salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Monday, 24 November 2008

Unesco serah sijil perakuan Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia

Salam Pertemuan,

Pada 7 Julai 2008, detik bersejarah buat negara kita dan sebagai rakyat Malaysia kita amat berbangga apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (Unesco) mengiktiraf Bandar Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Tapak warisan dunia merupakan kawasan tertentu seperti hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar yang telah dinamakan dan diiktiraf oleh Program Warisan Dunia Unesco yang dikendalikan Jawatankuasa Warisan Dunia. Bagi Malaysia, pengiktirafan Bandar Melaka dan Georgetown tersebut adalah yang pertama di bawah kategori kebudayaan.

Bagi meraikan dan menghebahkan kepada masyarakat mengenai pengiktirafan tersebut, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, menerusi Jabatan Warisan Negara, telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia pada 22 Nov 2008 (Sabtu) yang lalu. Secara kebetulan saya berada di Dataran Merdeka pada malam itu, saya sempat merakamkan beberapa gambar untuk tatapan anda semua.


1 comment:

SeMiN said...

Wahhhh! Rape!...entry ko nie meriah nampak.... sakan ler enjoy majlis tu kan.....cantikkk..la... selama dok KL aku tak pernah ikut aktiviti di Dataran Merdeka..hehehehe