah masjid, saya amati dengan teliti.... Kaedah dan bahasa yang digunakan oleh Pak Tua ni sangat "simple" dan bersahaja - orangnya sederhana, berjubah dan berserban putih. Tubuhnya pendek tapi menarik.

Si Pak Tua menceritakan perihal komunikasi yang pernah berlaku antara Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut. Lebih kurang bergini lah cerita Pak Tua.....

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Nabi Sulaiman a.s terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu? Si semut menjawab, Ini adalah kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun. Nabi Sulaiman a.s. kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Nabi Sulaiman a.s. datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada si semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu" "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah pemberi rezeki (Ar-Rozak), justeru itu, aku perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keperihatinan mu, jawab si semut.

Moral of the story yang tersirat dari kisah tersebut menunjukkan semut lebih yaakin kepada jaminan Allah ketika diluar botol berbanding dengan "jaminan" manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukan dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada lagi baki makanan yang boleh digunakan.

Pak Tua memberi perincian moral mengikut pandangannya. Lebih kurang bergini: "Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sesekian tahun.....jangan terlalu yaakin. Sebaliknya, bertawakallah kepada Alllah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jadilah seperti semut itu."

Terpersona dengan cerita Pak Tua itu, saya termenung panjang dan berfikir dengan fikiran yang dalam. Walaupun pengajar kuliah malam ini nampaknya seorang Pak Tua kerepot yang biasa-biasa aje, namun pengajarannya sangat luar biasa. Bersahaja, tetapi penuh hikmah sekali.

Apa yang saya fikirkan juga pada masa itu berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berhadapan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi sekarang? Ada seruan yang menganjurkan hidup berjimat cermat ketika ekonomi merundum pada hal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi keadaan. Orang yang membazir adalah "saudara" syaitan tak kiralah masa ekonomi baik, stabil atau dalam masa harga minyak naik atau tidak.
Jarang-jarang benar kita mendengan tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada musabbabil asbab bukannya hanya asbab.
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah dengan izin Allah jua. Tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku. Apakah pengajaran untuk si kaya, si miskin, peniaga, pengguna, rakyat dan penguasa serta diri saya sendiri di tengah kemelesetan ekonomi ini?
Sebenarnya kita telah diberi tahu oleh Al Quran dan hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita. Melalui ujianNya juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan daya kreatif kita untuk menyelesaikan masalah.
Soalnya, apakah musibah yang menimpa kini menggugat keyaakinan kita dengan Allah yang maha pencipta, maha kaya dan maha pemberi rezeki? Saya terfikir juga bagaimana pula kita kembali kepada Allah dalam mengahadapi ujianNya? Adakah kita mula mendidik hati ini dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah?
Saya tidak pandai mentafsir lebih mendalam, tetapi itulah yang "menghantui" pemikiran dan sebak rasa hati saya apabila mendengar cerita komunikasi semut dengan Nabi Sulaiman a. s. oleh Pak Tua itu. Yalah, mungkin ada "mesej" atau "signal" daripada Allah untuk saya dan semua golongan masyarakat disebalik ujian ini. Allah tidak lakukan semua ini dengan sia-sia. Pasti ada sesuatu yang perlu diambil ingatan oleh para hambaNya.
Tapi sayang...!!! kuliah dan cerita Pak Tua yang bergitu tajam dan menyentuh didengar secara hambar sekali. Sidang hadirin yang kebanyakannya golongan warga emas "vetran" duduk jauh-jauh dan ramai juga yang mendengarnya sambil lewa bersandar di dinding dan tiang masjid....Hakikatnya, tak siapa pun baik sultan, raja, menteri, mufti, majikan, buruh, kerani dan PTD ker.....(maaf yer) dan sesiapa saja dapat belajar kejituan tawakal dan kegigihan ikhtiar ....daripada seekor semut..!!

1 comment:

SeMiN said...

kuliah ustaz sarip dol pun hebat jugakkk ehhehe