salju

MUTIARA KATA

Setiap orang berfikir mahu mengubah umat manusia dan dunia, tetapi hampir tak seorang pun berfikir bagaimana untuk mengubah dirinya sendiri.





Sunday, 23 November 2008

Cerita Pasal Kursus

Salam Hormat,
Hujung tahun bakal menjelang tiba. Anda yang telah mencapai sasaran kursus 10 atau 14 hari berkursus, Alhamdulillah..... shabas dan thaniah diucapkan. Bagaimana pula dengan mereka yang masih lagi tak cukup-cukup bilang kursus yang disasarkan? Sabar...masih ada satu bulan lagi untuk anda mencukupi kuota kursus. Kalau nak berkursus di INTAN nampak gayanya tak dapat lah nak menolong sebab tiada kursus dianjurkan dari Ogos sehingga akhir tahun 2008 ini (semua kursus yang dirancang sebelumnya dibatalkan) kecuali kursus-kursus mandatory. Oh ya... sebut pasal kursus ni, saya juga tak terlepas daripada masalah tersebut. Tapi syukurlah saya dahpun mencapai sasaranyang ditetapkan. Almaklumlah kalau di INTENGAH ni saya sibuk mengendalikan kursus. Sedar-sedar saya sendiri tak cukup kursus. So, saya pun memohon untuk kursus anjuran sebuah syarikat consultants di Selangor.

Kursus yang saya ikuti ialah Kursus Kajian Keperluan Latihan (TNA). Haa....dengar pada tajuk kursus jer dah tau kan? Kalau anda kerja di unit latihan atau bahagian Pembangunan Sumber Manusia dah terbayang bertapa sakitnya kepala bila nak buat TNA. Kalau tak 100% pun setidak-tidaknya sebahagian atau suku bahagian ataupun cuma membantu pegawai-pegawai lain yang mengendalikan TNA. Memang rumit dan membosankan. Walaubagaimanapun, TNA amat penting sebelum pembentukan sesuatu program latihan. Apabila sesuatu masalah telah dikenali, kita akan tentukan sama ada masalah organisasi dapat diatasi melalui program latihan atau melalui tindakan lain (bukan latihan). Inilah yang saya ikuti selama 3 hari di De Palma Hotel, Shah Alam (rasanya memang tak cukup 3 hari kursus TNA ni). Kursus ni dibahagikan kepada sembilan slot utama. Bermula pada pengenalan prinsip latihan organisasi sehinggalah kepada persembahan kumpulan. Banyak topik-topik menarik dan pendedahan yang bermutu dam bermanfaat yang saya perolehi. Thaniah kepada pihak penganjur. (HPI Consultants Sdn. Bhd.)

Baiklah bersama-sama ini saya sertakan gambar-gambar yang dirakamkan disepanjang kursus tersebut. Buat kawan-kawan sekursus kalau nak download gambar tu ikutilah langkah-langkah yang saya nyatakan dalam ruangan yang lalu. Lihat kaedah atau cara-cara download gambar pada entri yang lepas.

Yang ni mula-mula saya kenal...Shafiq (kiri), Bakri (tengah) dari Lembaga Pelabuhan Kelang dan
Suzairi dari Kolej Kesihatan Batu Rakit


Yang nih....Tok Guru....En. Alwan Wagiman, Tabik Sir...


Kelas kami ceria..... Semuanya baik-baik giler.... Ni gambar yang dirakamkan semasa kelas berlansung


Tengok tu...seriusnya minah tu menulis...dok cuba merangka objektif latihan kot...


Jauh termenung.....


Semasa sesi kelas berlangsung, masalah gangguan tu biasa ler. Tapi yang peliknya kat hotel ni kelas kami betul-betul sebelah tandas. Walaupun tandas tu tak digunakan tapi agak kurang selesa ler.....Gambar tandas tu saya tak sempat pulak nak rakam. Yang paling menarik...gambar bawah ni, arrr, dalam hujan lebat aku snap masa tea break. Bunyi piling tu kekadang mengganggu gak tapi buat tak kisah jer sebab kami semua pencerap yang handal.....


Ada jugak yang tak seronoknya bila pi kursus ni, hah ni dia...bila balik jer aku mangsa terperangkap dalam jem... maklum sajalah kat Federal Highway ni....jem tak sudah-sudah.....




Inipun ada satu lagi peristiwa menarik. Kalau hari pertama kursus tu saya mengantuk sangat....lebih-lebih lagi topik Metodologi Penyelidikan. Tapi semuanya berakhir bila sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku.....Tiba-tiba di hari ke tiga dia menggantikan pegawainya yang kurang sihat, dia muncul betul-betu berhadapan tempat duduk semeja dengan saya.....Heh....heh.....hilang ngantuk.....Lihat kat bawah ni yang mana satu.

So, you nak yang mana?

Dan yang ini pula kemuncak kursus, dimana kami diminta membuat persembahan kumpulan. Kumpulan saya diwakili oleh orang dadah ni, Mr. Chandarn. Jengan mare......

Dan.... yang paling menggembirakan dan saat-saat yang ditunggu ialah majlis penyampaian sijil. Nah dah cukup pun kuota kursus aku untuk tahun ni.....

Cik Ainul Niza tersenyaum dapat sijil chewah....

Ni dah lupa ler...Cik Melati ker Cik Marilyn..??? Lebarnya senyum dia...he...he..

Manisnya senyum Cik Sara....Esok balik kursus jangan pening-pening lagi na.....

Akhir sekali sebelum kami bersurai, sempat juga kami bergambar ramai bersama Tuan penceramah kita En. Alwan bin Wagiman. Terima kasih diatas ilmu yang diberikan. Akupun nak mohon maaf pada kalian semua kalau ada yang kecik ati ker atau pun terguris rasa dengan tingkah laku saya masa kursus ni berlansung...Seperkara lagi saya mohon maaf kerana gambar ramai ni agak blur sikit kerana jurugambarnya belum pro lagi. Mungkin tangan dia menggeletar masa ambil gambar ni. Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada anak Pn. Justina yang sudi mengambil gambar kami semua....Ok jumpa lagi......bye---bye

Group Photo

No comments: